Wednesday 30 October 2013

Semangat Zizan di Super Spontan 2013

                        

Beberapa hari sahaja lagi final Super Spontan..hari yang kita semua tunggu akan tiba..Johan akan bersaing bersendirian bersama nama-nama besar yang lain untuk merebut title Juara Super Spontan musim ke-2..tak tahu kenapa..admin rasa risau sangat dengan keputusan undian setakat hari ini..dapatkah Johan mempertahankan Jozan sebagai juara?

Johan dan Zizan..dua-dua admin sayang..dua-dua admin sokong..admin tahu kita tak mampu memaksa semua ikut telunjuk kita..undi apa yang kita suka tapi admin pohon pada peminat Jozan dan peminat atas pagar untuk kenang kembali semangat Johan dalam Jozan..

Ada yang mengatakan Johan mengalah pada Zizan untuk musim lepas..admin tak pasti tentang hal itu..apa admin tahu sayangnya Johan pada Zizan memang bukan dengan kata-kata dan Johan memang selalu menyerlahkan Zizan dalam Jozan..Zizan memang berbakat besar dan dibantu oleh Johan..Zizan memang mampu untuk lebih menonjol dan admin tak nafikan kekuatan aura Zizan..semuanya bergantung pada rezeki masing-masing kan..jadi musim lepas..Zizan memang sudah tertulis lebih layak menjadi juara..jadi semua terima dengan hati terbuka..

Kali ini giliran Johan pula berseorangan membawa nama Jozan..admin tak pasti Zizan akan muncul di saat akhir Super Spontan untuk memberi kata-kata semangat atau join game yang ada..mungkin Zizan busy dengan komitmen lain..tapi kalau Zizan baca entri admin ini..tolonglah datang support Johan..kawan sebaik Johan susah dicari Zan..ingatkah lagi pengorbanan Johan masa final Maharaja Lawak Mega? Tak mampu berdiri sendiri..terhoyong hayang menahan jatuh dan berpura-pura sihat ketika di final sudah cukup membuktikan sayangnya Johan pada Zizan..semangat yang kuat dan janji pada sahabat membuatkan Johan gagahkan diri menaiki kereta..berjam-jam lamanya dari KL ke JB hanya kerana janji..janji pada sahabat selamanya..admin paham pengorbanan tidak perlu diungkit dan wajib dibalas..tak ikhlas namanya kan..tapi admin percaya Zizan sensitif orangnya..sensitif pada persekitaran..sensitif pada harapan peminat..dan paling penting sensitif pada Johan kerana Jozan lebih mengenali..lebih paham tentang segalanya tentang Jozan..

Johan rindu Zizan..rindu sampai berkali-kali mention Zizan di Instagram sehingga selalu promote kerjaya Zizan seperti filem dan teater Zizan di insta Jozlynnhanania lebih dari kerjaya Johan sendiri....mungkin juga hint pada Zizan yang Johan perlukan semangat Zizan untuk Super Spontan..kami paham kalau Zizan sibuk dengan kerja tapi percayalah..jangan pernah lupa susah dan senang bersama Johan..sesibuk mana sekalipun mesti ada masa untuk yang tersayang..sibuk ini pun semua berkat turun naik Jozan bersama..admin harap ada kejutan di final Super Spontan..mungkin juga harapan..doa dan promosi Zizan di Twitter dan Instagram tentang Johan..admin tak paksa kerana admin tahu Zizan yang kami kenal penyayang orangnya..

Kepada Johan..walau apa yang terjadi..jika ditakdirkan Zizan tak mampu hadir jumaat ini..percayalah yang admin sentiasa sokong Johan di final Super Spontan..bukan admin seorang..tapi keluarga Jozlynnhanania..peminat Jozan..ZTF..JTF dan semuanya..jangan pernah mengalah kerana Johan pasti selalu menyajikan terbaik dan Johan sudah johan di hati kami semua..

Jom teruskan mengundi Johan..taip SS 3/5/10/20 JOHAN hantar ke 32777.

All the best Johan for Jozan..

