Sunday 19 May 2013

Review Jozan : Raja Lawak 7 Minggu 6

Raja Lawak 7 Minggu ke 6 memang admin tunggu sebab muzikal komedi dan admin memang suka sangat kalau Jozan menyanyi dan menari bersama..tapi frust sikitlah..kurang moment comel Jozan menyanyi..rasanya tak cukup masa untuk sesi Jozan nyanyi bersama..kalau tak silap admin lah..ada satu part tu Zizan ada tanya Johan.."ada satu lagi kita nak nyanyi?" kemudian Johan cakap "oh no thanks"..mesti overrun ni..huuu frust jugaklah..

Tapi tak mengapa, adalah sedikit moment setakat yang admin boleh share dengan semua untuk kali ini..admin memang dah berkobar-korbar dah tunggu..mungkinkah Johan akan kiss Zizan seperti yang Johan ugut manja-manja dalam Instagram haritu di sini..tapi tiada..just ada part awal-awal rancangan start Johan macam terhyper bercakap tentang lagu Rembau Most Wanted dan terus die buat-buat sedut inhaler yang asma tu..lepas tu Zizan cakap "nak jugak" dan Johan pun bagi..lepas tu Johan pandang muka Zizan sambil cakap "kan aku.." pastu Zizan terus gelak dan lari sikit dari Johan..hahah..admin rasa Johan nak cakap "kan aku tium karangg.." kot..lepas tu dua-dua gelak..haha Zizan memang nak mengikut je Johan kan..


Zizan tarik tangan Johan nak jugak inhaler tu..

Johan pun bagi..

Zizan cakap tak nak bila Johan kata "kan aku.."

Yang kedua pula bila lepas persembahan kumpulan Extra cerita pasal pokok pisang..Johan ada cakap "saya pisang..dia jantung pisang"..sambil tunjuk Zizan..Zizan pun ulang balik ayat Johan "ye..saya jantung pisang" comel jugak moment ni sebab saling memerlukan..

Yang ketiga bila ada satu time Johan sebut tagline Zizan bila dia merajuk dan komen di Instagram Johan..hehe kali ni Johan pula cakap "blahh arr..tak ajakkk.." terus pergi belakang..Zizan dah terkedu dan cakap.."alamak"..hehe alamak merajuk la pulak kot maksud Zizan..kemudian Zizan pun ikut Johan ke belakang..mesti pergi pujuk manja-manja tu..

Moment keempat yang admin perasan bila Johan tersalah cakap pasal nama artis kalau tak silap..lepas tu Johan lari nak pergi belakang stage dan cakap "malulah.." sambil tutup muka..Zizan terus pujuk dan panggil "napa ni.."Johan sambung cakap "malulah"..Zizan terus cakap "eh janganlah" suruh stay atas stage tapi Johan lari ke belakang stage..alalaa..sukanya betul pujuk memujuk kan Jozan ni..

Yang pasti moment terakhir bila sesi penyingkiran..Johan nyanyi lagu Malaikat..lagu yang ada sentimental value Johan dan Kak Ozlyn..Zizan pula tukang cerita pasal penyingkiran..bila dah habis nyanyi..Johan cakap "fuhh penat tu nyanyi.." Zizan terus pandang Johan dan cakap "dah..dah pergi minum air" alalala..caringnye dia..Johan pun mengikut je masuk belakang stage balik..mungkin pergi minum air kejap..

Comelnya Jozan..

0 comments:

Post a Comment