Saturday 5 October 2013

Jozan Kekal Bersatu Selamanya

Satu satu..aku mahu kamu
Dua dua..hanya kita berdua
Tiga tiga..bersama-sama selamanya

Lirik Infiniti Cinta ini admin dedikasi kepada Johan dan Zizan..untuk persahabatan selamanya..


credit @cahayania2494

Admin cukup tak suka bila ada pihak yang cuba mengapi-apikan Jozan kata Jozan dah tak bertegur lah..berpecah semua..Jozan masih bersatu lah..sampai bila-bila cuma masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri..

Ke mana sahaja Zizan pergi..semangat Johan mesti ada bersama..begitu juga Johan..Zizan selalu berada di hatinya..admin hanya memerhati Jozan dari jauh tapi di sudut hati..admin tahu Jozan setuju dengan pendapat admin..

Buktinya semasa konsert AF2013 yang awal, Zizan ada tersasul sebut Raja Lawak instead of AFundi..kemudian Zizan ada cakap yang kumpulan duo AF ada chemistry macam Jozan dan Roslan Aziz pun setuju..siap Roslan Aziz ulang balik ayat Zizan "ada chemistry macam Jozan"..semasa TGI AF minggu-minggu lepas pun sama..bila Elfira Loy tanya siapa yang Zizan minat di AF 1, Zizan terus jawap Johan Raja Lawak..mungkin ada yang rasa Zizan buat lawak tapi bagi admin dalam lawak-lawak pun kenapa Johan yang Zizan pilih kan? satu lagi..bila Hanis Zalikha cakap yang Zizan suka gosip-gosip macam Mak Jemah..terus Zizan jawap.."mestilah..kan kawan baik dia"..haishhh sweet nye Zizan..sayang betul pada Johan kan..kalau tak percaya korang boleh masuk youtube ok..

Paling terkini..bila wartawan tanya tentang hubungan Zizan dan Johan..Zizan cakap yang jika Zizan ada urusan di Astro..Zizan sanggup tukar waktu tidur Zizan semata-mata nak berjumpa Johan di konti Era..yelah Johan kan kerja awal pagi..boleh baca link sini..wahh..paling sweet di dunia lah sahabat baik ni..confirm tiada siapa mampu ganti kasih sayang Zizan pada Johan....sedangkan Kak Marina manager Zizan pun tweet cakap diorang satu keluarga hari-hari contact..

Johan pun sayang sangat pada Zizan..sikap Johan yang selalu mengalah kepada Zizan memang semua peminat Jozan tahu..Zizan memang pembakar semangat Johan..nampak Johan kuat di luar tapi lembut hatinya..manja Johan dengan Zizan hanya Zizan dan kak Ozlynn je yang tahu..tengok sahajalah di Super Spontan musim ini..ramai yang rasa Johan sedikit lain semasa bermain dan garang orangnya..macam kurang sesuatu pada Johan..tapi admin tahu Johan memang besar tanggungjawapnya untuk musim ni..semua mengharapkan Johan akan buat lebih baik dan selaku pemegang amanah Jozan..memang sedikit tertekan..lagi-lagi setiap hari praktis di Johara pagi Era..semua meletakkan harapan yang tinggi pada Johan..kepada Zizan..jangan lupa teruskan menyokong Johan ok..bagi kata-kata semangat kepada Johan kerana Johan bukan jenis meminta dengan perkataan tapi fahamilah hatinya..

Admin tak pasti sama ada Johan atau Kak Ozlynn yang komen di Instagram seorang peminat Jozan..tapi @jozlynnhanania pun mengaku rindu Zizan...masing-masing sangat sibuk sehingga mereka terpisah dalam komitmen..

Percayalah..siapa yang suka pada Johan akan pasti minat pada Zizan dan begitulah sebaliknya kerana kesukaan Johan adalah Zizan dan semestinya kesukaan Zizan tetap pada Johan walau dengan siapa Zizan bergandingan..siapa kita yang mampu pisahkan sahabat paling baik dan serasi yang sentiasa bersama susah dan senang..kita semua doakan yang baik-baik selalu untuk Jozan ok..



0 comments:

Post a Comment