Sunday 20 October 2013

Jangan Pernah Berubah Jozan

Admin pasti ramai peminat Jozan dah perasan kebelakangan ni tentang luahan hati Jozan tentang kerinduan mereka yang masing-masing sibuk dengan komitmen yang berbeza..sebenarnya admin sengaja tunggu seminggu baru buat entry ni sebab admin masih menantikan kalau-kalau sweet moments Jozan akan berterusan 




Semua peminat Jozan rindukan Jozan..tapi yang lebih hebat lagi...Johan rindukan Zizan dan Zizan juga rindukan Johan..mungkin Zizan yang lebih sibuk sejak akhir-akhir ni kurang menunjukkan kasih sayang terhadap kawan baiknya yang satu itu..sehinggakan Johan yang terkenal dengan sikap yang penyimpan dan lebih laid-back menggemparkan peminat Jozan dengan berkongsi kerinduannya terhadap Zizan..admin percaya walaupun mungkin Johan bergurau tapi dalam gurau Johan ada seriusnya juga kan..

Ceritanya bermula apabila seorang peminat Johan komen di Insta @jozlynnhanania dan Johan ada kata yang dia rindukan Zizan..kemudian admin perasan Johan terus tegur Zizan di temporary Insta @zizan869razak seperti di bawah ni..lama juga Johan tunggu Zizan reply sehinggakan penuh jugak lah Insta Zizan dengan fan yang sibuk tag Zizan suruh reply..siap ada yang macam nak marah pun ada jugak sebab Zizan tak reply..siap tag manager Zizan dan artis-artis Wirefame mintak bagitahu Zizan suruh reply panggilan Johan..concern betul kan peminat Jozan ni..tapi Zizan tak juga reply..

Johan masih sabar dan komen yang Zizan mesti sibuk..siap mintak semua doakan Zizan lagi..comel gile lah Johan..sayang dan sabar betul Johan pada Zizan dan tak putus-putus cakap rindu Zizan..tiga kali ok Johan cakap rindu Johan..selagi Zizan tak komen..selagi itulah penuh Insta Zizan dengan fan yang mention Johan dan Zizan..


Akhirnya Zizan perasan jugak setelah dua hari kalau tak silap..Zizan siap minta maaf dan wish Selamat Hari Raya Aidiladha..dan yang pasti turut merindui Johan dan kak Ozlynn..amboi Zizan panggil Johan 'nyott' pulak ye..happy sangat Johan sampai reply lagi cakap 'love Zizan' pulak..alalala mesti Johan senyum sampai ke telinga kan bila Zizan layan dia balik..sweet lah sangat persahabatan Jozan ni..bukan dibuat-buat tapi memang sejak bertahun lamanya Jozan memang kekal Jozan yang penyayang...manja dan saling sokong-menyokong..

Sekarang tengah sibuk dengan promosi Shout Awards.. Zizan ada post di Insta dan Johan pun ada komen yang Jozan forever dan Johan pun ada reply balik..cuma kali ni ayat lebih cam skema..macam Kak Ozlynn dan Kak Marina je reply..hehehe admin teka aje..



Admin harap Jozan kekal sweet macam ni sampai bila-bila..jangan pernah berubah Jozan..walaupun ramai yang sebarkan berita yang Jozan bermusuh lah..makin rengganglah..mungkin disebabkan kesibukan Zizan dan Johan..admin harap perkara menyedihkan ini tidak akan berlaku..walau siapa pun perempuan bertakhta di hati Zizan sekarang atau sesibuk mana pun Zizan mencari rezeki..admin doakan Zizan sentiasa ingat pada Johan yang sentiasa berada di belakang Zizan..menyokong Zizan walau dari jauh..

Kepada Johan juga..admin tahu yang Johan kuat semangat orangnya..sentiasa tabah dan supportive terhadap keluarga dan Zizan..biasalah Jozan..bila kita berada di puncak memang banyak dugaan yang datang..yang penting sentiasa pandai bawa diri..jaga maruah diri dan keluarga..dan alert dengan setiap perbuatan dan tutur kata..jangan lupa bersyukur dengan nikmat yang kita kecapi..

Admin suka sangat bila lihat Jozan bersatu..fan club JozanFC..JTF..ZTF dari seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pun bersatu..semuanya kerana sayangkan Jozan..kita semua satu keluarga..kerana persahabatan Jozanlah kita semua bersatu..dan sahabat itu untuk selamanya. Credit snapshots perbualan Jozan kepada Aisha Humaira.

