*Drum rolls*
Tempat pertama yang admin pilih untuk Rancangan Serasi
Bersama Jozan semestinya Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012!
Admin secara peribadi merasakan inilah program terbaik
penyertaan Jozan bersama kerana di sinilah admin boleh rasa secara dekat
persahabatan dan keserasian Jozan yang kita semua sayangi. Bukti kasih sayang dan
sokongan peminat apabila Jozan sentiasa berada di tangga teratas dari minggu
pertama sehingga final..ramaikan peminat Jozan..iyelah bukan senang untuk
menghiburkan hati peminat dan Jozan sentiasa mencuit hati kita semua..
Admin akan review beberapa minggu yang admin rasa ada memberi
impak kepada Jozan dan peminat hampir secara keseluruhannya..admin seorang yang
susah ketawa untuk sebuah rancangan lawak kerana bagi admin..semuanya sudah
dirancang..macam ada skrip gitu..tapi lain untuk Jozan kerana lawak mereka
adalah spontan..admin kagum cara mereka berkomunikasi dan brainstorm
idea..susahnya kan..
Kesan Johan sebagai ‘Awie’ (minggu pertama) dan Zizan sebagai
‘Ustaz Azhar’ (ketika beraksi berseorangan) dan tagline mereka pilih menjadi fenomena
dan trending kan..di Twitter, Instagram, Facebook dan kehidupan peminat
Jozan..hahah..”ini semua poyo” dan “napok sama tapi bukang dia”..siap Jozan
jadikan rancangan bersama di final MLM tuh macam summary/conclusion terbaik
persembahan di MLM kan..Persembahan Jozan memang sentiasa admin tunggu kerana
sketsa mereka unik..contoh ketika Minggu 2 bila Jozan menggabungkan Anakku
Sazali dan Bawang Putih Bawang Merah..admin tak sangka perubahan jalan cerita
sebegitu..chemistry Jozan paling superb ketika tema Kembali Ke Sekolah..haha
rapatnya muka Jozan bila betulkan tudung..Johan pun comel je cakap lembut
dengan Zizan..dan semestinya Zizan ada cakap “but I still love you”..ketika ini Johan sedang sakit kaki..admin
perasan Johan urut kaki masa ni tapi persembahan Jozan sangat menghiburkan
admin..
Dugaan paling besar Jozan apabila Johan tidak dapat bersama
Zizan untuk dua minggu selepas itu..sedih admin tengok Zizan seorang
diri..bukan senang untuk melawak tanpa best friend lagi-lagi dah hampir ke final..ada
lawak yang kurang menyengat mungkin kerana Zizan sibuk dengan komitmen lain
atau mungkin Zizan stress mencari idea dan banyak perkara difikirkannya..admin
dapat tahu yang selepas persembahan pertama Zizan di Terengganu, Johan ada
called Zizan memberikan kata semangat walaupun dari hospital..individu terdekat
mengatakan Zizan yang manja tu menangis mungkin terharu dan mengharapkan Johan
cepat sembuh untuk bersamanya semula..admin yakin Johan mesti rasa bersalah dan
turut terharu dengan pengorbanan Zizan yang cuba sehabis baik untuk
menggembirakan semua walaupun Zizan sendiri tidak segembira biasa..wahh..inilah
dugaan terbesar Jozan..
Johan di Prince Court Medical Centre - instagram Johan
Admin gembira sangat bila Johan hadir dan bersama Zizan di
final MLM walaupun Johan masih sakit..admin rasa agak teruk kerana jalan pun
tak balance..Johan memang sayangkan Zizan walaupun tak diluah dengan kata-kata..kehadirannya di final MLM sudah cukup membuktikan semuanya kan..walaupun bagi Jozan ini bukan persembahan terbaik mereka tapi
cukup menghiburkan admin..mereka boleh buat lebih baik jika cukup masa
bersama..Jozan memang patut menang bukan hanya mutu persembahan mereka yang
terbaik tapi keseluruhannya..sumbangan mereka kepada peminat rancangan
lawak..contoh persahabatan yang sejati dan sikap tidak mudah berputus
asa..boleh dapat award dah ni..
Jadi tanpa ragu-ragu lagi..100% admin pilih MLM sebagai
juara Rancangan Serasi Jozan..siapa setuju sila angkat tangan k..
kegembiraan Jozan - instagram Zizan
0 comments:
Post a Comment