Wednesday 1 May 2013

Bersabarlah Jozan

Selama lapan tahun lebih Jozan muncul di dalam industri hiburan Malaysia..admin pasti Johan dan Zizan sudah lebih matang mengharungi dugaan dan cabaran sebagai anak seni..hanya membaca dan mendengar gosip mosip dari orang sekeliling belum tentu semuanya betul kan..



Admin tak mahu bercerita tentang dugaan dan cabaran Jozan yang lama-lama..cukuplah sekadar menjadi pengajaran untuk semua..cuma kali ini admin rasa kasihan dengan kisah Johan..admin ada terbaca caption Kak Ozlynn di Instagram @jozlynnhanania seolah-olah Johan sedang bersedih atau putus asa sahaja..admin tidak tahu hal sebenar tapi admin doakan yang baik-baik sahaja untuk Johan dan famili ok..selain itu..ada seorang hamba Allah telah menyamar menjadi Johan dan tweet status tentang parti politik pula yang memburukkan lagi nama Johan..bengang juga admin kenapa Johan? sila minta maaf dengan Johan..buruk sudah nama Johan sedangkan Johan setiap hari cuba menghiburkan kita semua..kenapa ada yang cuba menjatuhkan pula..sedih admin..apatah lagi Johan dan Kak Ozlynn kan..



Tentang Zizan pula sekarang tersebar ramai mengorek dan mencari siapa cinta hatinya..itulah lumrah manusia mesti akan mencari sampai jumpa..lebih-lebih lagi artis pujaan ramaikan..mesti stress juga kan Zizan..tapi rasanya kisah Zizan tidak sesedih Johan..cuma cara Zizan mengawal orang sekeliling yang lebih penting..jaga-jaga tau Zizan nanti ada orang kata sombong pula bila terlampau berahsia..nasihat admin lain kali simpan-simpan je dalam hati hal peribadi ok..cerita kat Johan je..hehe..

Walau apa pun yang terjadi..admin harap Jozan bersabarlah dengan dugaan k..biasalah..lagi besar tanggungjawap..lagi besarlah dugaan..yang penting sentiasa bersyukur kepada Allah..both of you can do it! chaiyok-chaiyok! kami semua sokong Jozan..


1 comment: