Kampung Prima 105 adalah satu lagi cerita persiapan puasa, raya bagi Kabu (Johan) dan Kabi (Zizan) yang menjadi orang gaji di rumah Haji Kedek (lakonan ayah saudara Johan iaitu Salleh Yaacob). Cerita ini adalah adaptasi dari Kisah Si Labu Labi yang sukakan gadis yang sama cuma yang bezanya tentang hari raya.
Admin suka sangat cerita ini kerana keserasian Jozan makin terserlah..kalau tak silap admin cerita ini pada tahun 2010 kot. Part paling sweet adalah ketika Jozan berbual di anjung rumah sebab kena tidur di luar..kononnya keduanya mamai lah..mulanya Johan tanya lebih kurang macam ni "kabi..kabi..kalau hang kaya..apa hang nak buat?" Zizan cakap "aku nak kawean"..Johan pun gelak..bila Zizan tanya Johan pula..Johan pun cakap "aku pun nak kawean"..Zizan gelak sampai tutup muka tak tahan..sweet sangat Jozan masa ni sebab cakap pun slow je macam adik beradik berborak sebelum tidur..tiada marah-marah..
Zizan yang tak tahan gelak
Johan yang comel panggil Zizan
Part Jozan menyanyi bersama pun admin suka..Jozan memang hyper dan suka menyakat sesama sendiri..even tengah menyanyi dan menari pun boleh buat admin gelak tengok gelagat best friend ni..tak tahu kenapa..part Johan cakap "mecerun" dan Zizan betulkan "mercun" pun comel..mungkin cara teguran Zizan dan masing-masing saling topup dan cover membuatkan lawak mereka menjadi dan nampak real..kerana semestinya spontan..
Satu lagi part ketika Kabu dan Kabi bergaduh sekejap bila keduanya tahu yang mereka menyukai gadis yang sama..masa nak gaduh 'putus sahabat' pun Jozan boleh tergelak..sampai Zizan tutup muka dengan kain pelekat..terang-terang sangat Zizan memang tak dapat kawal nak gelak bila Johan buat lawak..terus admin teringat quote Zizan "hanya Johan mampu buat saya gelak"...
Teruskan bersama k Jozan..tiada pasangan selebriti lain yang lebih serasi selain Jozan yang admin pernah lihat..
0 comments:
Post a Comment