Monday 25 March 2013

Rancangan Serasi Bersama Jozan - 2 (Rooney Vs Drogba)

Tempat kedua yang admin pilih semestinya Rooney vs Drogba..pertama sekali kerana cerita ini adalah tentang persahabatan Johan dan Zizan kononnya bersekolah agama yang sama sejak kecil dan bersama mengumpul duit untuk menyaksikan bola sepak pasukan kegemaran mereka iaitu Chelsea dan Manchester United..macam-macam usaha Johan dan Zizan buat demi mengumpul duit ke luar negara..



Gambar di atas admin ambil dari Facebook Zizan ketika Jozan buat penggambaran..ada banyak gambar lagi di sini ok..apa yang admin tahu ketika ini heboh media bercerita yang Jozan bergaduh selepas mereka dapat tempat kedua di Maharaja Lawak tapi sebenarnya mereka bahagia saja..haishh admin tak suka la dengar berita yang cuba merosakkan persahabatan Jozan ni..

Kita sambung ye kenapa admin pilih Rooney vs Drogba di tempat kedua..pertama sekali cerita ini admin rasa banyak meninggalkan kesan kepada Jozan..walaupun sekadar lakonan tapi admin percaya cerita ini akan menjadi kenangan terindah kepada Jozan..isteri Johan iaitu Kak Ozlynn pun sama-sama membantu merapatkan lagi hubungan Jozan..dah macam adik beradik dah semuanya..

Dalam banyak-banyak part dalam cerita ini, ada beberapa part yang admin suka..yang pertama part Jozan nak fly dari asrama malam-malam..masa baju Johan tersangkut kat pagar lepas Zizan tolong..Zizan cakap "muslimin..muslimin" sebab Johan lari tinggal Zizan seorang..masa Jozan berborak sebelum pecahkan tabung pun best juga..bila terkenang part angan-angan Jozan nak meragut pun comel juga..nasib baik angan-angan je tau..Zizan peluk Johan over tau..dah satu badan Johan dia raba..hahahaha..ada juga part Johan cakap "aku bangga ada sahabat macam kau" walaupun lepas tu Johan jelir lidah..part ni wajib tonton punyalah..

Memandangkan cerita ini admin rasa agak spontan, admin rasa kebanyakan dialog yang disebut pun ikhlas apa yang terfikir dari Jozan..contohnya bila Johan berpura-pura berbuih-buih di resort tempat Jozan bekerja..Zizan ada cakap "ni aku sayang kau..sayang kau"..bila ada konflik Zizan marah Johan kerana tiket dah habis dijual pun bagus juga bagi admin..biar ada konflik supaya masing-masing lebih menghargai agar di luar lakonan..konflik ini dapat dielakkan..Johan macam merajuk comel bila Zizan marah dia..Zizan pulak ada cakap "Zizan tak boleh bercerai dengan Johan, kena rujuk balik"

Ketika Zizan pujuk Johan pun comel aje..tak dapat bayangkan kalau Johan pujuk Zizan sebab admin nampak Johan macam lebih serius orangnya..Zizan kan sensitif sikit..lepas tu Jozan pun berbaik..bila ada konflik sekali lagi selepas mereka terlepas flight balik ke Malaysia kerana terlajak tidur..kak Ozlynn lah yang membantu merapatkan mereka kembali dengan mencari kerja tambahan..walaupun seorang sahaja yang dapat balik ke Malaysia dan Johan terpilih..admin rasa part paling emosi ketika Zizan dan Kak Ozlynn hantar Johan naik teksi..Zizan macam nangis betul-betul bila Johan tak nak peluk dia..aishh sedih..



Admin tak suka ending cerita ni sebab tergantung..kan best kalau Johan patah balik kata nak stay di London bersama Zizan ke..atau mungkin ada sambungan lepas ini..admin ada terbaca di instagram Johan (@jozlynnhanania) yang Johan cakap budget dah tak cukup nak buat sambungan..tolonglah Astro sambung cerita ni..buat part 2 pulak..tipulah budget tak cukup untuk dua artis naungan Astro ni..

Eh lupa admin nak cerita..admin suka juga tengok gelagat Johan dalam cerita ni sebab ikut skrip..Zizan bercinta dengan Ozlynn (siap guna bukan nama sebenar..Yata..eh Yati)..Johan mesti jealous manja-manja gitu kan..hahaha..

Rasa admin lah..kalau Jozan dan Kak Ozlynn baca entry ni harapnya korang tersenyum dan hargai persahabatan istimewa korang ye..

2 comments:

  1. betul tu, smpi skrg sye masih ternanti smbgnnya.

    ReplyDelete
  2. betul tu, smpi skrg sye masih ternanti smbgnnya.

    ReplyDelete