Saturday 27 April 2013

Gambar Paling Mahal Jozan

Dalam banyak-banyak gambar Jozan yang admin simpan, dua gambar di bawah inilah paling 'mahal' bagi admin..rasanya ramai yang setuju dengan admin kan?

Kenapa admin pilih gambar-gambar ini? Walaupun gambar-gambar ini dah lama..tapi memang sangat legend untuk peminat Jozan..siap jadi trending di Twitter tau..


Kalau ada sesiapa perasan admin belum cerita tentang kenangan Jozan di Super Spontan..panjang dan banyak sangat kenangan indah Jozan jadi admin cerita dan selit-selit di entri-entri yang admin rasa sesuai ok..gambar atas ini admin pilih kerana ketika ini admin nampak Zizan sangat-sangat sayangkan Johan..admin teka Zizan risau sangat takut persahabatan Jozan tergugat bila salah seorang dari mereka jadi juara..admin rasa Johan memang dah bersedia untuk mengalah..memberi laluan kepada Zizan..sweet sangat Jozan ini..masa Jozan tunggu keputusan..Zizan menangis dan masa ini Johan ada pandang muka Johan beberapa saat dan mungkin pujuk Zizan jangan sedih-sedih..Zizan pun ada angguk-angguk kepala dan lentok kepala dia kat bahu Johan..admin tahu ketika ini Johan memang tengah menahan diri dari menangis..

Gambar atas ini diambil ketika keputusan dah diumumkan..Zizan memang menangis teresak-esak dan letak kepala dia dekat Johan taknak lepas sampai Johan kena suruh Zizan ambil hadiah banyak kali..Zizan tak peduli terus peluk Johan pulak..terima kasih encik jurugambar yang berjaya snap gambar cantik ini..klik sini untuk tengok video ok.

Siapa tak ingat gambar di bawah ini pulak kan? Admin yang tengok adegan kasih sayang Jozan pun turut rasa terharu tau..serius rasa sweet sangat..thank you cik penangkap gambar dari tv kerana share gambar ini..

Seperti biasa, Zizan memang sangat sayang pada Johan..kalau di Mega Lawak dan Lawak Ke Der 2..masing-masing macam geli je kan nak kiss..tapi jauh di sudut hati Jozan..pengorbanan dan persahabatan mereka yang sangat erat telah dilihat oleh ribuan atau jutaan peminat dunia lawak dengan ciuman persahabatan..sebelum adegan ini..Zizan sangat susah hati selepas persembahan terakhir di final Maharaja Lawak Mega..boleh nampak sangat..Johan dari belakang boleh perasan mungkin dan jalan terhinjut-hinjut ke depan sambil tepuk-tepuk Zizan..terus Zizan peluk dan kiss pipi Johan..pasrah je Johan kan..bagus encik cameraman sebab menayangkan adegan ini kepada semua..

Bila ditemuramah oleh Ray dan Haniff..Johan pun admin rasa ok je..suara Johan pun takde marah-marah..Zizan pula yang malu-malu nak jawap bila ada peminat tanya di Twitter..haha..sila klik sini untuk tengok adegan Jozan yang paling sweet ini sejuta kali ok..


Please ada banyak lagi gambar-gambar sweet Jozan..admin nak simpan buat koleksi ni..hehe..

Monday 22 April 2013

Review Jozan : Raja Lawak 7 Minggu 1 & 2

Ular lidi ular sawa..abg Ali sayang semua :)

Inilah pantun comel Johan secara spontan untuk Ali, seorang peserta 'bahan' Jozan semasa Raja Lawak 7..admin suka part Ali kerana Jozan akan menjadi extra hyper, tergedik-gedik dan extra manja..best sangat..

Siapa tonton Raja Lawak 7? choiii pada siapa yang tak tengok..mestilah kerana ada Jozan..memang setiap Jumaat malam admin terpacak depan tv tau..tunggu Jozan punya pasal lah ni..

Mari kita sama-sama cerita moment sweet Jozan sepanjang dua minggu Raja Lawak 7 ok..bila Shiro serahkan gelanggang pada Jozan..admin sangat super teruja..yelah kan..lama dan rindu bangat nak melihat Jozan bersama selepas Maharaja Lawak Mega haritu..Johan ada cakap yang Johan lebih berminat untuk menjadi juri untuk musim kali ini tapi mustahillah pihak Astro lepaskan..bukan Johan tak layak..tapi siapa akan berpasangan dengan Zizan sebagai pengacara..taknaklah orang lain kan..hanya Jozan sahaja yang sesuai sampai  bila-bila tau..



Semua perasan tak yang Johan memang lembut dan sopan gitu bila bercakap dengan Zizan? admin yakin peminat tegar Jozan mestilah perasan kan..tengok sahajalah ABPBH haritu..dengan Fara Fauzana pun agak kasar..tapi dengan Zizan sangatlah sopan..

