Monday 20 May 2013

Jozan Kecoh Di Johara

Terima kasih Kak Mas kerana bagitahu yang Johara dan Zizan akan bersama pagi ini..memang admin selalu dengar Johara setiap pagi tapi hari ini lebih special..kenalah record sekali kan..bila free-free boleh lah admin dengar dan senyum seorang diri..admin tunggu dari pukul 8..ingatkan dah terlepas rupanya Zizan datang pukul 9 jadi tak sempatlah bermain Spontan di Era macam tahun lepas..tapi takpe..jom kita review sama-sama sweet moment Jozan..


Admin suka sangat bila Ray interview Zizan tanya filem ke berapa Zizan bersama Awie..dan Zizan jawap dua kali..tiba-tiba je Johan menyelit cakap ketiga lah..comel je Zizan terkedu sambil pandang Johan...Johan siap cakap dulu Zizan berlakon cerita Baik Giler dengan Awie dan cakap minat kat Zizan sampai semua filem Zizan berlakon Johan tengok..sweet gilaa lah..Johan pula yang ingat Zizan berlakon berapa filem dengan Awie..mungkin tak Zizan selalu ajak Johan tengok wayang dengan dia atau bagi tiket free filem Zizan berlakon kepada Jozlynn? Zizan cakap Johan minat dia dan Johan pun comel je mengaku..best friend kan..mestilah ingat..minat dan support each other..

Kalau semua perasan..ada background music sepanjang Johara interview Zizan..lagu Sahabat Selamanya - Upin Ipin..Johan yang main gitar tau..lepas tu Zizan nyanyi tapi sekejap je lah sebab dia tanya "ada payment ke tak?"..Haniff terus menyampuk cakap "part ni lah kau cium Johan" lepas tu Ray cakap "siap trending"..Johan gelak kuat gila..Zizan mesti malu tapi gelak-gelak jugak..kalau Haniff dan Ray tanya kenapa cium lagi best kan? mesti lagi sweet gilee..


Masa Ray main tanya soalan kepada Zizan pun best jugak..Ray ada tanya "Awie ke Johan?"..Zizan terus jawap "Johan"..bila Ray tanya lagi "Ray/Haniff ke Johan?" Zizan masih jawap "Johan"..mestilah Zizan jawap Johan kann..confirm punyalah takkan berubah..masa nak jawap pun manja je..Johan mesti duduk kat kerusi time tu pandang je Zizan main game spontan dengan Ray kan..sebab admin dengar suara Johan gelak je..bila Ray tanya "Petang Era ke Johara?" Zizan jawap "Joharalah" di mana ada Johan mesti Zizan akan pilih punyalah..


Zizan kan ada tweet cakap tak sabar nak jumpa Mak Jemah..hehe baru jumpa dah rindu Johan ye Zizan..



Mak Jemah bawak Zizan jadi artis bawah naungan Mak Jemah..siap tukar nama Zizan jadi Anuar Zizan sebab Zizan asyik menyanyi lagu Anuar Zain..setiap kali buat Johan buat lawak..Zizan memang gelak gilee kat belakang..dan masing-masing suka menambah-nambah buat lawak..kuat sangat Zizan gelak non stop sampai Johan ada cakap "aku belum habis ceritalah" Zizan terus cakap "ok maaf-maaf teruskan"..tapi tak boleh stop gelak..habis lagu Zizan dah bertukar jadi lagu pasal martial arts..lepas tu siap nak buat kolaborasi Anuar Zizan dengan Shila Amzah lagu Tangisan Youtube..best sangatlahh..rasa sekejap sangat Jozan bersama..dahlah sweet dan comel dua-dua nya..kalau Mak Jemah lagi gedik pun mesti best kan..Mak Jemah cakap Anuar Zizan hensem tapi peha kecik..bukan taste dia..alalala yang peha kecik tula Johan selalu peluk dan sayangkan..hahaha..Jozan..Jozan..

Korang semua kena tengok dan dengar semua video admin share ni k..credit to Era Fm dan Jozanners Dsayang..thank you tau..

