Sunday 24 March 2013

Jozan Yang Serasi

Bagaimana seseorang itu boleh jadi serasi?


Tahukah kita semua yang seorang kawan baik tidak perlu declare yang 'kami adalah kawan baik'? Admin sendiri merasai perkara yang sama. 

Bagaimana kita boleh serasi? Tidak perlu ada semua persamaan setiap masa tapi ada suatu perasaan selesa bersama walaupun bukan selalu berjumpa. Inilah Jozan..

Pengalaman mereka bersama sejak dari Raja Lawak (RL) sebagai pesaing yang sihat sehingga menjadi hos tetap Raja Lawak sehingga sekarang mungkin menjadi faktor chemistry dan keselesaan itu wujud. Dari pembacaan admin, Johan pernah mengatakan yang dari dulu lagi mereka selau berkongsi idea walaupun bersaing. Walapun kedua-duanya bukan juara, tapi serius admin rasa, Johan dan Zizan memang berbakat besar dan mungkin inilah yang pihak Astro nampak untuk kembangkan dan beri peluang untuk mereka berdua kan..mereka pun join RL pada usia yang muda, banyak benda boleh belajar dan peluang lebih terbuka kan?

Jozan memang serasi setiap kali membuat persembahan walaupun sekejap sahaja..contoh paling ketara ketika menjadi tetamu jemputan Maharaja Lawak Mega Musim 1..(video dah tiada di Youtube untuk share) Sudahlah lupa lirik nyanyiannya tapi masing-masing macam pandai2 je saling cover..rasa admin lah..persembahan Jozan yang paling diingati malam tersebut.."kau nyanyi saja..bukan ada payment pun..bukan ada payment pun" :)

Semasa Mega Lawak di Singapura pun sama..dengar cerita diorang main redah je..mungkin ade idea tapi yang lain-lain dibuat spontan je..maklumlah Jozan juara dan naib juara Super Spontan...macam adik beradik je main kahwin-kahwin kan..

Kalau tahun ini, kalau tidak silap admin persahabatan Jozan sudah 7-8 tahun dah..ada orang cakap..keserasian bukan berapa tahun kita kenal kawan kita..tetapi berapa cepat kita rasa selesa dengan kawan kita..buktinya Jozan..

Admin banggalah dengan persahabatan Jozan..




0 comments:

Post a Comment