Sunday 24 March 2013

Rancangan Serasi Bersama Jozan - 6 (Redah Kasi Pecah/Nak Balik Raya)

Dalam banyak-banyak rancangan yang melibatkan Jozan secara individu, bergandingan dengan selebriti lain, bagi admin tidak dapat menandingi keserasian ketika mereka menjayakan rancangan bersama.

Jadi admin list downkan rancangan yang paling menambat hati admin, kira top 6 la kot..selalunya orang buat top 5 tapi admin suka hati buat top 6 sebab susah nak pilih..

Raja Lawak 2 hingga 6 tidak termasuk tau! :)

Tempat ke 6 - Redah Kasi Pecah/ Nak Balik Raya

Redah Kasi Pecah
Admin pilih 2 rancangan ni kerana Johan tidak bersama Zizan dalam setiap episod Redah Kasi Pecah tapi ada part-part yang admin suka tentang Jozan..kalau tak silap admin episod 8 kot..ada lagi share dalam Youtube

First sweet moment admin perasan ketika part Zizan menang and Johan kena pass sampul surat kemenangan, Johan macam tak puas hati ke marah dan Zizan gelak sambil cakap lebih kurang macam ni "alaa..bagi betul-betullah Johan.." (sambil tarik tangan Johan) tapi Johan pandang tempat lain..merajuk comel rasanya kot :)

Second sweet moment ketika Johan dan partner kena denda makan kuih peria berintikan ikan pekasam..admin nampak pun dah tahu rasa mesti pahit masin-masin gitu..admin perasan Johan tengok Zizan time nak makan..maybe dalam hatinya rasa nak minta belas kasihan kot..Zizan kan jenis yang sensitif..bila Johan luahkan balik kuih tu..Zizan duduk usap-usap Johan..comel sangat time ni..akhirnya mungkin Zizan rasa tak boleh jadi ni..dia pun terus ambil kuih tu dan sumbat dalam mulut dia..admin percaya scene ini bukan dibuat-buat sebab admin nampak semua terkejut termasuklah Johan terus tersenyap (kena tengok muka Johan time ni tau)..kemudian Nabil ada cakap.."sahabat..sahabat..kalau dah kawan baik memang macam ni"..lepas tu Zizan pula cakap lebih kurang macam ni "tak boleh..tak boleh..kalau Johan penting diri..macam mana nak Jozan lagi"..risaunya Zizan pada Johan kan?


credit blog dan blog

Moment terakhir bila majlis penyampaian hadiah..kumpulan Zizan menang tempat pertama..Zizan yang hyper tu terus nak buat slide depan orang ramai tapi tergelincir terus jatuh..Zizan dah gelak2..semua orang gelak tapi Johan terus datang senyum sambil peluk bahu Johan..letak jari dekat mulut dia tanda "Shh"..Johan tak gelak..ohh sangat sweet Johan..

Inilah Jozan yang admin minat..sentiasa cover mencover kan.. :)

Nak Balik Raya
Telemovie ini admin rasa dialog agak spontan..tak perlu Jozan hafal skrip jadi mereka lebih senang untuk membuat lawak..dahla dua-dua memang serasi kan..admin suka Zizan cakap Terengganu sebab admin rasa sangat dekat di hati..iyelah admin orang Terengganu kan..Zizan sentiasa ingat asal usul dia..Johan pulak selalu mengajuk bila Zizan cakap bahasa lain..elehh macam lah dia tak pahamkan..saja je suka menyakat Zizan..part lain admin tak nak tengok..part Jozan bersama sahaja admin suka :)

Next entry admin cerita Tempat ke 5 pula ye..



0 comments:

Post a Comment