Love, admin @intanmarliana


Sunday 19 May 2013

Review Jozan : Raja Lawak 7 Minggu 6

Raja Lawak 7 Minggu ke 6 memang admin tunggu sebab muzikal komedi dan admin memang suka sangat kalau Jozan menyanyi dan menari bersama..tapi frust sikitlah..kurang moment comel Jozan menyanyi..rasanya tak cukup masa untuk sesi Jozan nyanyi bersama..kalau tak silap admin lah..ada satu part tu Zizan ada tanya Johan.."ada satu lagi kita nak nyanyi?" kemudian Johan cakap "oh no thanks"..mesti overrun ni..huuu frust jugaklah..

Tapi tak mengapa, adalah sedikit moment setakat yang admin boleh share dengan semua untuk kali ini..admin memang dah berkobar-korbar dah tunggu..mungkinkah Johan akan kiss Zizan seperti yang Johan ugut manja-manja dalam Instagram haritu di sini..tapi tiada..just ada part awal-awal rancangan start Johan macam terhyper bercakap tentang lagu Rembau Most Wanted dan terus die buat-buat sedut inhaler yang asma tu..lepas tu Zizan cakap "nak jugak" dan Johan pun bagi..lepas tu Johan pandang muka Zizan sambil cakap "kan aku.." pastu Zizan terus gelak dan lari sikit dari Johan..hahah..admin rasa Johan nak cakap "kan aku tium karangg.." kot..lepas tu dua-dua gelak..haha Zizan memang nak mengikut je Johan kan..


Zizan tarik tangan Johan nak jugak inhaler tu..

Johan pun bagi..

Zizan cakap tak nak bila Johan kata "kan aku.."

Yang kedua pula bila lepas persembahan kumpulan Extra cerita pasal pokok pisang..Johan ada cakap "saya pisang..dia jantung pisang"..sambil tunjuk Zizan..Zizan pun ulang balik ayat Johan "ye..saya jantung pisang" comel jugak moment ni sebab saling memerlukan..

Yang ketiga bila ada satu time Johan sebut tagline Zizan bila dia merajuk dan komen di Instagram Johan..hehe kali ni Johan pula cakap "blahh arr..tak ajakkk.." terus pergi belakang..Zizan dah terkedu dan cakap.."alamak"..hehe alamak merajuk la pulak kot maksud Zizan..kemudian Zizan pun ikut Johan ke belakang..mesti pergi pujuk manja-manja tu..

Moment keempat yang admin perasan bila Johan tersalah cakap pasal nama artis kalau tak silap..lepas tu Johan lari nak pergi belakang stage dan cakap "malulah.." sambil tutup muka..Zizan terus pujuk dan panggil "napa ni.."Johan sambung cakap "malulah"..Zizan terus cakap "eh janganlah" suruh stay atas stage tapi Johan lari ke belakang stage..alalaa..sukanya betul pujuk memujuk kan Jozan ni..

Yang pasti moment terakhir bila sesi penyingkiran..Johan nyanyi lagu Malaikat..lagu yang ada sentimental value Johan dan Kak Ozlyn..Zizan pula tukang cerita pasal penyingkiran..bila dah habis nyanyi..Johan cakap "fuhh penat tu nyanyi.." Zizan terus pandang Johan dan cakap "dah..dah pergi minum air" alalala..caringnye dia..Johan pun mengikut je masuk belakang stage balik..mungkin pergi minum air kejap..

Comelnya Jozan..

Tuesday 14 May 2013

Jozan Manja Di Instagram Lagi

Rasanya peminat Jozan sudah berbunga-bunga dan cair melihat kecomelan Jozan dalam minggu ini kan? Zizan manja sangat dengan Johan..dan Johan memang melayan je lah si Zizan..sebelum ini admin ada buat entri komen mengomen atau dengan lebih indah pujuk memujuk Jozan di sini..admin ingat dah habis dah kisah Zizan mengada-ngada dengan Johan..rupanya berterusan selama beberapa hari..hehe comelnya Jozan..