Admin bagi contoh ok...dua contoh masa minggu 1 Raja Lawak 7..ketika Zizan bagitahu yang Zizan excited ada kumpulan dari Terengganu sambil jerit "Johan..Johan..Johan" Johan terus cakap "Apa? Aku sebelah lah" kemudian Zizan terus sambung cakap..masa part terakhir  untuk penyingkiran pun sama..Zizan buat muka kelakar ada coklat Kit Kat di gigi sambil gelak..Johan tengah bercakap berhenti kejap dan senyum pandang Zizan sambil cakap dan ketuk tangan Zizan dengan kad "Eh dah..dah..Eh dah dah"..Zizan dah macam budak kecik yang Johan kena layankan aje..part Zizan tolong tahan kaki dekat kerusi Johan mengajuk Ali pun comel..risau Zizan ye takut Johan jatuh..cepat-cepat Zizan tahan kerusi sambil layan Johan buat parody..

Tapi minggu 2 paling admin suka..serius Jozan memang serasi..main spontan je pantun..kemudian buat-buat lalu belakang stage sambil lari-lari bila masa untuk peserta dah habis..penonton semua gelakkan Jozan lebih dari peserta sebenarnya..video kat bawah ni paling admin suka..

Jozan keluar untuk mengajuk peserta dan masa ini Ali baru habis perform..Zizan pegang muka Ali sambil tanya "dah bersedia ke?" tiba-tiba Johan datang sambil tolak Zizan cakap "jangan kacau dia macam tu boleh tak?pleasee.." Zizan yang mula-mula blurr melayan jela bila Johan nak buat adegan pasangan bercinta..siap Zizan cakap "don't say any word" dan Johan gelak-gelak manja cakap "janganlah"..haha sweet sangat Jozan ni..melayan je dua-dua orang kan..biasalah dah selesa sangat bersama sampai tak kisah salah seorang buat adegan pelik-pelik..haha bila Zizan dah duduk atas stage pun..Johan mengikut aja dan duduk bersimpuh..

Bila masing-masing dah silap baca pantun sebelum cerita tentang undian untuk Ali..mulalah Zizan cover pegang kepala Johan sambil cakap sesuatu..admin tak pasti apa Zizan cakap tapi Johan tiba-tiba nak kiss..Zizan memang selalu tak boleh tahan gelak..sampai guling-guling dia atas stage menahan gelak..sampaikan bila Johan cakap "eh eh arnab" ..Zizan gelak sampai tutup-tutup muka lagi..bila admin tonton ulangan di Astro Warna dah kena potong part ni..entahlah bagi admin ok aje..gurau senda rakan baik..

                
                           credit to Johan dan Zizan (jozan) best of the best

Admin gembira sangat tengok Jozan gembira sakat menyakat..dalam banyak-banyak majlis Zizan jadi hos..Raja Lawaklah paling banyak dia gelak..tak sabar nak tunggu minggu 3 pula tapi Ali dah terkeluar..harap-harap ada banyak lagi sweet moment Jozan..



Tuesday 16 April 2013

Cinta Hati Jozan

Semalam Zizan Twitter Family (ZTF) mengadakan gathering bersama Zizan sempena hari jadinya yang ke 29..dari gathering inilah rupanya Zizan ada beritahu bahawa Zizan sedang mengenal hati budi seorang perempuan..katanya perempuan ini memberikan I Phone 5 sebagai hadiah..Zizan juga mengatakan perempuan yang berjaya menambat hatinya adalah seorang yang simple..tidak seksi dan pandai mengambil hati ibu bapanya..admin doakan yang terbaik untuk Zizan..harapnya kali ini Zizan betul-betul seriuslah ye untuk mengelakkan fitnah orang ramai..pesanan admin kepada Zizan..pilihlah perempuan yang terbaik k..jangan pilih untuk suka sahaja tetapi ketika duka juga tau..lepas ni..jangan rapat dengan mana artis perempuan lagi please..kesian cinta hati awak..orang yang kelakar memang ramai peminatnya tau..jangan lupa minta izin dan restu Ibu k..pilihlah isteri sebaik Ibu yang selalu di sisi Zizan dan sayang Zizan seadanya ye..admin tumpang gembira kalau Zizan dapat isteri yang solehah..kalau pandai cakap bahasa terengganu lagi best..hehe admin boleh ajarkan juga..raya nanti boleh Zizan dan isteri beraya kat kampung admin..heheh..admin ada berkenan dengan seorang perempuan ini tapi tak taulah betul ke tak..bukan pelakon dan bukan artis... betul lah tekaan admin ni..admin suka sangat..kita tunggu dan lihat k..jangan tanya admin please..rahsiaa..


