Apa rahsianya?
Sebenarnya masa admin join majlis kesyukuran Johan haritu, admin ada bagi hadiah dekat Johan sempena hari jadi Johan..untuk Kak Ozlynn pun ada jugak tapi itu masih menjadi rahsia dan tanda tanya lagi untuk admin..hadiah admin bagi sebenarnya biasa-biasa aja..tiada niat untuk riak atau menunjuk-nunjuk kepada sesiapa..hanyalah hadiah yang ikhlas dari hati admin kepada Jozlynn..
Hadiah untuk Johan adalah jam tangan manakala untuk Kak Ozlynn adalah selendang/shawl..kenapa admin pilih hadiah-hadiah tu? sebab admin perasan Johan selalu pakai jam sama..Zizan selalu tukar-tukar jam..baju merah jam merah..baju biru jam biru..tapi Johan selalu jam putih tak kira apa warna baju..mungkin jam putih tu ada sentimental value untuk Johan kot lagipun matching dengan semua jenis baju..Zizan pun jenis bergaya dan menjaga penampilan..jadi semua kena matching..haishh lain-lain kan minat si kembar ni..kembar bukan seiras tapi serasi sangat kan...jadi admin pun survey harga yang berpatutan dan konsep admin untuk buat 'sahhang'..apa itu 'sahhang'? dalam bahasa Terengganu..maksudnye untuk suka-suka..kalau aktiviti lasak pun sesuai..tak perlu fikir jam calar tak..dan selalunya kalau selebriti takkan pakai jam ni untuk majlis formal..Johan boleh tanya Zizan k kalau still tak faham maksud 'sahhang'..hehe..kalau Zizan tak tahu sila ketuk-ketuk manja kepala dia k..hehehe..
Untuk Kak Ozlynn pula admin pilih shawl sbb multi purpose..boleh dibuat tudung..boleh diikat di leher as accessory atau buat selimut..hahaha tiba-tiba kan..
Admin ingat hadiah-hadiah admin bagi ni akan kekal menjadi rahsia untuk admin simpan sahaja..maksudnya..cukuplah admin rasa yang admin dah bagi dan biarlah rahsia sama ada Jozlynn akan suka atau tak..kalau suka pakai..tak suka bagilah siapa-siapa kan..tapi admin terkejut rupanya Johan suka jam admin bagi lah..
Admin terkejut sangat bila sekali tengok final Raja Lawak 7..Johan tak pakai jam putih tapi tiba-tiba jam ade belang-belang hitam lahh..admin memang duduk dekat skrin tv nak tengok betulke jam admin bagi..tapi perasaan admin..ishh bukanlah..kebetulan Johan baru beli jam baru dan admin tersyok sendiri..mungkin napok sama tapi bukang dia..eh macam kenal pulak ayat ni kan?
untunglah...tak sia-sia lah akak beli jam tu sbb papa johan cepat je pki...die memang suke la jam tu..akak memang JOZANNERZ! walaupun johan dpt hadiah,isterinya juga dpt dan akak tidak terlupa juga zizan.. inilah yg dipanggil SEMANGAT PEMINAT SETIA (JOZANNERZ)..hehe
ReplyDelete