Monday 20 May 2013

Jozan Kecoh Di Johara

Terima kasih Kak Mas kerana bagitahu yang Johara dan Zizan akan bersama pagi ini..memang admin selalu dengar Johara setiap pagi tapi hari ini lebih special..kenalah record sekali kan..bila free-free boleh lah admin dengar dan senyum seorang diri..admin tunggu dari pukul 8..ingatkan dah terlepas rupanya Zizan datang pukul 9 jadi tak sempatlah bermain Spontan di Era macam tahun lepas..tapi takpe..jom kita review sama-sama sweet moment Jozan..


Admin suka sangat bila Ray interview Zizan tanya filem ke berapa Zizan bersama Awie..dan Zizan jawap dua kali..tiba-tiba je Johan menyelit cakap ketiga lah..comel je Zizan terkedu sambil pandang Johan...Johan siap cakap dulu Zizan berlakon cerita Baik Giler dengan Awie dan cakap minat kat Zizan sampai semua filem Zizan berlakon Johan tengok..sweet gilaa lah..Johan pula yang ingat Zizan berlakon berapa filem dengan Awie..mungkin tak Zizan selalu ajak Johan tengok wayang dengan dia atau bagi tiket free filem Zizan berlakon kepada Jozlynn? Zizan cakap Johan minat dia dan Johan pun comel je mengaku..best friend kan..mestilah ingat..minat dan support each other..

Kalau semua perasan..ada background music sepanjang Johara interview Zizan..lagu Sahabat Selamanya - Upin Ipin..Johan yang main gitar tau..lepas tu Zizan nyanyi tapi sekejap je lah sebab dia tanya "ada payment ke tak?"..Haniff terus menyampuk cakap "part ni lah kau cium Johan" lepas tu Ray cakap "siap trending"..Johan gelak kuat gila..Zizan mesti malu tapi gelak-gelak jugak..kalau Haniff dan Ray tanya kenapa cium lagi best kan? mesti lagi sweet gilee..


Masa Ray main tanya soalan kepada Zizan pun best jugak..Ray ada tanya "Awie ke Johan?"..Zizan terus jawap "Johan"..bila Ray tanya lagi "Ray/Haniff ke Johan?" Zizan masih jawap "Johan"..mestilah Zizan jawap Johan kann..confirm punyalah takkan berubah..masa nak jawap pun manja je..Johan mesti duduk kat kerusi time tu pandang je Zizan main game spontan dengan Ray kan..sebab admin dengar suara Johan gelak je..bila Ray tanya "Petang Era ke Johara?" Zizan jawap "Joharalah" di mana ada Johan mesti Zizan akan pilih punyalah..


Zizan kan ada tweet cakap tak sabar nak jumpa Mak Jemah..hehe baru jumpa dah rindu Johan ye Zizan..



Mak Jemah bawak Zizan jadi artis bawah naungan Mak Jemah..siap tukar nama Zizan jadi Anuar Zizan sebab Zizan asyik menyanyi lagu Anuar Zain..setiap kali buat Johan buat lawak..Zizan memang gelak gilee kat belakang..dan masing-masing suka menambah-nambah buat lawak..kuat sangat Zizan gelak non stop sampai Johan ada cakap "aku belum habis ceritalah" Zizan terus cakap "ok maaf-maaf teruskan"..tapi tak boleh stop gelak..habis lagu Zizan dah bertukar jadi lagu pasal martial arts..lepas tu siap nak buat kolaborasi Anuar Zizan dengan Shila Amzah lagu Tangisan Youtube..best sangatlahh..rasa sekejap sangat Jozan bersama..dahlah sweet dan comel dua-dua nya..kalau Mak Jemah lagi gedik pun mesti best kan..Mak Jemah cakap Anuar Zizan hensem tapi peha kecik..bukan taste dia..alalala yang peha kecik tula Johan selalu peluk dan sayangkan..hahaha..Jozan..Jozan..

Korang semua kena tengok dan dengar semua video admin share ni k..credit to Era Fm dan Jozanners Dsayang..thank you tau..

Love, admin @intanmarliana


4 comments:

  1. terima kasih kak ats post ni! Alhamdulillah, gembira betul dpt dgr recording ni, sbb waktu berbeza kt sini, jd, x dpt nk dgr live ^_^!

    ReplyDelete
  2. @iman nasuha : no problem sayang..akak happy sangat dengar johara..terus buat entry..tq jgk sbb ramai yg record video dan sesio sweet jozan bersama :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. bole download x video ni??nk dgr time kte ni free jgk...hehe...;)

    ReplyDelete