Monday 18 November 2013

Air Mata Jozan

Admin tahu yang sebelum ini Johara ada datang AF..tak ingat pulak minggu berapa tapi masa tu Johan takde..Haniff dan Ray saje datang dang borak-borak dengan Zizan..rupanya Johan datang masa final ok..masa Zizan announce pasal Era sebagai penyiar rasmi AF..

                                     

Jozan memang satu-satunya ikon terbaik persahabatan di Malaysia..selalu kita lihat perempuan dengan perempuan lebih senang menitiskan air mata dan melafazkan rindu tapi itulah keistimewaan Jozan..tanpa segan silu meluahkan apa yang di hati either perbuatan dan kata-kata..inilah punca utama blog ni admin buat..persahabatan sejati..




Walaupun admin share video kat atas ni..tapi admin tak puas hati..nak cerita jugak moment terindah Jozan yang admin rindu dan sayang bangattt ni..nak dijadikan cerita plan Kak Ozlynn dan Kak Marina berjaya menyatukan Jozan pada saat-saat yang paling mengharukan..thank you kakak-kakakku sayang..menitis air mata kate ko..lelaki pulak tu menangis..ni bukan cerita atau drama ok..semua yang paham erti persahabatan Jozan tahu betapa kuatnya kasih sayang mereka ni..

Bila Zizan announced pasal Era..tiba-iba music dimainkan..slow je..Zizan siap cam nak cover line kononnya orchestra tersilap tapi rupanya music berterusan dan seorang lelaki keluar dari belakang stage dan dengan perlahan nyanyi lagu Sahabat Selamanya..lembut je nyanyian lelaki itu..macam nak pujuk seseorang atau nak tenangkan seseorang..siapa lelaki itu? Mestilah satu-satunya Johannnnnnn..

Zizan terus terkedu dan pandang Johan tak lepas..abaikan terus tak pandang dah audience yang menjerit-jerit..haha jeritan buat peserta AF pun tak sekuat jeritan buat Jozan ok..Johan jalan slow-slow..Zizan hulur tangan dia kat Johan dan terus peluk sekuat hatinya..nangis ok..siap tutup mata lagi nangis..sama moment macam final Super Spontan musim 1..ahhh rindunya Zizan pada Johan dan Johan pada Zizan..lama ok diorang peluk macam bertahun tak jumpa..pelukan semangat dan kerinduan Jozan yang dah tak tertanggung lagi..Johan pun muka merah tau bila lepaskan pelukan tu..siapa sangka Johan yang memang selalu kuat hatinya boleh sebak biila bersama sahabat baiknya..nampak sangat rindunya pada Zizan dah tak boleh ditahan lagi..

Johan memang jenis pandai cover perasaan..walaupun sebak..Johan cuba bergurau dengan Zizan tapi still sweet..Zizan memang kalau menangis suka tunduk dan gerak-gerak kaki nak alih perhatian dan seperti selalu..seperti di final Super Spontan musim 1 jugak..Johan pasti akan pandang Zizan dan cakap "dahh..dahh" memang memujuk dan pegang Zizan ..Zizan memang tak boleh control..siap lap air mata die..dan cakap "aku sedih

Johan cakap yang Zizan ambik gambar dengan Amira tak sedih-sedih pun...tapi bila Johan datang terus sedih..alalala Johan..jangan jealous ok..Amira tu hanya biasa-biasa je..tak boleh lawanlah sayang Zizan pada Johan..hmm mungkin sejak Zizan dikutuk hebat tentang sokongan Zizan pada Johan di final Super Spontan di gambar insta Zizan dan Amira..jadi buat Zizan lebih terkesan di hati..siapa kata Johan tak stalk Zizan..Johan lebih tau perkembangan Zizan tau..kalau tak masakan Johan ingat berapa banyak filem Zizan berlakon dengan Awie sedangkan Zizan sendiri tak ingat..

Johan bagi kata-kata semangat pada Zizan yang membuatkan Zizan terus bersemangat malam tu..Jozan sama-sama nyanyi lagu Sahabat Selamanya..siap pegang tangan dan buat love sign sama macam moment terakhir Lawak Ke Der 2..kalah pasangan bercinta diorang ni..Zizan memang manja sangat..manja dengan sahabat yang satunya itu dan Johan memang sentiasa menceriakan Zizan..layankan aje Zizan..wahh serius admin rindu pada gelak tawa..rindu pada usik mengusik..rindu pada manja mereka..admin pun sama sebak sekali..

Dalam usik mengusik Jozan..walaupun kurang dari 5 minit moment Jozan bersama..cukup untuk buat Jozan trending di Twitter malam tu..admin sampai tak boleh tidur malam..asyik mengulang sweet moments Jozan..itulah Jozan yang admin kenal dari jauh tapi dekat di hati..berbulan lamanya tak jumpa tapi sekali jumpa..seluruh penonton AF merasai kasih sayang mereka..

Malam tu jugak @jozlynnhanania ada post gambar Jozan berpelukan yang terus trending di Instagram dan Twitter..@zizanrazak869 pun siap post dua gambar di Instagram nye..admin sempat edit dan semua boleh baca komen-komen sweet diorang ni..Johan tidur lambat malam tu..mungkin tak boleh tidur malam tu dan komen instagram Zizan..dengan terus terang Jozan mengaku yang mereka saling merindui..susah kan lelaki nak ucapkan rindu kepada sahabat lelaki tapi bukan pada Jozan..tiada apa nak diselindungkan lagi kerana memang itu kenyataan..



Esok paginya..Johara sempat usik mengusik Johan dengan sibuk ulang nyanyi lagu Sahabat Selamanya..mesti Johan malu-malu tapi tak kisahlah kan Johan..memang awak sayang Zizan pun..apa yang terjadi di malam AF tu memang takkan kami lupa Jozan..pasti akan Zizan kenang..terus sebarkan kasih sayang korang dan izinkan kami peminat Jozan untuk turut merasainya k..tolong spend time masa bersama ok Jozan..tak best rindu lama-lama sebab dari rindulah punca pergaduhan..admin tak suka ok...semoga persahabatan Jozan kekal sampai bila-bila..amin~

Jozan Sana Sini : Shout Awards 2013, Perlawanan Bola Super Lawak FC vs Pahang & Meletop

Entri kali ini adalah tentang sekitar seminggu selepas final Super Spontan..pelbagai aktiviti melibatkan Jozan tapi semuanya Jozan tidak bersama..huhu part tu admin frust sikit lah..tapi takpe..jom kita recap sama-sama ok..
                   
                              
Shout Awards 2013 kembali lagi! Seperti yang admin jangka..rezeki memang berpihak kepada Jozan..masing-masing tercalon untuk kategori tersendiri..takde tercalon dalam kategori yang sama..jadi senang sikit kami nak vote..hehe..tahniah Johan untuk Favourite Radio Show Award bersama Johara Pagi Era dan Zizan untuk Favourite TV Personality Award..walaupun Johan tak berjaya dalam kategori Coolest Radio Announcer dan admin sedikit courious di situ..tapi tak mengapalah...rezeki masing-masing kan..

Johan tak dapat hadir kerana terlibat dengan perlawanan bola persahabatan bersama pasukan veteran Pahang jadi Zizan datang mewakili Jozan..admin tak sempat tengok Shout Awards..tapi apa yang admin tahu..tempat duduk Johara dengan Zizan dekat sangat tapi sayangnya Jozan tidak bersama atas komitmen tersendiri..bila Johara Pagi Era diumumkan sebagai pemenang..ramai yang bercerita Zizan bangun bagi standing ovation pada team Johara sambil buat muah muah gitu..alala terlepas moment terbaik Jozan lagi kan..kalau tak mesti Zizan pergi dekat Johan tak peluk kuat-kuat..satu admin kagum dengan Jozan..semangat sokong menyokong mereka sangat kuat..tiada unsur iri hati dan bangga dengan kejayaan rakan baik..