Saturday 5 October 2013

Jozan Kekal Bersatu Selamanya

Satu satu..aku mahu kamu
Dua dua..hanya kita berdua
Tiga tiga..bersama-sama selamanya

Lirik Infiniti Cinta ini admin dedikasi kepada Johan dan Zizan..untuk persahabatan selamanya..


credit @cahayania2494

Admin cukup tak suka bila ada pihak yang cuba mengapi-apikan Jozan kata Jozan dah tak bertegur lah..berpecah semua..Jozan masih bersatu lah..sampai bila-bila cuma masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri..

Ke mana sahaja Zizan pergi..semangat Johan mesti ada bersama..begitu juga Johan..Zizan selalu berada di hatinya..admin hanya memerhati Jozan dari jauh tapi di sudut hati..admin tahu Jozan setuju dengan pendapat admin..

Buktinya semasa konsert AF2013 yang awal, Zizan ada tersasul sebut Raja Lawak instead of AFundi..kemudian Zizan ada cakap yang kumpulan duo AF ada chemistry macam Jozan dan Roslan Aziz pun setuju..siap Roslan Aziz ulang balik ayat Zizan "ada chemistry macam Jozan"..semasa TGI AF minggu-minggu lepas pun sama..bila Elfira Loy tanya siapa yang Zizan minat di AF 1, Zizan terus jawap Johan Raja Lawak..mungkin ada yang rasa Zizan buat lawak tapi bagi admin dalam lawak-lawak pun kenapa Johan yang Zizan pilih kan? satu lagi..bila Hanis Zalikha cakap yang Zizan suka gosip-gosip macam Mak Jemah..terus Zizan jawap.."mestilah..kan kawan baik dia"..haishhh sweet nye Zizan..sayang betul pada Johan kan..kalau tak percaya korang boleh masuk youtube ok..

Paling terkini..bila wartawan tanya tentang hubungan Zizan dan Johan..Zizan cakap yang jika Zizan ada urusan di Astro..Zizan sanggup tukar waktu tidur Zizan semata-mata nak berjumpa Johan di konti Era..yelah Johan kan kerja awal pagi..boleh baca link sini..wahh..paling sweet di dunia lah sahabat baik ni..confirm tiada siapa mampu ganti kasih sayang Zizan pada Johan....sedangkan Kak Marina manager Zizan pun tweet cakap diorang satu keluarga hari-hari contact..

Johan pun sayang sangat pada Zizan..sikap Johan yang selalu mengalah kepada Zizan memang semua peminat Jozan tahu..Zizan memang pembakar semangat Johan..nampak Johan kuat di luar tapi lembut hatinya..manja Johan dengan Zizan hanya Zizan dan kak Ozlynn je yang tahu..tengok sahajalah di Super Spontan musim ini..ramai yang rasa Johan sedikit lain semasa bermain dan garang orangnya..macam kurang sesuatu pada Johan..tapi admin tahu Johan memang besar tanggungjawapnya untuk musim ni..semua mengharapkan Johan akan buat lebih baik dan selaku pemegang amanah Jozan..memang sedikit tertekan..lagi-lagi setiap hari praktis di Johara pagi Era..semua meletakkan harapan yang tinggi pada Johan..kepada Zizan..jangan lupa teruskan menyokong Johan ok..bagi kata-kata semangat kepada Johan kerana Johan bukan jenis meminta dengan perkataan tapi fahamilah hatinya..

Admin tak pasti sama ada Johan atau Kak Ozlynn yang komen di Instagram seorang peminat Jozan..tapi @jozlynnhanania pun mengaku rindu Zizan...masing-masing sangat sibuk sehingga mereka terpisah dalam komitmen..

Percayalah..siapa yang suka pada Johan akan pasti minat pada Zizan dan begitulah sebaliknya kerana kesukaan Johan adalah Zizan dan semestinya kesukaan Zizan tetap pada Johan walau dengan siapa Zizan bergandingan..siapa kita yang mampu pisahkan sahabat paling baik dan serasi yang sentiasa bersama susah dan senang..kita semua doakan yang baik-baik selalu untuk Jozan ok..