Tuesday 14 May 2013

Jozan Manja Di Instagram Lagi

Rasanya peminat Jozan sudah berbunga-bunga dan cair melihat kecomelan Jozan dalam minggu ini kan? Zizan manja sangat dengan Johan..dan Johan memang melayan je lah si Zizan..sebelum ini admin ada buat entri komen mengomen atau dengan lebih indah pujuk memujuk Jozan di sini..admin ingat dah habis dah kisah Zizan mengada-ngada dengan Johan..rupanya berterusan selama beberapa hari..hehe comelnya Jozan..


Komen merajuk Zizan memang sama je untuk empat gambar di Instagram setakat ini.."takkk ajakkk..blahh arrr!!" tapi makin lama perkataan makin panjang..macam Zizan meminta perhatian Johan..comelnyee..gambar pertama Johan makan maggi bandung tu Johan dah pujuk dah dan Zizan tak reply apa-apa..seterusnya komen merajuk Zizan di gambar Johan makan beramai-ramai tapi Johan buat bodo je..hehe..dan kemudian gambar ketiga Johan, Kak Ozlynn dan family jalan-jalan pun Johan buat bodo lagi bila Zizan komen yang sama..gambar keempat barulah Johan komen lagi sekali..apa komen Johan? cuba baca bawah ini..boleh tengok sendiri di Instagram Jozan k..


Haaa..siap sedialah Zizan ye hari Jumaat ini di Raja Lawak 7..Johan nak ciummmm..kalau Johan balas dendam..mahu nak menangis Zizan nanti melayan nanti..Johan kalau dah start manja dia memang menggedik dan adegan-adegan over nanti..lagi-lagi dengan Zizan yang Johan memang dah selesa bersama..confirm Johan suka hati dia je nanti nak bergurau dengan Zizan..kalau di Lawak Ke Der 2 dah over..hehe Raja Lawak 7 pun apa salahnya kan..harap-harap janganlah Astro block part Jozan nanti..alah gurau senda kawan baik kot..

Zizan ni memang manja sangat kan dengan Johan..memandangkan Johan pun melayan jelah kawan baik dia yang seorang ini..lagi bertambah manjalah si Zizan ni..mungkin Zizan tengah sunyi ni..jadi Johan lah tempat Zizan bermanja atau menumpang kasih..bagus Zizan..sentiasa ingat Johan dan 'mengganggu' hidup Johan dan Kak Ozlyn..alahh Jozlynn confirm tak marah punyalah..jadi Zizan kacaulah Johan banyak-banyak k..Johan pun manja juga dengan Zizan sebab tu lah Johan melayan je 'adik' kesayangan dia yang seorang ini..

Tak sabar admin nak tunggu Jumaat ini..confirm ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat Jozan..Johan dan Zizan akan berduet dan nyanyi sama-sama..menari sama-sama..dahlah suara kedua-duanya best..

Kalau nak baca sweet moment Jozan ini lagi..sila-silakan ke blog Miss Banu k..admin pun selalu sangat singgah sebab best sangat..



0 comments:

Post a Comment