Apabila Zizan menang untuk Favourite Personality Award dan paling penting Best On Screen Chemistry Award buat kali kedua berturut-turut..admin tersentuh dengan ucapan Zizan..Zizan cakap yang 'this award is about me and Johan'..meaning he really really appreciate Johan as we Jozannerz do..Zizan ada sebut Jozannerz, ZTF dan terkejut Zizan sebut JTF..comel kan Zizan..fan club Johan pun Zizan mentioned sekali..siap follow twitter JTF lagi tau..mesti nak tahu perkembangan semasa Johan kan..

Lepas habis event pun..semasa kena interview..Zizan cakap yang dia couple dengan Johan..haha comel..sebab itulah timbul keserasian..ikhlas dan kesefahaman kunci kejayaan Jozan..yup admin boleh nampak keikhlasan diorang..semua pun setuju kan?



Dalam masa yang sama..Johan pula sempat menjaringkan gol tunggal buat Super Lawak FC..haha walaupun satu gol dan kalah dengan berbalas tiga gol dengan pasukan Pahang..tapi jaringan yang tunggal itulah paling semua ingati..haha sampai tak puas-puas orang puji Johan..haha meriah sangat..

Semasa Johan sibuk menari-nari kegembiraan di tengah padang..datang Jep yang turut sama menari..haha comel jugak kan kalau Johan dan Jep..opss terlebih sudah..ish ish walaupun selepas Super Spontan..ramai yang setuju gandingan Johan dan Jep pun not bad..tapi no no no..teman tapi mesra ok...Johan dan Jep memang serasi maybe sejak dari Karoot Komedia..Edisi Khas dan beberapa rancangan bersama...ramai juga yang tweet dan komen di instagram dan twitter yang  bersetuju dengan keserasian diorang..haha mungkin juga Zizan ada bace kan..suka juga sekali sekala Zizan jealous..ha ha tak tahu..Johan dah rapat dengan Jep sampaikan Sodiq (anak Johan) pun dah semakin mesra dengan Jep..alalala jangan risau k Zizan..admin tahu Zizan pun paham dan semua pelawak ibarat satu keluarga besar..semua di bidang yang sama..tak salah bergembira bersama..Zizan pun join lah sekali event-event camni..baru boleh bersama Johan dan pelawak-pelawak lain..

Jozan masih belum bertemu dan nak dijadikan cerita..Johan dipanggil ke Meletop selepas final Super Spontan..dan yang paling sweetnya..memang tak plan..Johan dan Zizan pakai baju sama warna..tapi Zizan pakai baju mint green ni beberapa minggu sebelumnya..haha memang rindu sangat semua peminat Jozan kan..sampaikan warna baju pun diperhatikan..kedua-dua kembar Jozan ni pulak liked tau gambar insta fan Jozan..Neelofa pun salute kat Johan sebab nyanyi lagu Infiniti Cinta..support kawan katanya..comel lah sangat Jozan ni..


edited and credit to @ieyza_fariza

Hmmm..tapi still rindu pada Jozan..


Sunday 17 November 2013

Super Spontan 2013 : Ucapan Zizan pada Johan

Ramai yang mempertikaikan kasih sayang Zizan kepada Johan sejak kebelakangan ini..admin akan mulakan satu-satu ok..semua sudah tahu apa yang terjadi tapi admin kongsi kembali saat pahit dan manis Jozan..apa yang buruk jadikan teladan dan perbaiki tapi apa yang baik kita simpan sebagai kenangan terindah..



