Monday 22 April 2013

Review Jozan : Raja Lawak 7 Minggu 1 & 2

Ular lidi ular sawa..abg Ali sayang semua :)

Inilah pantun comel Johan secara spontan untuk Ali, seorang peserta 'bahan' Jozan semasa Raja Lawak 7..admin suka part Ali kerana Jozan akan menjadi extra hyper, tergedik-gedik dan extra manja..best sangat..

Siapa tonton Raja Lawak 7? choiii pada siapa yang tak tengok..mestilah kerana ada Jozan..memang setiap Jumaat malam admin terpacak depan tv tau..tunggu Jozan punya pasal lah ni..

Mari kita sama-sama cerita moment sweet Jozan sepanjang dua minggu Raja Lawak 7 ok..bila Shiro serahkan gelanggang pada Jozan..admin sangat super teruja..yelah kan..lama dan rindu bangat nak melihat Jozan bersama selepas Maharaja Lawak Mega haritu..Johan ada cakap yang Johan lebih berminat untuk menjadi juri untuk musim kali ini tapi mustahillah pihak Astro lepaskan..bukan Johan tak layak..tapi siapa akan berpasangan dengan Zizan sebagai pengacara..taknaklah orang lain kan..hanya Jozan sahaja yang sesuai sampai  bila-bila tau..



Semua perasan tak yang Johan memang lembut dan sopan gitu bila bercakap dengan Zizan? admin yakin peminat tegar Jozan mestilah perasan kan..tengok sahajalah ABPBH haritu..dengan Fara Fauzana pun agak kasar..tapi dengan Zizan sangatlah sopan..

Admin bagi contoh ok...dua contoh masa minggu 1 Raja Lawak 7..ketika Zizan bagitahu yang Zizan excited ada kumpulan dari Terengganu sambil jerit "Johan..Johan..Johan" Johan terus cakap "Apa? Aku sebelah lah" kemudian Zizan terus sambung cakap..masa part terakhir  untuk penyingkiran pun sama..Zizan buat muka kelakar ada coklat Kit Kat di gigi sambil gelak..Johan tengah bercakap berhenti kejap dan senyum pandang Zizan sambil cakap dan ketuk tangan Zizan dengan kad "Eh dah..dah..Eh dah dah"..Zizan dah macam budak kecik yang Johan kena layankan aje..part Zizan tolong tahan kaki dekat kerusi Johan mengajuk Ali pun comel..risau Zizan ye takut Johan jatuh..cepat-cepat Zizan tahan kerusi sambil layan Johan buat parody..

Tapi minggu 2 paling admin suka..serius Jozan memang serasi..main spontan je pantun..kemudian buat-buat lalu belakang stage sambil lari-lari bila masa untuk peserta dah habis..penonton semua gelakkan Jozan lebih dari peserta sebenarnya..video kat bawah ni paling admin suka..

Jozan keluar untuk mengajuk peserta dan masa ini Ali baru habis perform..Zizan pegang muka Ali sambil tanya "dah bersedia ke?" tiba-tiba Johan datang sambil tolak Zizan cakap "jangan kacau dia macam tu boleh tak?pleasee.." Zizan yang mula-mula blurr melayan jela bila Johan nak buat adegan pasangan bercinta..siap Zizan cakap "don't say any word" dan Johan gelak-gelak manja cakap "janganlah"..haha sweet sangat Jozan ni..melayan je dua-dua orang kan..biasalah dah selesa sangat bersama sampai tak kisah salah seorang buat adegan pelik-pelik..haha bila Zizan dah duduk atas stage pun..Johan mengikut aja dan duduk bersimpuh..

Bila masing-masing dah silap baca pantun sebelum cerita tentang undian untuk Ali..mulalah Zizan cover pegang kepala Johan sambil cakap sesuatu..admin tak pasti apa Zizan cakap tapi Johan tiba-tiba nak kiss..Zizan memang selalu tak boleh tahan gelak..sampai guling-guling dia atas stage menahan gelak..sampaikan bila Johan cakap "eh eh arnab" ..Zizan gelak sampai tutup-tutup muka lagi..bila admin tonton ulangan di Astro Warna dah kena potong part ni..entahlah bagi admin ok aje..gurau senda rakan baik..

                
                           credit to Johan dan Zizan (jozan) best of the best

Admin gembira sangat tengok Jozan gembira sakat menyakat..dalam banyak-banyak majlis Zizan jadi hos..Raja Lawaklah paling banyak dia gelak..tak sabar nak tunggu minggu 3 pula tapi Ali dah terkeluar..harap-harap ada banyak lagi sweet moment Jozan..



4 comments:

  1. full video untuk gelanggang ke2 ade x??x dpt tengok lagi lah.. :(

    ReplyDelete
  2. takde sayang..cube awak masuk fb 'johan dan zizan (jozan) best of the best'..diorang ada bagi link video ke daily motion..

    ReplyDelete
  3. emm, saya meminati gabungan johan dan zizan ni, kalau penat studi, selalu cari video mereka di youtube, n lps tu insyaALLAH, bersemgt semula nk studi lps menonton gelagat JOZAN. Tp, saya perasan, raja lawak 7 ni, konsepnya agak b'beza drpd yg sblmnya, dulu2, kalau part penyingkiran, biasanya macam2 JOZAN buat, menyanyi n berlawak, tp, skrg, sgt simple n ringkas sahaja. Memang berbeza ke ye skrg?

    ReplyDelete
  4. betul tu iman, akak pun sll cmtu..kalau stress..salah satu bende akak buat adalah tgk video jozan..mungkin raja lawak 7 tu baru lagi..bila dah kurang peserta baru ada masa untuk buat lawak atau session utk jozan kot..kalau skrg buat lawak lame2 takut habis kol1 pagi pulak..heheehe.. :)

    ReplyDelete