Monday 17 June 2013

Zizan Kiss Pipi Johan Lagi

Admin sebenarnya sudah terlambat buat entri tentang Jozan lah..sepeninggalan admin macam-macam cerita tentang Jozan yang sweet..admin akan cuba buat review yang mana paling sweet dulu k..

Semua mesti tahu kan yang Johan ada buat kenduri kesyukuran sempena hari jadi Johan sekeluarga dan menyambut Ramadhan..jadi haritu admin berpeluang menghadiri majlis tertutup Johan dan Kak Ozlynn..memang meriah lah dengan diserikan keluarga dari tahfiz dan anak yatim..

gambar sambutan birthday Zizan sebagai hiasan

Seperti biasa bila majlis hari jadi mesti ada potong kek kan..admin tak dapat stay lama kerana ada komitmen keluarga..tapi admin dah puas hati sebab dapat bagi hadiah..bagi sendiri pada kak Ozlynn dan bergambar dengan Jozlynn sekali..Kak Ozlynn memang sangat alert dan peramah..hehe admin ada terpandang jam tengok pukul berapa dah..terus kak Ozlynn datang nak bergambar..haha sorry ye..ikutkan hati memang taknak balik tapi apakan daya..tapi sempatlah makan kek hari jadi Johan..kek coklat gitu..my favourite..hihi..

Bila admin balik rumah..lagilah bertambah jealous bila dapat tahu yang Zizan ada datang majlis Johannn..apekah?? jealous sangat ok..admin ingat Zizan tak datang..iyelah Zizan demam lagipun baru balik dari Anugerah Blockbuster di Johor terus ke set Melodi..admin ingat Zizan penat dan berehat..rupanya Zizan gagahkan diri datang ke Flamingo Hotel untuk bersama Johan..touching gituuu..

Yang paling admin jealous bila terbaca Twitter dan Facebook JTF, ZTF dan Jozan..sumber dari family Jozannerz yang masih ada di majlis tu..dengar cerita Zizan datang lambat sikit..datang-datang terus cari Johan..masa tu Johan tengah makan..yelah masa admin ada..Jozlynn memang sibuk bergambar..Afdlin Shauki pun ada..mungkin Johan baru sempat nak makan..apa yang admin faham..Zizan datang dari belakang dan terus peluk Johan..pegang muka Johan dan terus kiss pipi Johan...huaaa macam mana admin boleh terbalik awal ni....Zizan ni suka betul kiss Johan rupanya ye..

Kalau semua perasan..haritu di Johara..Ray dah peluk dan pura-pura nak kiss Johan dah..cuba tengok gambar ni..admin pulak yang jealous dalam hati dan harap Zizan akan bersama Johan celebrate birthday Johan dan kiss Johan..yelah..dekat Instagram ramai orang wish Johan tapi Zizan takde wish..tapi admin percaya Zizan confirm wish personally..


Dan tengokk..Zizan datang majlis terus kiss pipi Johan..siapa berani buat macam tu kalau tak Jozan..memang dah boleh jadi couple paling sweet dalam Malaysia dah ni..Zizan ni memang tersangat manja orangnya..senang betul Zizan nak tunjukkan sayangnya dia pada Johan..memang tak boleh lawan lah chemistry dan keselesaan Zizan bersama Johan walau dengan siapa Zizan bekerja..dan admin percaya Johan pun biarkan je Zizan buat apa-apa pun dekat dia..sebab tulah Johan yang tegas ni melayan jelah si Zizan ni..masa Zizan merajuk Johan tak ajak makan pun..Johan pujuk balik ajak makan kat kedai sama-sama..siapa kata Johan tak caring..itulah tanda Johan sayang Zizan..

Menurut Fyza, Zizan ada buat ucapan touching yang Johan adalah sahabat Zizan dan tolong doakan mereka sahabat selamanya..mesti best moment ni...admin dapat bayangkan...

Lepas selesai makan..admin dengar cerita yang Jozan jadi hos sekejap di majlis Johan..aahh bestnya kalau admin boleh record kenangan manis ni..tapi semua peminat Jozan kena faham..Johan seorang yang mementingkan keluarga dan kurang liputan media..jadi bila Johan kata no camera dan no video di majlisnya..kita mesti hormati permintaan Jozlynn ye..

Admin masih belum sempat jumpa Jozan bersama bukan macam Jozannerz yang lain..takpelah mungkin lain kali kena datang lagi function Jozan dan tunggu sampai majlis habis kena halau baru balik..haha..

Oh tidak dilupa..terima kasih pada Fyza, Kak Mas, Wanie, Rin, Abang Fais dan semua keluarga Jozanners yang mengaturkan semuanya..inilah kali pertama admin jumpa semua orang-orang kuat Johan..tak sangka semua happening dan rasa satu keluarga..kita semua keluarga Jozan..terima kasih semua..sempat juga admin bergambar dan ambil gambar semua sebagai kenangan..entah bila boleh jumpa lagi..


Selamat hari jadi Johan, semoga panjang umur murah rezeki, bahagia bersama Jozlynn dan sahabat selamanya dengan Zizan..

Terima kasih Jozlynn dan Jozan..