Komen merajuk Zizan memang sama je untuk empat gambar di Instagram setakat ini.."takkk ajakkk..blahh arrr!!" tapi makin lama perkataan makin panjang..macam Zizan meminta perhatian Johan..comelnyee..gambar pertama Johan makan maggi bandung tu Johan dah pujuk dah dan Zizan tak reply apa-apa..seterusnya komen merajuk Zizan di gambar Johan makan beramai-ramai tapi Johan buat bodo je..hehe..dan kemudian gambar ketiga Johan, Kak Ozlynn dan family jalan-jalan pun Johan buat bodo lagi bila Zizan komen yang sama..gambar keempat barulah Johan komen lagi sekali..apa komen Johan? cuba baca bawah ini..boleh tengok sendiri di Instagram Jozan k..


Haaa..siap sedialah Zizan ye hari Jumaat ini di Raja Lawak 7..Johan nak ciummmm..kalau Johan balas dendam..mahu nak menangis Zizan nanti melayan nanti..Johan kalau dah start manja dia memang menggedik dan adegan-adegan over nanti..lagi-lagi dengan Zizan yang Johan memang dah selesa bersama..confirm Johan suka hati dia je nanti nak bergurau dengan Zizan..kalau di Lawak Ke Der 2 dah over..hehe Raja Lawak 7 pun apa salahnya kan..harap-harap janganlah Astro block part Jozan nanti..alah gurau senda kawan baik kot..

Zizan ni memang manja sangat kan dengan Johan..memandangkan Johan pun melayan jelah kawan baik dia yang seorang ini..lagi bertambah manjalah si Zizan ni..mungkin Zizan tengah sunyi ni..jadi Johan lah tempat Zizan bermanja atau menumpang kasih..bagus Zizan..sentiasa ingat Johan dan 'mengganggu' hidup Johan dan Kak Ozlyn..alahh Jozlynn confirm tak marah punyalah..jadi Zizan kacaulah Johan banyak-banyak k..Johan pun manja juga dengan Zizan sebab tu lah Johan melayan je 'adik' kesayangan dia yang seorang ini..

Tak sabar admin nak tunggu Jumaat ini..confirm ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat Jozan..Johan dan Zizan akan berduet dan nyanyi sama-sama..menari sama-sama..dahlah suara kedua-duanya best..

Kalau nak baca sweet moment Jozan ini lagi..sila-silakan ke blog Miss Banu k..admin pun selalu sangat singgah sebab best sangat..



Sunday 12 May 2013

Jozan Yang Mesra Peminat & Rendah Diri

Jozan adalah pasangan selebriti yang sangat mesra peminat..admin belum berpeluang bertemu Zizan lagi walaupun setiap tahun Zizan mengadakan rumah terbuka di negeri kami iaitu Terengganu..tapi admin tahu Zizan memang seorang yang mesra..memandangkan Zizan tiada komitmen keluarga yang besar lagi..jadi lebih mudah untuk Zizan ke sana ke mari untuk berada dekat dengan peminat..memang super busy lah selebriti pujaan ramai inilah..kadang-kadang admin rasa kasihan jugak tengok Zizan yang macam penat sangat ketika mengacarakan Raja Lawak..Johan lah yang super hyper tukang cover..kalau pagi di KL..petang mungkin terbang ke Johor atau Sabah Sarawak..kesihatan kena jaga jugak tau Zizan..

*gambar ini tiada kena mengena dengan peminat Jozan ye..hehehe*

Bagi admin, Johan kurang menonjolkan diri di TV dan liputan di surat khabar seperti Zizan..sibuk di radio dan event-event tertentu sahaja tapi Johan dan Kak Ozlynn sangat aktif di Instagram..kebanyakan peminat yang komen mesti dapat reply dari Jozlynn..mungkin kerana Instagram @jozlynnhanania diuruskan oleh Johan dan Kak Ozlynn sendiri..jadi lebih cepat untuk respond sebab dua orang yang managekan..Johan pun selalu retweet dan komen pendengar-pendengar Era yang setia..Zizan memang jarang komen di Instagram dan kadang-kadang di Twitter tapi admin pasti Zizan selalu baca komen-komen dari peminatnya..penatlah kan nak komen setiap satu kan..confirm bateri handphone cepat habis pun adoi ter ber..cuma sejak dua menjak ini Zizan lebih manja dengan Johan dan selalu komen gambar Johan dan manager Zizan kak Maryna..hehehe..

