Wednesday 27 March 2013

Review : JTF Movie Day Out bersama Johan Raja Lawak

Pada hari Jumaat, 8 Mac 2013 yang lepas, admin berjaya meluangkan masa untuk menonton Lawak Ke Der 2 bersama Johan Twitter Family (JTF)..mula-mula admin diberitahu yang Zizan Twitter Family (ZTF) pun mengadakan Movie Day Out ZTF tapi memandangkan komitmen keluarga, admin pilih Movie Day Out JTF..kalau boleh nak pergi dua-dua tapi apakan daya tak mampu..ampun ye ZTF kerana last minute cancellation..keluarga ZTF sangat meriah dan baik-baik semuanya..

Admin dan adik sampai di Wangsa Walk pada jam 815 malam..wayang start pukul 830 malam gitu..dah risau-risau takut tak sempat nak ambil tiket dengan Kak Lidya (adik Kak Ozlynn) dah..mengikut kata admin JTF (Fyza)..in sha Allah Johan join dan admin menjadi wakil JTF untuk interview Abg Johan kerana ramai admin ada komitmen lain..lagilah nervous kan..siap praktis soalan kat rumah banyak kali tau takut terlupa..tapi admin ingatkan Abg Johan takkan datang..iyelah artis glamour dan rasanya Abg Johan belum sembuh sepenuhnya lagi..tapi admin silapppp..Abg Johan datang...gigil-gigil terus admin nampak Abg Johan..yelah first time..

Abg Johan sangat peramah ok..admin sangat tak sangka..bila admin ambil gambar Abg Johan walaupun secara curi-curi..Abg Johan siap pose lagi..sorry tak share semua di sini kerana admin dah share di group JTF..kalau nak tengok joinlah kami di sini

Sampai-sampai admin terus cari Kak Lidya dan bagitahu admin wakil JTF..Kak Lidya cakap " ok kejap lagi k..kita tengok wayang dulu nanti tak sempat" Admin dah gelabah dah tak tahu nak buat apa..so pandang je lah Abg Johan sambil pegang paper bag yang berisi hadiah..Abg Johan sebelah admin je masa tu..so admin rasa tak boleh jadi ni..kena bercakap jugak..admin tego Abg Johan dan beritahu admin wakil JTF nak interview nanti..bila masa sesuai nak interview..Abg Johan cakap "ohhh hai..kita tengok wayang dulu k nanti interview..dah nak start dah ni" admin cakap ok boleh dan pass hadiah dekat Abg Johan..Abg Johan siap cakap "saya nak paper bag awak sekali boleh?" hahah comel..confirmlah boleh kan..sempatlah admin bergambar dengan Abg Johan dua kali..admin ada tegur dan ambil gambar dengan Kak Ozlynn yang putih melepak tu..jealous nampak kulit die yang bersih tu..admin cakap terima kasih pada Kak Ozlynn sebab selalu reply instagram admin..bila admin bagitahu nama admin..kak Ozlynn terus cakap kat Abg Johan " eh uu..ni lah intanmarliana tu.." wahh biar betul Kak Ozlynn dan Abg Johan ingat nama admin..haha saje ambil hati kot..kalau betul-betul ingat terharunyaaa..


rambut Johan yang kembang itu..

Dah pukul 830 dah..admin dengar Abg Johan dan Kak Lidya bagitahu peminat Jozan supaya pergi menonton wayang..admin masuk hall pun filem dah start part Nabil..admin tak pasti Abg Johan menonton bersama atau tidak kerana gelap..hanya dengar suara orang gelak je..

Bila show dah habis..semua berkumpul balik..Abg Johan memang dah sibuk masa ini..ramai sangat bergambar dengan Abg Johan..admin risau juga kalau Abg Johan lupa sesi interview tu..manalah tau dia tak larat terus balik ke kan..jadi apa admin buat? hehe admin sentiasa berada dekat dengan Abg Johan dan Kak Ozlynn supaya kalau mereka free..bolehlah tanya sekali lagi..admin memerhati gelagat Abg Johan dan Kak Ozlynn dari jauh..sempatlah juga ambil gambar peminat yang ramai datang itu..memandangkan admin berdiri dekat dengan Abg Johan..bila Abg Johan free sekejap dia akan bersembang dengan admin..contoh ayat admin ingat.."sekarang saya dah tau masa bila nak reply tweet di pagi era..kena pukul 7 pagi ke atas baru takde tweet limit" lepas tu dia sambung bergambar lagi..admin rasa beribu keping gambar malam tu sahaja..peminat pun ramai sangat...meriahh..



Bila admin nampak Abg Johan dah makin berpeluh-peluh tapi masih layan peminat..admin tergerak hati nak tanya kalau Abg Johan masih sudi ditemu ramah..nak tahu apa Abg Johan jawap "kejap lagi sikit lah ye..kita relek-relek sikit..panas lah kat sini..kita pergi dekat kereta nanti k..baru feeling sikit nak cakap panjang-panjang"...wahhhh terharu admin dengar jawapan Abg Johan..selepas 45 minit gitu..akhirnya Abg Johan cakap terima kasih kepada semua yang menyokong Johan dan Jozan dan harapnya akan jumpa lagi selepas ini..semua bersurai..

Admin pun ikut Abg Johan..Kak Ozlynn dan beberapa kawan rapat mereka..admin jalan belakang Abg Johan masa ni..Abg Johan terus bukak sweater dan topi Jozan..panas katanya..Abg Johan pun terus ikat rambut yang gerbang-gerbang gitu..haa baru kemas admin nak bergambar sekali lagi..admin biarkan Abg Johan bertenang dulu..kesian dia berpeluh-peluh..

                                                          
Abg Johan nak pose lagi tapi admin pemalu terus lari..
Abg Johan cakap "alaa kejapnya" rugiii sangat rasanya jadi pemalu

Bila  Abg Johan kata ok dah sedia baru admin mulakan soalan macam dalam video di bawah ni..sorrylah ye kalau ada yang tak clear kerana rakam guna handphone sahaja..tu pun tahan nak gelak dan nervous..bercampur-campur lah perasaannya..semasa sesi interview ini..Kak Ozlynn ada di sebelah kanan Abg Johan tapi admin tak sempat record..kalau semua perasan Abg Johan ada pandang kanan..dia pandang Kak Ozlynn masa ni..


Selepas sesi admin, Jozan FC pun ada interview..kemudian kami bersurai..admin sangat berpuas hati dan gembira sangat dapat berjumpa face to face dengan Abg Johan..sangat tak sangka Abg Johan seperamah ini..Abg Johan sangat menghargai peminat yang sentiasa menyokongnya..

Walaupun admin tak dapat join Movie Day Out 2 bersama Abg Johan..tapi admin yakin Abg Johan sentiasa menghargai peminatnya...terima kasih daun keladi Abg Johan dan semoga sukses dalam kerjaya dan bahagia bersama keluarga tersayang..

Harap dapat jumpa Abg Johan dan mungkin bersama Abg Zizan akan datang...confirm admin tak boleh tidur dan senyum sampai ke telinga lagi :)

0 comments:

Post a Comment