Tuesday 2 July 2013

Rindu Raja Lawak 7 Bersama Jozan

Akhirnya tamat sudah Raja Lawak 7..sedih pun ada jugaklah admin rasa sebab bila lah lagi dapat lihat gelagat Jozan bersama..yang mengada-ngada dan manja..yang garang pun ada jugak..haha..



Tahniah kepada Wala kerana menjadi juara..admin pun dapat rasa Wala akan menang sebab kumpulan mereka ada package dan unik..Jozlynn pun dapat teka sebab siap post gambar bersama Wala lagi di Instagram sebelum final. Tak kisahlah siapa yang menang janji hos Raja Lawak adalah Jozan kan..

Admin suka sangat bila Johan dan Zizan bahasakan diri mereka Jozan instead of Johan atau Zizan..rasa rapat dan sweet sangat..masa mula-mula start Jozan ada cakap yang terima kasih kerana support Jozan dan bila tengok di Twitter pun..si kembar ini ada tweet terima kasih kepada semua peminat Jozan..mestilah jadi top tweet kan..

Dalam banyak-banyak Jozan bersama untuk final..admin paling suka part Johan marah Gamat..haha kesian pun ada jugak kat Gamat..Johan ni kan karakter dia memang garang sikit..sebab tu lah kena ada Zizan yang akan cool down dan ingatkan Johan..dan Johan pasti akan senyap dan dengar Zizan cakap..sweet sangat..


Kenapa admin suka part Johan marah gamat? Hehehehe mestilah sebab ada aksi sweet Jozan..kalau semua tengok video yang admin edit dan share ni..lepas Gamat perform ala-ala rap gitu..Johan terus marah cakap semua orang rap..semua orang nak tiru rap jugak..macam Waris..lepas tu Johan cakap.."Biarlah Zizan sorang je rap..kan Zizan kann..." sambil jalan kat Zizan..Zizan mula-mula tengok je kat Johan dan cakap lembut je "Janganlah marah Johan"..lepas Johan cakap kan Zizan kan sambil jalan ke arah Zizan..terus Jozan jadi manja buat adegan nak kiss lah pulak..siap pegang dada..satu stadium dah bersorak dah..hahaha comel lah diorang berdua nii..

Admin ingatkan dah habis dah moment sweet tu..sekali lepas Apek komen kumpulan Gamat..Johan sambung marah lagi rupanya..tak puas hati betul dia bila ada orang nak rap juga lawan Zizan ye...sayang betul Johan kat Zizan kan..lepas buat adegan nak kiss lagi..satu stadium bersorak lagi..Johan cakap "Jangan nak wooo sangat" hahah mesti peminat Jozan tengah sorak untuk diorang kan..mestilah sorak sebab sweet sangattt..admin kat rumah pun tengok rasa nak gigit je dua-dua orang ni..apatah lagi peminat Jozan yang dalam stadium kan..

Next entri admin nak share satu secret dengan semua ok..

1 comment:

  1. secret apa admin. cepat la. kitew tk sabar nie.. hehe

    ReplyDelete