Sikap rendah diri Zizan memang mencairkan ramai peminatnya..admin ada tonton video Zizan Twitter Family (ZTF) haritu..Zizan ada buat ucapan tentang syukurnya kepada semua peminat yang menyokong walaupun Zizan bukan seorang yang berpelajaran tinggi..orang yang berjaya bukan diukur dari berapa banyak kelulusan tapi setinggi mana sikap rendah diri, bersyukur dan menghormati orang tua dan sekeliling..bagi admin..itu yang lebih utama..Johan pula selalu menghargai peminatnya..setiap ucapan penghargaan Johan mesti akan sebut "award saya yang sebenar adalah peminat saya"..masa gathering Johan Twitter Family (JTF) haritu pun..Johan tak putus-putus melayan peminat walaupun kaki belum sembuh lagi..

Itulah pendapat admin tentang Jozan yang mesra peminat dan rendah diri...jangan pernah berhenti ok sampai bila-bila..


Saturday 11 May 2013

Sweet Sangat Jozan Ber-Instagram

Harini admin rasa gembira sangat bila membaca sesi komen mengomen Jozan yang sweet itu..dah lama sebenarnya admin nak kongsi kegembiraan Jozan ni tapi hari ini paling sesuai..

Kepada sesiapa yang belum follow Jozan di Instagram, sila cepat-cepat follow k..bagi komen membina dan jangan mengutuk k..kita boleh tahu perkembangan Johan, Zizan, famili dan aktiviti Jozan..follow original account sahaja ok..Johan dan Kak Ozlynn @jozlynnhanania manakala Zizan @zizanrazak869..


Ok paling terkini perbualan sweet Jozan adalah semalam..

Selepas Raja Lawak 7, Johan, Kak Ozlynn bersama artis dan yang lain pergi supper di kedai..Kak Ozlynn ada post dua gambar di Instagram siap ada gambar Johan nak makan maggi bandung..dalam gambar tu Zizan tiada..malam tu juga Zizan macam merajuk komen dekat dua-dua gambar cakap "tak ajakkk.."alololo kesiannya Zizan..admin tahu Johan mesti akan reply punya komen Zizan sebab Johan dan Kak Ozlynn memang mesra dan komen di Instagram..pagi tadi baru Johan reply dan pujuk Zizan macam ayat kat bawah ni..comel sangat kannnn..Johan pujuk Zizan lahhh.."jangan macam ni..ni makan kat kedai je zan...ko datang rumah aku suruh mama masak special untuk ko" dahlah panggil Zan je..siap cakap "orang lain aku biar je"..Zizan sorang sahaja Johan pujuk..lepas tu siap cakap Mama nak masakkan special untuk Zizan...alololo...mesti Zizan dah tak merajuk kan..datanglah rumah Johan tau Zizan...paksa Johan dan Kak Ozlynn masak best-best k..Zizan pun panggil Kak Ozlynn tu Mama..alahai satu famili sangat..



Beberapa hari sebelum tu pun Zizan ada post gambar 'teddy bear' Mr Stark Iron Man pakai seatbelt, Johan komen dua kali tau cakap nak bagitau siapa bagi 'teddy bear' tu..hahaha mesti Johan tahu kan..tapi setakat hari ni Zizan belum respond lagi statement Johan itu..mungkin sibuk agaknya..sekali dah marah-marah manja dah di whatsapp/message kan pesan kat Johan jangan bagitahu..nakal betul Johan kann..

Bagi admin Johan dan Kak Ozlynn sangatlah peramah komen-komen di Instagram..akan datang admin share pula k dah berapa kali Johan dan Kak Ozlynn komen dan chat dengan admin..bukan sahaja admin..malah ramai lagi peminat Jozan dan Jozlynnhania..kalau tak percaya..cuba lah komen..Zizan pula mungkin agak busy jadi jarang respond di Instagram..tapi setiap kali Johan komen..Zizan mesti akan layan..

