Friday 16 August 2013

Sweet Sangat Jozan di Anugerah Lawak Warna

"Kepada Jozan jugak..Johan..I love you so much..in my heart" melting sangat admin dari rumah bila tengok Zizan cakap ayat paling sweet ini dekat Johan semasa menang Anugerah Pelakon Komedi Filem Popular..huaaa..huaaa..
Ok admin nak review Anugerah Lawak Warna pada pendapat admin ok..just untuk Jozan sahaja tau..seperti semua tahu yang Jozan memang bertanding untuk kategori masing-masing dan turut bersaing sesama sendiri..boleh refer entri admin sebelum ini di sini ok...

Mula-mula kategori admin macam dah pelik dah kenapa Jozan tak menang untuk kategori Pelakon Lawak TV Bersiri Terbaik sedangkan semua dalam Istana Budaya dah jerit-jerit dah nama Jozan bila diumumkan semasa pencalonan..tapi bila Zizan kena sampaikan untuk Segmen Komedi Radio Popular..admin suka sangat..mungkin juga plan Astro kan untuk satukan Jozan walaupun sekejap..yelah..pencalonan pun banyak yang Johara masuk..sah-sahlah Johara menang..dari atas stage sebelum umum pencalonan lagi Zizan cakap "Hai Johan"...ingat betul Zizan pada Johan kan..mesti Zizan doakan Johan menang punya..Zizan pulak jenis memang tak dapat sembunyikan perasaan nervous dia..memang gementar sampai Yana Samsudin tegur..kalau nervous Super Spontan dan Maharaja Lawak Mega ada Johan yang Zizan boleh peluk..

Bila Sketsa Johara dumumkan sebagai pemenang oleh Zizan dan Yana..apa lagi admin terus terpacak dekat-dekat TV nak ambil gambar Jozan..memang Johan bersama Ray dan Hanif naik atas pentas..dan Johan mestilah peluk Zizan...kalau semua perasanlah..artis yang menang malam ni..Jozan je berpeluk..yang lain setakat salam-salam je lah..sweet lah sangat Jozan kan..time Jozan berpelukan tu admin dengan satu Istana Budaya jerit..rindunyaa pada Jozan terubat..Johan buat ucapan yang penuh rendah diri..walaupun Johan tak sebut Jozan tapi admin paham dari perbuatan Johan peluk Zizan dah menandakan Johan selalu ingat Zizan..lepas ucapan..Johan dan Zizan berdiri sebelah-sebelah..siap sempat bergurau lagi..

Bila Zizan diumumkan sebagai pemenang untuk kategori filem, Zizan masih nampak gementar..tapi bila Zizan sebut nama Jozan dan Johan dalam ucapan dia..cameraman pun pandai sangat zoom Johan kan..sukanyaaa..moment yang paling mahal untuk Jozan..Zizan sebut nama Johan depan-depan dan Johan muka malu-malu dengar ucapan Zizan..memang best friend forever lah Jozan..sweet sangat..sejuta kali like..video bawah ni admin sempat save..walaupun sekejap sangat tapi memang akan Jozan dan peminat Jozan akan ingat sampai bila-bila..video paling sweet Jozan selepas Zizan kiss Johan di Maharaja Lawak Mega haritu..kalau ada gambar cantik-cantik nanti admin share ok..gambar Jozan berpelukan yang admin ambil blurr banyak..



Walaupun bukan semua anugerah yang Jozan bertanding menang..admin rasa mungkin Astro nak berlaku adil kot..pelawak senior tidak dilupa dan biar sama adil..walaupun admin sedikit frust..kalaulah Jozan buat performance penutup lagi admin suka..semua peminat Jozan pun mesti suka kan..

Hans Isaac cakap nanti ada Lawak Ke Der 3..admin nak request Jozan punya show sejam tau..hahah.congrats Jozan...tak sia-sia kami menyokong Jozan walaupun dari jauh..sentiasa bersyukur dan rendah diri ok..


P/s : perasan tak cameraman banyak curi-curi shoot Johan dan Dato Ac/Neelofa berdiri sebelah Zizan je selalu?

0 comments:

Post a Comment