Wednesday 10 April 2013

Kenangan Kurang Indah ABPBH 2012 Bersama Jozan

Kali ini admin nak sambung cerita tentang kenangan ABPBH..jikalau entri sebelum ini admin cerita tentang kenangan terindah di sini..entri ini tentang kenangan tak berapa indah la pula ye..

Admin akan berkongsi beberapa kenangan yang bagi admin tak berapa best dan mungkin boleh diperbaiki oleh pihak yang terlibat untuk masa hadapan tapi seperti biasa fokus adalah kepada Jozan ok..

Yang pertama admin rasa kurang best kerana Jozan tidak bersama sepanjang di ABPBH..sekejap Johan dengan Fafau...sekejap Zizan dengan Fafau..kenapa tiada Jozan bersama? wahhh itu yang admin paling tunggu..nak tengok sesi sakat menyakat Jozan..admin rela tengok Jozan melawak bersama dari tengok artis-artis perform..haha sebab tu masa artis perform admin pergi dapurla..toiletlah..masa pengacara je admin focus..bagus juga admin tak tutup tv terus lepas habis majlis penutup sebab rupanya Jozan perform..walaupun cam sekejap sangat rasanya tapi oklah dari tiada kan..




Admin pun rasa kurang best kerana Anugerah Gandingan Layar Serasi tidak diumumkan di malam anugerah..dah record siap-siap..alangkah gembiranya admin kalau Jozan naik pentas sama-sama dan berpelukan..tapi takpelah asalkan anugerah tu milik Jozan selama-lamanya..Zizan pun tak sempat nak buat ucapan panjang-panjang semasa menang award sebab terkejar-kejar..kategori online pun semua wish record sahaja..tak cukup masa mungkin..haha tak kira..award Jozan menang kenalah buat live please..




Admin kurang gemar mendengar komen-komen orang sekeliling dengan anugerah yang Zizan terima iaitu Anugerah Pelakon Komedi Popular..admin bukan jenis pilih kasih..asalkan salah seorang dari Jozan menang admin dah puas hati la..memang ramai beranggapan Johan lebih layak dari Zizan tapi bagi admin kedua-duanya sama kelakar..kalau diberi pilihan memang susah nak pilih sebenarnya..jadi kepada semua peminat dunia lawak..admin rasa kurang sesuai jika membanding-bandingkan kedua adik beradik Jozan ini..sedangkan mereka  berdua positif dan terima sahaja keputusan..sebagai peminat..kenalah usahakan yang terbaik..sememangnya hanya seorang yang bergelar pemenang dan kali ini rezeki kepada Zizan..jadi sama-sama undi untuk Johan pula tahun depan..Zizan sendiri bersyukur anugerah tersebut masih milik Jozan..Johan dan Zizan memang hebat dan janganlah kita melaga-lagakan Jozan..sedih Jozan tau..


Tentang Anugerah Penyampai Radio Popular pun sama..semestinya admin pilih Johan kerana menaikkan rating Era menjadi Radio No 1 di Malaysia dan sangat menceriakan admin pagi-pagi..siap pakai earphone tau di office nak dengar Era punya pasal..mungkin hikmahnya Johan kena usaha lagi lebih..semua peminat pun kena pastikan Johan menang untuk tahun depan dan seterusnya ok..Johan dah jalankan tanggungjawap dia..selebihnya peminat semua untuk menilai dan menyokong..


Admin juga perasan Zizan kurang membuat lawak di ABPBH haritu..mungkin nervous sangat agaknya..Zizan kan memang senang menunjukkan perasaannya..bagus juga ada Johan di sisi untuk cover Zizan pada malam itu..semasa nak umumkan Bintang Paling Popular pun Zizan sampai tersilap cakap..mungkin perasaan bercampur-campur sebab bukan pemenang..jangan sedih-sedih Zizan..ada rezeki adalah..yang penting bersyukur dah dapat 5 anugerah..dengar cerita Zizan nak buat majlis kesyukuran..jemput Johan sekali tau..hehe admin ingat nak join...


Akhir sekali admin ingin berkongsi tentang pemakaian..admin harap Zizan akan membaiki penampilan tanpa rantai..admin dengar Zizan cakap tentang rantai Pandora yang ditaja..Zizan dah cukup bergaya dah..pakaian artis-artis perempuan semua admin dah tak mahu komen kerana anda semua tahu siapa anda..sama-sama kita perbaiki diri kita ok..kita semua bukan sempurna tapi setiap hari kenalah menjadi lebih baik dari semalam..


ABPBH kali ini yang paling admin nanti-nanti hanyalah kerana Jozan..kalau tak memang admin nak layan tak nak layan (ehh dialog Zizan dalam Super Spontan pulak)..admin percaya Jozan memang terbaik untuk menjadi hos mana-mana majlis..mungkin berdua sahaja sudah baik..hihi..


Admin tutup entri ni dengan dua video di bawah ini k..credit to owners video ini..ramai tau orang tengok video ni..


Perasan tak yang Johan tak berapa pandang camera dan tangan asyik tujukan pada seseorang? Perasan tak yang Zizan ada di bawah stage dan hulurkan tangan selepas Johan habis perform?




Perasan tak Zizan asyik pandang belakang semasa rap sebelum Johan masuk? Perasan tak Johan pergi menyanyi sebelah Zizan sebelum mengganggu Black?


Inilah Jozan yang selalu sokong menyokong antara satu sama lain..tahniah sekali lagi Jozan..

0 comments:

Post a Comment