Tuesday 2 April 2013

Jozan Manja Ke Der?

Bagi admin, bukan senang untuk melihat gelagat kawan baik untuk menunjukkan kasih sayang di khalayak ramai khususnya jika kawan baik itu adalah lelaki..kalau perempuan itu biasa sahaja..siapakah kawan baik yang admin maksudkan itu? mestilah Jozan kan..

Kasih sayang yang Jozan tunjukkan adalah spontan atau mungkin tanpa mereka sendiri sedari. Hanya orang di sekeliling yang perasan betapa mereka saling sayang menyayangi dan manja sesama sendiri..


Semua sudah tahu yang Zizan memang manja orangnya..almaklumlah anak bongsu pula kan..Zizan lebih senang meluahkan 'i love you' kepada sesiapa sahaja termasuklah peminat dan Johan..tapi pada admin..Johan agak tegas dan sukar menunjukkan sayangnya beliau pada seseorang..Johan lebih kepada perbuatannya..tak perlu diucap setiap kali..cukuplah masing-masing memahami..


Contoh paling ketara ketika mereka mengacarakan Raja Lawak atau apa-apa program bersama..admin perasan Johan memang selesa dengan Zizan..dan Zizan pun begitu juga..biasalah kalau kawan baik tu sakat-menyakat..admin pun geli kalau baik je sepanjang masa..tapi admin tahu dalam gurauan tu Jozan memang selalu gembira bersama..Johan pula kalau dengan Zizan je dia baik sikit..maksud admin tak garang sangat..boleh manja melampau..kalau dengan pelawak lain memang dia garang..lagi-lagi kalau part jadi kekasih ke kan..kalau tak percaya boleh tengok Karoot Komedia..


Paling terkini admin perasan masa Lawak Minggu Ini Bersama Zizan..kononnya Mael Lambung dah insaf dan nak kahwin dengan girl friend dia (Mamat ex Sepah)admin perasan Zizan macam tak berapa berani atau selesa buat adegan bercinta..sampaikan ibu admin yang tengok pun boleh cakap.."tak berapa serasi Zizan kalau bukan dengan Johan" mungkin Jozan selalu bersama dan peminat suka bila Jozan bersama..entah kenapa..admin pun ‘jealous’ tiba-tiba bila Zizan ‘bercinta’ dengan Mamat..haha..rasa Johan je sesuai..

Video kat bawah ni admin kongsi (credit to video owners yang super rajin) ketika final Super Spontan..moment yang hampir sama tapi satu record sendiri..satu lagi dari Astro..boleh nampak kan friendship Jozan yang super sweet dan manja tu kan..admin rasa kalau lama lagi Kak Adibah nak umumkan pemenang..confirm Johan menangis sekali..lagi-lagi bila emcees sebut "persahabatan mereka tidak dapat disangkal lagi" "jangan berpecah"..Zizan memang terus nangis dan peluk Johan..manjanya dia dengan Johan..



                                  

Rasanya setakat ini dulu admin share kasih sayang Jozan..ada banyak lagi babak manja Jozan ini sebenarnya..admin tinggalkan semua dengan snap shot Super Spontan Episod 7..masa ni tengah main pantun 2 kerat..walaupun sekejap je dalam 3minute kot masa Jozan bersama..tapi comel sangat..haha Zizan memang tak boleh lawan Johan kalau main sama-sama..maybe tak boleh tahan gelak kot..Johan pun baik je layan Zizan..admin tulis balik dialog Jozan k..



Zizan : Anak melayu main koni-koni
Johan : Apa tu? koni-koni? (gelak comel)





Zizan : Main koni-koni (sambil buat gaya) Buat apa sini?
Johan : (sambil gelak & tolak bahu Zizan) Koni koni..tak boleh..tak boleh..




Zizan : (muka blurr) Koni kak Koni..
Johan : Tak boleh..tak boleh..


Zizan :  (pegang bahu Johan) eh eh eh..budak-budak pergi sekolah..baiklah aku blah..


3 comments:

  1. JOZAN will always in my heart forever ^_^

    ReplyDelete
  2. Macam sama je apa yg akak rasa nk luahkan bila baca story admin...terbaik....kan cikbanu?

    ReplyDelete
  3. @miss banu : me too..kalau stress2 mesti tengok video jozan :)
    @izzanor zul : tq awak :)

    ReplyDelete