Saturday 6 July 2013

Bukan Rahsia Lagilah Jozan

Admin ada cerita di entri sebelum ini di sini yang admin akan share satu rahsia dengan korang semua..tapi rasanya bukan rahsia lagi kot untuk admin..



Apa rahsianya?

Sebenarnya masa admin join majlis kesyukuran Johan haritu, admin ada bagi hadiah dekat Johan sempena hari jadi Johan..untuk Kak Ozlynn pun ada jugak tapi itu masih menjadi rahsia dan tanda tanya lagi untuk admin..hadiah admin bagi sebenarnya biasa-biasa aja..tiada niat untuk riak atau menunjuk-nunjuk kepada sesiapa..hanyalah hadiah yang ikhlas dari hati admin kepada Jozlynn..

Hadiah untuk Johan adalah jam tangan manakala untuk Kak Ozlynn adalah selendang/shawl..kenapa admin pilih hadiah-hadiah tu? sebab admin perasan Johan selalu pakai jam sama..Zizan selalu tukar-tukar jam..baju merah jam merah..baju biru jam biru..tapi Johan selalu jam putih tak kira apa warna baju..mungkin jam putih tu ada sentimental value untuk Johan kot lagipun matching dengan semua jenis baju..Zizan pun jenis bergaya dan menjaga penampilan..jadi semua kena matching..haishh lain-lain kan minat si kembar ni..kembar bukan seiras tapi serasi sangat kan...jadi admin pun survey harga yang berpatutan dan konsep admin untuk buat 'sahhang'..apa itu 'sahhang'? dalam bahasa Terengganu..maksudnye untuk suka-suka..kalau aktiviti lasak pun sesuai..tak perlu fikir jam calar tak..dan selalunya kalau selebriti takkan pakai jam ni untuk majlis formal..Johan boleh tanya Zizan k kalau still tak faham maksud 'sahhang'..hehe..kalau Zizan tak tahu sila ketuk-ketuk manja kepala dia k..hehehe..




Untuk Kak Ozlynn pula admin pilih shawl sbb multi purpose..boleh dibuat tudung..boleh diikat di leher as accessory atau buat selimut..hahaha tiba-tiba kan..

Admin ingat hadiah-hadiah admin bagi ni akan kekal menjadi rahsia untuk admin simpan sahaja..maksudnya..cukuplah admin rasa yang admin dah bagi dan biarlah rahsia sama ada Jozlynn akan suka atau tak..kalau suka pakai..tak suka bagilah siapa-siapa kan..tapi admin terkejut rupanya Johan suka jam admin bagi lah..

Admin terkejut sangat bila sekali tengok final Raja Lawak 7..Johan tak pakai jam putih tapi tiba-tiba jam ade belang-belang hitam lahh..admin memang duduk dekat skrin tv nak tengok betulke jam admin bagi..tapi perasaan admin..ishh bukanlah..kebetulan Johan baru beli jam baru dan admin tersyok sendiri..mungkin napok sama tapi bukang dia..eh macam kenal pulak ayat ni kan? 



Hehehe..lepas tu admin nampak di Instagram Jozlynnhanania yang Johan pakai jam belang-belang ni lagi di Jogjajakarta..macam makin confirm je jam admin bagi sebab nampak cam makin sama je..admin ada tegur di Insta tapi Jozlynn tak reply so admin cam ok betullah..bukan jam admin bagi..haha buat malu je kan..


Admin JTF Wanie tegur tanya pasal jam kat admin dan admin cakap mungkin bukan jam admin kot..sekali Jozlynn reply lahhh..jom tengok bawah..



Alamak betullah...macam tak percaya Johan sudi pakai jam admin bagi..terharu sangat..terima kasih banyak-banyak Jozlynn..dan terima kasih jugak kat Wanie sebab tanyakan..ni buat lagi minat kat korang ni..latest harini di Digi Awards pun Johan pakai jam belang-belang tu lagi..rasa gembira sangat..



Kepada Zizan..admin memang nak sangat bagi hadiah untuk Zizan..tapi siapa suruh datang majlis Johan haritu tak bagitahu admin...haha ada Zizan kesah keee..insyaAllah next time turn Zizan pulak k..yang paling penting admin rasa gembira sangat Johan pakai jam hadiah tu di final Raja Lawak 7..rasa admin dekat dengan hati Johan dan Zizan..rasa macam diri sendiri terawang-awang menyamar jadi jam time tu..haha sudah-sudahlah berangan admin oiiiii...

Tuesday 2 July 2013

Rindu Raja Lawak 7 Bersama Jozan

Akhirnya tamat sudah Raja Lawak 7..sedih pun ada jugaklah admin rasa sebab bila lah lagi dapat lihat gelagat Jozan bersama..yang mengada-ngada dan manja..yang garang pun ada jugak..haha..



Tahniah kepada Wala kerana menjadi juara..admin pun dapat rasa Wala akan menang sebab kumpulan mereka ada package dan unik..Jozlynn pun dapat teka sebab siap post gambar bersama Wala lagi di Instagram sebelum final. Tak kisahlah siapa yang menang janji hos Raja Lawak adalah Jozan kan..

Admin suka sangat bila Johan dan Zizan bahasakan diri mereka Jozan instead of Johan atau Zizan..rasa rapat dan sweet sangat..masa mula-mula start Jozan ada cakap yang terima kasih kerana support Jozan dan bila tengok di Twitter pun..si kembar ini ada tweet terima kasih kepada semua peminat Jozan..mestilah jadi top tweet kan..

Dalam banyak-banyak Jozan bersama untuk final..admin paling suka part Johan marah Gamat..haha kesian pun ada jugak kat Gamat..Johan ni kan karakter dia memang garang sikit..sebab tu lah kena ada Zizan yang akan cool down dan ingatkan Johan..dan Johan pasti akan senyap dan dengar Zizan cakap..sweet sangat..


Kenapa admin suka part Johan marah gamat? Hehehehe mestilah sebab ada aksi sweet Jozan..kalau semua tengok video yang admin edit dan share ni..lepas Gamat perform ala-ala rap gitu..Johan terus marah cakap semua orang rap..semua orang nak tiru rap jugak..macam Waris..lepas tu Johan cakap.."Biarlah Zizan sorang je rap..kan Zizan kann..." sambil jalan kat Zizan..Zizan mula-mula tengok je kat Johan dan cakap lembut je "Janganlah marah Johan"..lepas Johan cakap kan Zizan kan sambil jalan ke arah Zizan..terus Jozan jadi manja buat adegan nak kiss lah pulak..siap pegang dada..satu stadium dah bersorak dah..hahaha comel lah diorang berdua nii..

Admin ingatkan dah habis dah moment sweet tu..sekali lepas Apek komen kumpulan Gamat..Johan sambung marah lagi rupanya..tak puas hati betul dia bila ada orang nak rap juga lawan Zizan ye...sayang betul Johan kat Zizan kan..lepas buat adegan nak kiss lagi..satu stadium bersorak lagi..Johan cakap "Jangan nak wooo sangat" hahah mesti peminat Jozan tengah sorak untuk diorang kan..mestilah sorak sebab sweet sangattt..admin kat rumah pun tengok rasa nak gigit je dua-dua orang ni..apatah lagi peminat Jozan yang dalam stadium kan..

Next entri admin nak share satu secret dengan semua ok..