Admin tak berkesempatan untuk ke Istana Budaya menyaksikan
Lawak Ke Der 1 dan Lawak Ke Der 2 tapi semestinya untuk menyokong Jozan, admin telah menonton Lawak Ke Der 2 (Filem)
di panggung wayang sebanyak 3 kali..hahaha..sekali mana cukup kan..yang paling
menggembirakan admin adalah..kali pertama admin menonton wayang bersama
Johannnnnn..ada siapa-siapa jealous dengan admin tak? Hehee jangan jealous..ada
rezeki nanti korang jumpa Johan dan Zizan pula k..ini pun kali pertama admin
join event Johan Twitter Family..bagaimana dan apa pengalaman admin? Next entri
admin cerita ok..
Entri kali ini adalah review admin tentang Lawak Ke Der 2
bersama Jozan..jadi admin takkan sentuh persembahan pelawak lain..ok sikit
je..admin paling suka Harith Iskander..his jokes were simply brilliant and
intelligent kata kooo..perbezaan lelaki dan perempuan memang tepat
sekali..memang nampak sangat Harith Iskander membuat research dan menyusun
lawak beliau walaupun hanya bersendirian..memang powerlah!
Apa yang menarik tentang performance Jozan?
Seperti biasa..mestilah chemistry, keserasian dan aksi sweet
mereka.. Jozan membawakan sketsa di mana Nazmi (Johan) dan Nazman (Zizan) bercinta
dengan perempuan yang sama iaitu Nazmidah (Jozan) yang ingin merampas harta
mereka dengan cubaan membunuh keduanya..tetapi Nazmidah yang mati kerana
terminum racunnya sendiri. Ada part flash back dalam sketsa ini dan Jozan
bergilir-gilir menjadi Nazmidah..
Jozan sememangnya pandai menukar karakter..sekejap jadi
kawan serumah, sekejap jadi perempuan gedik (tanpa perlu berpakaian perempuan)
dan sekejap jadi boyfriend yang lembut je layan kekasih hatinya..
Jom admin cerita part mana admin paling suka tentang Jozan
dalam Lawak Ke Der 2 ni..firstly..penceritaan yang jelas dan gedik sesame sendiri..admin
nampak Zizan lebih baik ketika menjadi Nazmidah berbanding Johan menjadi
Nazmidah..mungkin kerana bila Zizan jadi Nazmidah dulu jadi tak berkesempatan
nak ‘balas dendam’ pada Johan..admin suka bila Zizan tarik rambut Johan dan
Johan cakap “hebat
permainannya..jaga..jaga..” Zizan terus pegang tangan Johan sambil senyum-senyum..bila
Johan dah cop borang/surat dengan kasut..Zizan kiss Johan (berlapikkan kertas), pegang peha
Johan dan cakap “abg kiss Naz…abg tak sayang
Naz..abg tak sayang Naz..nak sekarang”..Zizan siap buat-buat merajuk dan Johan pujuk cakap "bukan begitu Naz"..haha lawak gila lah part ni..Johan
sampai tersenyap tak tahu nak cakap apa bila Zizan tergedik macam tu..kemudian Zizan sambung cakap “ kalau macam tu abg kiss Naz”..terus
Johan cakap “ehh..lagilah tak boleh” sweet sangat moment ni sebab masing-masing gelak dan layankan je lah aksi mengada si Zizan tu..
Bila Johan pula menjadi Nazmidah..memang habislah Zizan
kena..bukan setakat admin..malah seluruh wayang..ketiga-tiga kali admin
pergi..satu wayang gelak besar melihat gelagat best friend forever ni..part mana yang paling admin suka? next entry pula k..gambar tak banyak boleh share sebab dalam wayang gelap takut kena marah ambil gambar nanti :)
ini scene Jozan menyanyi di Istana Budaya tau
0 comments:
Post a Comment