Monday 8 April 2013

Kenangan Terindah ABPBH 2012 Bersama Jozan


Tahniah Jozan di atas kemenangan di Anugerah Bintang Popular 2012(ABPBH) yang baru berlangsung Ahad haritu..harini admin nak cerita kenangan terindah admin menonton ABPBH tapi di rumah sahajalah ye..

Admin mulakan dengan apa yang paling menggembirakan admin dahulu..petang sebelum event, admin nampak ada ahli Johan Twitter Family (JTF) kongsi di wall group tentang video Keek Fizzo Omar..admin terus excited sebab dari video yang beberapa saat itu..Fizzo record Johan sedang rehearsal lagu Sayang yang gedik tu..dalam video tu siap ada Zizan tengah gelak sakan sampai pegang pipi…comel sangat keduanya..thank you Fizzo sebab share video ni..

Dari situlah..ramai yang cakap Johan akan jadi hos ABPBH juga sekali dengan Zizan dan Fara Fauzana..betulkah? dari sumber-sumber yang admin jumpa..Johan tidak ada dalam senarai persembahan tapi kenapa ada video rehearsal tu? Hihi..hati berbunga-bunga dan makin tak sabar nak tunggu malam..

Tekaan admin dan semua peminat Jozan tepat..yeayyy Jozan bergabung jadi hos bersama Fafau..Zizan siap cakap tak best rasanya berdua dan Zizan announce “terimalah Johan”..wahh semua bersoraklah kan..tak sia-sia ramai peminat request dalam Twitter dan Facebook untuk lihat Jozan bergabung..Johan muncul dengan Kak Ozlynn dan anak-anak mereka..comelnya Sodiq macam blurr-blurr gitu..siap tutup telinga sebab muzik bising sangat..kesian dia..Zizan ada cakap something sweet tau..”anak-anak Johan adalah anak-anak saya juga” wahhh cair sudahh..Johan pun ada cakap “my wife is my everything”..sweet sangat..bertuah Kak Ozlynn..

Sepanjang majlis tu..admin hanya focus pada Jozan sahaja dan award yang mereka bertanding..yang lain sorrylah I tak layan..setiap kali Jozan bercakap admin mesti extra focus..persembahan parody Sayang tu sangat best lah dari Johan..kalau semua perasan..semasa Johan duduk atas kerusi tu..Zizan ada kat bawah stage tau tengah tengok Johan..live depan-depan lagi walaupun dah tengok time rehearsal..mungkin Zizan tukang record atau saja nak tengok lagi atau mungkin Johan request nak pandang Zizan masa perform..admin rasa Johan tak pandang camera masa perform tu..mungkin tak Johan pandang Zizan? Comel sangat..Zizan memang takkan lari dari Johan..suka berkepit ye..tapi admin suka sangat..bila Johan habis perform..Zizan pergi dekat stage hulur tangan dan Johan hulur tangan balik..inilah rutin mereka setiap kali lepas perform..sama macam bila Super Spontan..nanti admin share video dari Youtube ok..

Masa Fafau terima award pun Jozan dua-dua jadi body guard kononnya lah kan nak tolong..bila nak announce siapa Artis Paling Popular pun Fafau siap cakap “Johan dan Zizan memang tak boleh duduk bersama nanti habis majlis” Zizan memang suka sangat duduk sebelah Johan…kalau Zizan bersama artis lain dia akan lebih serius dan skema baca skrip..part penutup pun first time admin tunggu sebab Jozan perform..dua-dua dah lari tinggalkan Fafau dan get ready belakang stage rupanya nak sedia untuk perform..semasa Black dan RJ nyanyi..Zizan keluar rap dahulu dan lepas tu Johan keluar sambil nyanyi lagu Aku Maafkan Kamu..admin perasan Zizan asyik pandang belakang tengok Johan dah keluar ke belum..memang risau betul dia kan..tak peduli pun pada Black dan RJ kat atas stage tu..masa nyanyi pun Zizan berdiri sebelah Johan..ish comelnya dua orang ni bersama..

Admin gembira kerana Jozan pulang dengan Anugerah Gandingan Layar Serasi..memang paling serasi dalam Malaysia lah..Zizan juga pulang dengan 5 anugerah..ucapan Jozan bila menang award memang tak boleh tahan..kelakar sangat..”jangan lupa undi kami tahun depan”..”hidung saya paling stylo di Asia Tenggara”..walaupun Johan tidak berjaya mendapat Anugerah Penyampai Radio Lelaki dan Komedi Popular..tapi admin percaya Johan dah cukup gembira malam tu..Zizan ada cakap dalam Tonton.com yang dia bersyukur Anugerah Lelaki Komedi Popular masih milik Jozan..kalau tahun lepas Johan tahun ini Zizan pula..gilir-gilir lah kot..admin juga percaya Johan gembira Zizan merampas kembali anugerah darinya..ibarat bagi hadiah kepada orang yang tersayang..beralah kepada adik..Zizan pun sampai berlari-lari nak ambil award..sampai mic dan tie pun berserabut..



Entri lepas ini admin cerita perkara tak menggembirakan admin pula k..lepas ini pastikan semua majlis-majlis berprestij pilih Jozan ye sebagai hos…memang meriah sangat..tak sabar tunggu Raja Lawak 7..

3 comments:

  1. So true, sama mcm apa yg ada dlm kotak fikiran saya....tapi tak terluahkan sebab tak ada blog...nak luah kt fb takut ada yg kata saya gila pulak.. thank you for sharing..

    ReplyDelete
  2. @miss banu : tq awak..saya pun suka entry2 awak :)
    @izannor zul : haha samelah dulu saya pun sll pendam dalam hati je..akhirnya buatlah blog utk share dgn peminat jozan semua :)

    ReplyDelete