Wednesday 14 August 2013

Anugerah Lawak Warna bersama Jozan

Lama rasanya admin menyepi dari menulis blog..bukan menyepi bermakna admin tidak ambil peduli tentang Jozan..admin masih sayangkan Jozan seperti dulu..admin cuba tengok rancangan Johan dan Zizan cuma sedih sikit kerana bulan raya tiada cerita baru dari Jozan..ulangan Lawak Ke Der..Lawak Ke Der 2, Maharaja Lawak Mega dan Super Spontan lah pengubat rindu..

Hari Jumaat ni admin yakin Jozan mesti akan menang untuk Anugerah Lawak Warna..masing-masing Johan dan Zizan ada bersaing di kategori Artis Lawak Lelaki Popular dan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik..admin tahu Jozan tak kisah siapa menang tapi yang penting mesti salah seorang yang menang..untuk anugerah Segmen Radio Paling Popular pula..dah terang-terang mesti Johara akan menang punya..masih sempat lagi peminat semua nak mengundi Jozan kesayangan semua..boleh lawati website Anugerah Lawak Warna ok..Jozan paling banyak pencalonan..sukanya nak tengok Jozan naik pentas ambil award banyak kali..
Admin harap-harap sangat Jozan akan duduk dekat-dekat masa di Istana Budaya nanti..pakai hensem-hensem...dengar cerita di Johara..temanya kena pakai tuxedo..siapa kata pelawak tak boleh smart-smart kan..pelawak zaman sekarang dah maju tau..siap ada anugerah lagi..mesti sebab penangan Jozan kan..sampaikan Astro sanggup buat anugerah tu..lepas duduk sama-sama ambil gambar dan letak dalam Instagram ok..admin nak like sejuta kali tau..

Lagi comel kalau Jozan jadi pengacara tapi mana boleh sebab Jozan kan pemenang..so kena lah relax di bawah bersedia dengan ucapan sweet diorang..haha kalau Johan menang..Zizan peluk Johan..kalau Zizan menang..Johan peluk Zizan..nak kiss pipi pun boleh..eh...hahaha...jangan lupa mention nama Jozan dalam ucapan kemenangan korang ok..kalau Jozan sama-sama bagi award pun comel kan..teringat masa Shout Awards tahun lepas lepas..memang comel sangat sama-sama berebut microphone dan gelak-gelak..Zizan jangan nangis pulak ok..haha silap-silap Johan pulak yang nangis..Zizan memang akan nangis sama punya..

Bagi admin..tak kisahlah orang kata dah tau siapa pemenang dalam anugerah ni pun..sebab bagi admin Jozan memang layak menang sebab masing-masing berbakat besar dan sangat menggembirakan hati peminat Jozan..tapi katakanlah tiba-tiba tak menang...jangan sedih ok..kami sentiasa menyokong Jozan...eh tapi mesti menang punyalah..good luck Jozan..

Admin tunggu depan tv Jumaat malam ni ok..

0 comments:

Post a Comment