Sunday 20 October 2013

Jangan Pernah Berubah Jozan

Admin pasti ramai peminat Jozan dah perasan kebelakangan ni tentang luahan hati Jozan tentang kerinduan mereka yang masing-masing sibuk dengan komitmen yang berbeza..sebenarnya admin sengaja tunggu seminggu baru buat entry ni sebab admin masih menantikan kalau-kalau sweet moments Jozan akan berterusan 




Semua peminat Jozan rindukan Jozan..tapi yang lebih hebat lagi...Johan rindukan Zizan dan Zizan juga rindukan Johan..mungkin Zizan yang lebih sibuk sejak akhir-akhir ni kurang menunjukkan kasih sayang terhadap kawan baiknya yang satu itu..sehinggakan Johan yang terkenal dengan sikap yang penyimpan dan lebih laid-back menggemparkan peminat Jozan dengan berkongsi kerinduannya terhadap Zizan..admin percaya walaupun mungkin Johan bergurau tapi dalam gurau Johan ada seriusnya juga kan..

Ceritanya bermula apabila seorang peminat Johan komen di Insta @jozlynnhanania dan Johan ada kata yang dia rindukan Zizan..kemudian admin perasan Johan terus tegur Zizan di temporary Insta @zizan869razak seperti di bawah ni..lama juga Johan tunggu Zizan reply sehinggakan penuh jugak lah Insta Zizan dengan fan yang sibuk tag Zizan suruh reply..siap ada yang macam nak marah pun ada jugak sebab Zizan tak reply..siap tag manager Zizan dan artis-artis Wirefame mintak bagitahu Zizan suruh reply panggilan Johan..concern betul kan peminat Jozan ni..tapi Zizan tak juga reply..

Johan masih sabar dan komen yang Zizan mesti sibuk..siap mintak semua doakan Zizan lagi..comel gile lah Johan..sayang dan sabar betul Johan pada Zizan dan tak putus-putus cakap rindu Zizan..tiga kali ok Johan cakap rindu Johan..selagi Zizan tak komen..selagi itulah penuh Insta Zizan dengan fan yang mention Johan dan Zizan..


Akhirnya Zizan perasan jugak setelah dua hari kalau tak silap..Zizan siap minta maaf dan wish Selamat Hari Raya Aidiladha..dan yang pasti turut merindui Johan dan kak Ozlynn..amboi Zizan panggil Johan 'nyott' pulak ye..happy sangat Johan sampai reply lagi cakap 'love Zizan' pulak..alalala mesti Johan senyum sampai ke telinga kan bila Zizan layan dia balik..sweet lah sangat persahabatan Jozan ni..bukan dibuat-buat tapi memang sejak bertahun lamanya Jozan memang kekal Jozan yang penyayang...manja dan saling sokong-menyokong..

Sekarang tengah sibuk dengan promosi Shout Awards.. Zizan ada post di Insta dan Johan pun ada komen yang Jozan forever dan Johan pun ada reply balik..cuma kali ni ayat lebih cam skema..macam Kak Ozlynn dan Kak Marina je reply..hehehe admin teka aje..



Admin harap Jozan kekal sweet macam ni sampai bila-bila..jangan pernah berubah Jozan..walaupun ramai yang sebarkan berita yang Jozan bermusuh lah..makin rengganglah..mungkin disebabkan kesibukan Zizan dan Johan..admin harap perkara menyedihkan ini tidak akan berlaku..walau siapa pun perempuan bertakhta di hati Zizan sekarang atau sesibuk mana pun Zizan mencari rezeki..admin doakan Zizan sentiasa ingat pada Johan yang sentiasa berada di belakang Zizan..menyokong Zizan walau dari jauh..

Kepada Johan juga..admin tahu yang Johan kuat semangat orangnya..sentiasa tabah dan supportive terhadap keluarga dan Zizan..biasalah Jozan..bila kita berada di puncak memang banyak dugaan yang datang..yang penting sentiasa pandai bawa diri..jaga maruah diri dan keluarga..dan alert dengan setiap perbuatan dan tutur kata..jangan lupa bersyukur dengan nikmat yang kita kecapi..

Admin suka sangat bila lihat Jozan bersatu..fan club JozanFC..JTF..ZTF dari seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pun bersatu..semuanya kerana sayangkan Jozan..kita semua satu keluarga..kerana persahabatan Jozanlah kita semua bersatu..dan sahabat itu untuk selamanya. Credit snapshots perbualan Jozan kepada Aisha Humaira.

0 comments:

Post a Comment