Sunday 17 November 2013

Super Spontan 2013 : Ucapan Zizan pada Johan

Ramai yang mempertikaikan kasih sayang Zizan kepada Johan sejak kebelakangan ini..admin akan mulakan satu-satu ok..semua sudah tahu apa yang terjadi tapi admin kongsi kembali saat pahit dan manis Jozan..apa yang buruk jadikan teladan dan perbaiki tapi apa yang baik kita simpan sebagai kenangan terindah..



Pertamanya, tahniah Johan kerana berjaya mendapat tempat kedua Super Spontan musim 2..JTF, JozanFC, ZTF dan seluruh team Johan dan Jozan bersungguh-sungguh promote dan undi buat Johan tapi kami akur dengan keputusan yang telah ditetapkan..mungkin ada hikmah di sebaliknya..yang pasti Johan boleh masuk Super Spontan musim ketiga..

Kisah sebelum final Super Spontan memang agak menggemparkan kerana ada sesetengah pihak yang mempersoalkan sokongan Zizan pada Johan..iyelah..Johan ada reply gambar-gambar sebut rindu semua tapi nampak Zizan hanya berdiam diri..sehinggalah Zizan post gambar rehearsal AF..ramai yang mengkritik Zizan takde bagi ucapan pada Johan dan mungkin paling senang pun post satu gambar di instagram tentang sokongan pada Johan..

Johan yang cepat alert terus komen cakap Zizan busy dan Johan harap semua terus mendoakannya di final Super Spontan..admin tahu Zizan mesti stress dengan apa yang terjadi..Kak Marina ada terangkan situasi sebenar tapi ada yang masih belum berpuas hati..apabila keputusan diumumkan..mereka masih lagi mengkritik Zizan..tabah betul Zizan..apa yang dibualkan tak perlu admin cerita lagi..cuma apa yang admin suka..kak Ozlynn mengambil inisiatif dengan merekod moment Zizan called Johan selepas final..korang tengok sendiri lah ye video kat bawah ni..


credit instagram @jozlynnhania

Zizan cakap Johan dah juara di hati Zizan..siap wish untuk JTF semua supaya jangan sedih-sedih..Johan macam merah aje mukanya..mungkin malu..atau mungkin sebak..haha admin pun tak pasti..tapi apa yang pasti Johan memang gembira Zizan called..walaupun Zizan tak peluk Johan..tiada di sisi Johan ketika Johan sangat memerlukannya..tapi sedikit sebanyak..oklah tu dapat panggilan telefon dari kawan baik kan..admin tahu Johan sangat memahami situasi Zizan..siapa kata Johan tak manja? dari video ni pun admin tahu Johan memang manja dengan Zizan..sebab cakap 'kau tak kiss pun aku'..alala kesiannya Johan ye...

Seminggu selepas final berlalu, baru semua tahu yang rupanya Zizan memang nak sangat tonton final Super Spontan..itu pun semua tahu bila Azhael yang tersingkir dari AF di minggu tersebut pergi interview bersama Johara.. Azhael bagitau secret yang Zizan sanggup tengok TV takde suara semata-mata kawan baik dia..mungkin Johan pun baru tau kan yang Zizan memang tak pernah lupa Johan ke mana sahaja Zizan pergi..

Kita sebagai peminat..suka admin nasihatkan kepada semua termasuk diri admin sendiri..jangan mudah menuduh atau membuat andaian yang bukan-bukan..selalu lah bersangka baik kerana kita hanyalah sekadar seorang peminat dalam ribuan yang lain..apa yang kita sampaikan kadang-kadang melambangkan level of our IQ..senyap bukan bererti kita lemah tetapi kita lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu tindakan..kita hanya perlu berdoa yang terbaik untuk mereka ok..

Kepada Zizan dan Johan juga..admin percaya diorang sudah cukup matang untuk mengenal hati budi sahabat masing-masing..tidak perlulah semua untuk diajar apa yang perlu dan tidak perlu dibuat kerana mereka saling memahami..anggaplah semua kritikan sebagai perkara positif untuk Jozan sama-sama improve..memang pedas tapi dalam kepedasan itu pasti ada manisnya kan..kalau tak kenapa kita makan nasi lemak sambal pedas kan..haha eh melalut plak..kadang-kadang perlu ada yang menegur supaya kita menjadi lebih kuat bersama..semakin sayang menyayangi agar tidak lalai dengan Allah..keluarga dan teman rapat yang selalu di sisi kita..


0 comments:

Post a Comment