Pertamanya, tahniah Johan kerana berjaya mendapat tempat kedua Super Spontan musim 2..JTF, JozanFC, ZTF dan seluruh team Johan dan Jozan bersungguh-sungguh promote dan undi buat Johan tapi kami akur dengan keputusan yang telah ditetapkan..mungkin ada hikmah di sebaliknya..yang pasti Johan boleh masuk Super Spontan musim ketiga..

Kisah sebelum final Super Spontan memang agak menggemparkan kerana ada sesetengah pihak yang mempersoalkan sokongan Zizan pada Johan..iyelah..Johan ada reply gambar-gambar sebut rindu semua tapi nampak Zizan hanya berdiam diri..sehinggalah Zizan post gambar rehearsal AF..ramai yang mengkritik Zizan takde bagi ucapan pada Johan dan mungkin paling senang pun post satu gambar di instagram tentang sokongan pada Johan..

Johan yang cepat alert terus komen cakap Zizan busy dan Johan harap semua terus mendoakannya di final Super Spontan..admin tahu Zizan mesti stress dengan apa yang terjadi..Kak Marina ada terangkan situasi sebenar tapi ada yang masih belum berpuas hati..apabila keputusan diumumkan..mereka masih lagi mengkritik Zizan..tabah betul Zizan..apa yang dibualkan tak perlu admin cerita lagi..cuma apa yang admin suka..kak Ozlynn mengambil inisiatif dengan merekod moment Zizan called Johan selepas final..korang tengok sendiri lah ye video kat bawah ni..


credit instagram @jozlynnhania

Zizan cakap Johan dah juara di hati Zizan..siap wish untuk JTF semua supaya jangan sedih-sedih..Johan macam merah aje mukanya..mungkin malu..atau mungkin sebak..haha admin pun tak pasti..tapi apa yang pasti Johan memang gembira Zizan called..walaupun Zizan tak peluk Johan..tiada di sisi Johan ketika Johan sangat memerlukannya..tapi sedikit sebanyak..oklah tu dapat panggilan telefon dari kawan baik kan..admin tahu Johan sangat memahami situasi Zizan..siapa kata Johan tak manja? dari video ni pun admin tahu Johan memang manja dengan Zizan..sebab cakap 'kau tak kiss pun aku'..alala kesiannya Johan ye...

Seminggu selepas final berlalu, baru semua tahu yang rupanya Zizan memang nak sangat tonton final Super Spontan..itu pun semua tahu bila Azhael yang tersingkir dari AF di minggu tersebut pergi interview bersama Johara.. Azhael bagitau secret yang Zizan sanggup tengok TV takde suara semata-mata kawan baik dia..mungkin Johan pun baru tau kan yang Zizan memang tak pernah lupa Johan ke mana sahaja Zizan pergi..

Kita sebagai peminat..suka admin nasihatkan kepada semua termasuk diri admin sendiri..jangan mudah menuduh atau membuat andaian yang bukan-bukan..selalu lah bersangka baik kerana kita hanyalah sekadar seorang peminat dalam ribuan yang lain..apa yang kita sampaikan kadang-kadang melambangkan level of our IQ..senyap bukan bererti kita lemah tetapi kita lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu tindakan..kita hanya perlu berdoa yang terbaik untuk mereka ok..

Kepada Zizan dan Johan juga..admin percaya diorang sudah cukup matang untuk mengenal hati budi sahabat masing-masing..tidak perlulah semua untuk diajar apa yang perlu dan tidak perlu dibuat kerana mereka saling memahami..anggaplah semua kritikan sebagai perkara positif untuk Jozan sama-sama improve..memang pedas tapi dalam kepedasan itu pasti ada manisnya kan..kalau tak kenapa kita makan nasi lemak sambal pedas kan..haha eh melalut plak..kadang-kadang perlu ada yang menegur supaya kita menjadi lebih kuat bersama..semakin sayang menyayangi agar tidak lalai dengan Allah..keluarga dan teman rapat yang selalu di sisi kita..