Best sangat admin bila follow Jozan di Instagram..rasa rapat sangat dengan artis-artis kegemaran admin yang paling serasi dan sweet di Malaysia..



Monday 6 May 2013

Jozan Sahabat Selamanya First Video

Akhirnya tercapai juga cita-cita admin untuk buat satu video khas buat Jozan dan seluruh peminat Jozan yang disayangi semua..hehe ini kali pertama tau jadi ada banyak cacat cela dalam video admin ini..

Admin ada upload video di Youtube di sini jika ada yang nak download dan dijadikan kenangan peribadi..sila-silakanlah ye..jangan malu-malu..

Admin teringin sangat nak buat video untuk Jozan sebab admin jealous tengok video-video ahli keluarga Jozan yang lain..kreatif sangat semuanya..teringin juga admin nak buat satu..heheh..



Ok admin cerita sedikit sebanyak tentang video yang admin buat ini k..semua video dan gambar ini admin pilih yang paling bermakna bagi admin..memang ada banyak moment sweet Jozan tapi untuk video pertama..admin pilih combination Lawak Ke Der 2..Kampung Prima 105..Maharaja Lawak Mega..ada juga video yang admin ambil dari team Johan FC..peminat-peminat Jozan semua dan koleksi admin sendiri ketika Johan Twitter Family gathering hari tu..terima kasih ye kawan-kawan semua yang banyak membantu..


Semua kenangan indah..pahit mahit Jozan yang terkini dan terbaik admin pilih untuk dimuatkan dalam video ini..semoga terhibur ok..

Harap sangat Jozan tengok video ni kan..biar Jozan tahu yang peminat Jozan semua sayangkan mereka dan doakan Jozan adalah sahabat selamanya..

Wednesday 1 May 2013

Bersabarlah Jozan

Selama lapan tahun lebih Jozan muncul di dalam industri hiburan Malaysia..admin pasti Johan dan Zizan sudah lebih matang mengharungi dugaan dan cabaran sebagai anak seni..hanya membaca dan mendengar gosip mosip dari orang sekeliling belum tentu semuanya betul kan..



Admin tak mahu bercerita tentang dugaan dan cabaran Jozan yang lama-lama..cukuplah sekadar menjadi pengajaran untuk semua..cuma kali ini admin rasa kasihan dengan kisah Johan..admin ada terbaca caption Kak Ozlynn di Instagram @jozlynnhanania seolah-olah Johan sedang bersedih atau putus asa sahaja..admin tidak tahu hal sebenar tapi admin doakan yang baik-baik sahaja untuk Johan dan famili ok..selain itu..ada seorang hamba Allah telah menyamar menjadi Johan dan tweet status tentang parti politik pula yang memburukkan lagi nama Johan..bengang juga admin kenapa Johan? sila minta maaf dengan Johan..buruk sudah nama Johan sedangkan Johan setiap hari cuba menghiburkan kita semua..kenapa ada yang cuba menjatuhkan pula..sedih admin..apatah lagi Johan dan Kak Ozlynn kan..



Tentang Zizan pula sekarang tersebar ramai mengorek dan mencari siapa cinta hatinya..itulah lumrah manusia mesti akan mencari sampai jumpa..lebih-lebih lagi artis pujaan ramaikan..mesti stress juga kan Zizan..tapi rasanya kisah Zizan tidak sesedih Johan..cuma cara Zizan mengawal orang sekeliling yang lebih penting..jaga-jaga tau Zizan nanti ada orang kata sombong pula bila terlampau berahsia..nasihat admin lain kali simpan-simpan je dalam hati hal peribadi ok..cerita kat Johan je..hehe..

Walau apa pun yang terjadi..admin harap Jozan bersabarlah dengan dugaan k..biasalah..lagi besar tanggungjawap..lagi besarlah dugaan..yang penting sentiasa bersyukur kepada Allah..both of you can do it! chaiyok-chaiyok! kami semua sokong Jozan..