Wednesday 27 March 2013

Jozan : Lawak Ke Der 1 vs Lawak Ke Der 2


Rasanya tak perlulah admin cerita panjang-panjang tentang Lawak Ke Der 1..semua sudah tahu sketsa Ismail Harun Salim Bachik/Mael Lambung/Zizan dan Kuat Kin Chin/Ah Chai/Johan kan?..dari zaman persekolahan adoi ter ber..Kin Chin dibuli Ismail sehingga bertemu kembali bila masing-masing dah besar..seorang jadi Along seorang lagi jadi penarik kereta professional..

Admin rasa nak buat comparison harini..Lawak Ke Der 1 (LKD1) vs Lawak Ke Der 2 (LKD2) specifically about Jozan..bagi admin lah..dari segi content..LKD1 lebih padat..banyak cerita yang ingin Jozan sampaikan..kalau tak silap admin Jozan ada pergi ke Dewan Bahasa Pustaka untuk buat research ye..bukan betulkan lantai bangunan..semua boleh tengok sidang media pelawak-pelawak di Youtube ok..menurut Jozan, Johan dan Zizan pergi bersama ke sana untuk berbincang penggunaan perkataan yang sesuai ketika membuat persembahan LKD1..kagum admin dengan effort Jozan..ingat buat lawak ni pakai redah je ke? kena buat research dulu tau supaya tak menyinggung perasaan sesiapa..kerana itulah sketsa LKD1 sesuai untuk tontonan umum..

LKD2 pun best tapi memandangkan cerita cinta tiga segi jadi banyaklah adegan-adegan hanya untuk penonton 18 tahun ke atas tengok..tapi bagi admin yang dah tua ni..admin lagi suka tengok adegan lelaki best friend gedik sesame sendiri daripada adegan artis lelaki perempuan beradegan tak senonoh..itu seharusnya kita kritik..



Admin juga kagum dengan Jozan kerana ayat-ayat yang disebut ketika LKD1 dan LKD2 menjadi trending dan ikutan ramai..contohnya di LKD1.."last payyper"..admin dah tengok video diorang banyak kali..rasa macam dah hafal dah semua dialog Jozan..hebatkan penangan Jozan..untuk LKD2 pula..semestinya "don't say any word

Admin suka bila Jozan guna teknik lampu..kejap kat Johan kejap kat Zizan..Jozan memang pandai guna semua props yang ada..kalau dalam LKD1..ampaian pun boleh jadi tempat nak tahan gelak..dalam LKD2..masa Zizan nak terjatuh dari kerusi pun Johan buat-buat busy kemas meja..haha..

Part Jozan menyanyi semestinya admin tunggu-tunggu..ada 3 lagu setiap Lawak Ke Der..memang enjoy sangat dengar..dahlah suara masing-masing sedap..pleaselah buat lagu bersama..Apek dah ada Aspalela..mesti Jozan boleh buat sehebat atau lebih hebat dari itu..

Babak tak menjadi pun banyak juga..haha tapi babak inilah yang menjadikan admin lagi ketawa sebab Jozan sendiri tak tahan gelak..macam-macam bahan jadi tempat nak cover Jozan dari gelak seperti kertas..belakang partner masing-masing..rambut Johan..hahah..

Chemistry Jozan yang memang kuat menjadikan sketsa Jozan tiada cacat cela..memang terbaiklah setiap kali admin tengok sebab memang spontan..admin pun musykil macam mana lah Jozan boleh jadikan sketsa yang sepatutnya berskrip kepada spontan..suatu hari nanti kalau berkesempatan jumpa Jozan..teringin admin nak tanya...serius susah..hanya yang terpilih dianugerahkan bakat yang hebat ini..


Setiap persembahan pasti ada perkara yang perlu diperbaiki..kalau Jozan membaca entri ini..jangan fikir negatif ye..admin sentiasa sokong Jozan tapi hanya berkongsi idea untuk menambahkan lagi kualiti lawak Jozan..admin harap Jozan dapat elakkan penggunaan kata-kata kesat seperti memburukkan diri sendiri..takmau lah dengar perkataan bangang, lahanat tu semua please..rasanya untuk LKD2 lah kot..sensitif sikit lah ayat-ayat tu..please jangan guna lagi k..lagi satu tak perlu lah kot pakai rantai untuk performance..lelaki kan haram..Jozan dah cukup power dah dengan idea spontan korang..

Teruskan menggembirakan hati admin dan seluruh peminat Jozan k..rindu kami nak melihat aksi Jozan bersama lagi..

2 comments:

  1. Suka sgt saya baca kisah Jozan ni.....terharu dgn persahabatan mereka yg sgt2 akrab dan kasih sayang yg sgt2 sweet yg ditunjukkan oleh mereka berdua....

    ReplyDelete
  2. @izzanor zul : betul cakap awak..memang sgt akrab wpun masing2 ada kehidupan dan komitmen sendiri..jozan mmg best sgt :)

    ReplyDelete