Tuesday 26 March 2013

Lawak Ke Der 2 Bersama Jozan Part 2

Ini adalah sambungan entri Lawak Ke Der Part 1..siapa yang belum baca boleh klik sini.

Kita sambung apabila Johan pula menjadi Nazmidah..haha memang kasihan admin lihat Zizan tapi admin tahu Jozan tak kisah pun adegan sakat menyakat ni..memang habis Zizan kena..bukan setakat admin..malah seluruh wayang gelak melihat Zizan disakat Johan..ketiga-tiga kali admin pergi..satu wayang gelak besar melihat Jozan..

Bila Zizan buka pintu selepas loceng rumah di-ehem-ehem, Johan terus meluru masuk, menangis dan melompat baring atas sofa..Zizan yang terkejut terus buat lompat jauh atas Johan..bila Zizan tanya "kenapa sayang? cakap dengan abg"..lembut je Zizan tanya..Johan yang dah lama menunggu saat balas dendam terus tarik dan serabutkan rambut Zizan sepuas hati sampai tergolek Zizan jatuh..part ni wajib tonton sebab Zizan tak boleh marah dan Johan macam puas hati dapat balas dendam..Zizan just cakap "hebat permainannya..hebat permainannya"..bila Zizan tanya sekali lagi..kali ni Johan tarik Zizan dekat-dekat dan geletek Zizan pula..haha Zizan sampai jerit "sayang!!" mungkin sebab geli sangat tak tahan atau suruh berhenti..

Kalau korang semua tengok gambar di atas ni..jangan fikir pelik-pelik k..ini adalah scene sweet seterusnya bila Johan paksa Zizan cop surat/kertas pembahagian harta..Zizan yang blurr macam tak boleh bercakap sebab setiap kali Zizan minta Johan explain..Johan akan buat aksi tu sambil cakap "shh..don't say any word"..Zizan memang tak tahan gelak siap jerit lagi sebab stress kot tak boleh melawan..memang bestlah part Jozan time ni..bukan sekali ye..tiga kali Johan buat macam ni..masa lepas Zizan dah cop kertas dengan laci meja..Zizan ada cop kepala Johan pula..Johan apa lagi..siap peluk dan genggam leher Zizan kuat-kuat sambil buat aksi macam dalam gambar tu lagi..Zizan sampai tolak-tolak badan dan tangan Johan sebab tak ingin adegan tu..akhir sekali bila Johan dah salam..Zizan balas dendam bila dia pula buat "don't say any word" kat Johan..tapi Zizan macam geli..dia tak tahan lama dan tolak Johan jatuh atas sofa..haha admin rasa Zizan cakap dalam hati yang padan muka asyik buli aku je..

Johan terus merajuk lari sebab Zizan tolak dia macam kasar..Zizan pergi pujuk balik dan Johan cakap "come here" untuk tunjuk cara sebenar nak buat aksi tu..ahh sweett sangat part ni..siap panggil Zizan manja-manja..Zizan yang memang geli macam tak ingin je pergi dekat Johan tapi datang juga..

Suka tu suka..dalam kita bergelak ketawa..setiap cerita pasti ada pengajaran..walau apa terjadi sahabat tetap selamanya..walau apa terjadi persahabatan Jozan tidak akan terpisah..kemudian Jozan menyanyi lagu Sahabat Selamanya - Upin Ipin..admin nampak Johan ada kesat mata dia mungkin cam bergenang air mata kot..Zizan memang dah muka sebak dah bila last dah peluk..

Wahh..memang berbaloi admin pergi menonton Lawak Ke Der 2 sebanyak tiga kali untuk Jozan..in sha Allah admin doakan Jozan sentiasa bersama sampai bila-bila..amiin~




0 comments:

Post a Comment