Wednesday 21 August 2013

Super Spontan : Good Luck Johan untuk Jozan

Super Spontan akan kembali..hoyeahhh..


Kalau dulu Jozan kita lihat bersama tapi kali ni Zizan dah tak boleh masuk..menurut Hanif Era di Instagram, Zizan dah tak boleh masuk sebab dah pernah jadi juara..iyelahh nanti karang menang lagi kan..tapi Johan selaku naib juara boleh masuk..oklah kan at least kembar Jozan dapat masuk..dan semua penyokong Jozan kena sokong Johan pulak..kalau tahun dulu undian terbahagi dua kerana peminat Jozan pun tak tahu nak undi siapa antara si kembar ni..tahun ni kita semua Jozannerz kena make sure Johan menang..kena undi Semut Sentap dan specifically Johannnn..

Johan ada pencabar baru untuk Super Spontan kali ini iaitu Jep Sepahtu..dalam Anugerah Lawak Warna yang baru-baru ni Jep dah menang dah..admin rasa Jep lah pencabar terdekat Johan..tak sabar nak tunggu kan..

Tapi since blog ni cerita tentang Jozan..so admin kenalah cerita tentang Jozan sahaja..hmmm admin rasalah kan..Zizan mesti merindukan saat-saat manis Zizan berada di Super Spontan dulu..boleh main-main dan manja-manja dengan Johan..haha silap-silap kali ni Zizan yang jealous pulak bila nampak Johan manja-manja dengan pelawak-pelawak lain kan..admin tahu Zizan mesti ikut perkembangan Super Spontan..silap-silap undi senyap-senyap untuk Johan..Zizan kena undi Johan tau..promote Johan dalam Instagram dan Twitter..barulah kembar..sweet sangat kan..

Zizan jangan risau k..walaupun mungkin Johan akan ada manja-manja dengan pelawak lain..tapi tak boleh lawan lah kasih sayang Johan pada Zizan..haha silap-silap Johan jadi garang pulak dengan pelawak lain semua..Johan kena teruskan perjuangan untuk Jozan ok..admin tahu Johan serba boleh dan memang layak pun untuk menang..cuma semua bergantung kepada rezeki..kami semua doakan untuk Johan..besar tanggungjawap Johan kali ni kan..dah practice lama di Spontan Era..admin pasti Johan dah ready dah untuk semua ni..hehe..

Kepada Astro, jangan lupa jemput Zizan datang Super Spontan 2013 k..tak kisahlah sebagai apa pun..sebagai artis jemputan pun ok..boleh admin tengok moment Jozan lagi..Zizan kan support Johan..

Untuk semua..jom sam-sama kita tengok Super Spontan di Astro Warna 132 dan Astro Mustika HD 134 bermula 30 Ogos 2013 jam 10 malam..harap-harap admin dapat join tengok secara live..dan hari admin datang tu Jozan akan bersama walaupun sekejap..rinduunyaa Jozannn..

Good luck Johan untuk Jozan!

0 comments:

Post a Comment