Bila bercerita tentang cinta hati Zizan mestilah sekali dengan kembarnya Johan..admin harap Zizan ada bercerita kisah hatinya kepada Johan selaku kawan baik yang lebih sesuai untuk menasihatinya kan..tengok sahajalah Johan..admin memang puji dengan sikap Johan yang sentiasa mengutamakan keluarga melebihi kerjayanya..rela melepaskan banyak tawaran untuk bersama keluarga..sampaikan edior Berita Harian kak pora pun ada memuji Johan.. bila Zizan pun dah berkeluarga..contohilah Johan..bertuah sangat kak Ozlynn kerana memiliki Johan yang sentiasa penyayang dan romantik..admin percaya walaupun Johan nampak kasar dengan orang luar..tapi dengan keluarga Johan seorang yang sangat bertanggungjawap dan mengambil berat tentang isteri dan anak-anak...kak Ozlynn dan Hanania lah cinta hati Johan..Johan mengatakan kak Ozlynn adalah segalanya tanpa segan silu di Wanita Hari Ini, Anugerah Bintang Popular 2012 dan sentiasa sebut 'love hanania' di akhir rancangan Raja Lawak..isteri mana tak cair kan..kak Ozlynn memang serba boleh..dari manager..PA..isteri..ibu..memasak setiap hari pula tu..macam manalah Johan tak sayangkan..Zizan pun admin percaya akan jadi begitu..mungkin lebih lagi kerana Zizan kan lebih manja dan senang menunjukkan perasaan kasih dan sayang..cinta hati Zizan pun boleh belajar dengan kak Ozlynn kan..

Jika ditakdirkan betul Zizan akan menamatkan zaman bujangnya tahun depan..admin harap Zizan fikirlah sedalamnya sebelum membuat keputusan..jangan ikut trend artis-artis sekarang ok..kahwin untuk selamanya..bestkan kalau kak Ozlynn dan isteri Zizan jadi best friend pulakkan..wahh admin suka sangat..

Semoga berbahagia selalu Jozan di samping yang tersayang..


Friday 12 April 2013

Promo Jozan : Raja Lawak 7

Tak sabar rasanya admin untuk menonton Raja Lawak 7 malam ini..bukan kerana peserta tapi kerana hos yang admin sayangi..Jozan in the housee!



Selalunya kalau di Malaysia, season untuk sesetengah program realiti tidak akan bertahan lama kerana rakyat Malaysia cepat bosan..season 1-3 sahaja mendapat sambutan tapi rating semakin menurun dari satu season ke season seterusnya..mungkin balik-balik kejutan yang sama..format program yang sama tapi lain dengan Raja Lawak 7..bermula perlahan-lahan dan semakin mendapat sambutan..sampaikan Astro boleh buat channel Astro Warna tau..admin percaya populariti Jozan banyak membantu menaikkan rating Raja Lawak dan penonton Astro..

Jadi untuk Raja Lawak 7..Astro masih mengekalkan Jozan sebagai hos..yeayy..terubatlah rindu peminat Jozan untuk menyaksikan mereka bersama..admin risau juga kalau Johan tak berminat untuk sambung tapi fokus kepada Era sahaja..tapi sebagai artis naungan Astro..terima kasih Jozan kerana sudi bersama selama tujuh tahun di Raja Lawak 7..sampai bila-bila jadi hos boleh tak? 

Jozan menang Best Chemistry Award di Shout Awards kerana keserasian mereka di Raja Lawak 6..dan semestinya akan lebih serasi di Raja Lawak 7 kan..jadi jom ramai-ramai melekat depan tv setiap jumaat ok..admin tinggalkan anda semua dengan video terbaik dari Ira Jozanners - Sweet Moment of Jozan in RL6..haishh manjanya Zizan dengan Johann..


Wednesday 10 April 2013

Kenangan Kurang Indah ABPBH 2012 Bersama Jozan

Kali ini admin nak sambung cerita tentang kenangan ABPBH..jikalau entri sebelum ini admin cerita tentang kenangan terindah di sini..entri ini tentang kenangan tak berapa indah la pula ye..

Admin akan berkongsi beberapa kenangan yang bagi admin tak berapa best dan mungkin boleh diperbaiki oleh pihak yang terlibat untuk masa hadapan tapi seperti biasa fokus adalah kepada Jozan ok..

Yang pertama admin rasa kurang best kerana Jozan tidak bersama sepanjang di ABPBH..sekejap Johan dengan Fafau...sekejap Zizan dengan Fafau..kenapa tiada Jozan bersama? wahhh itu yang admin paling tunggu..nak tengok sesi sakat menyakat Jozan..admin rela tengok Jozan melawak bersama dari tengok artis-artis perform..haha sebab tu masa artis perform admin pergi dapurla..toiletlah..masa pengacara je admin focus..bagus juga admin tak tutup tv terus lepas habis majlis penutup sebab rupanya Jozan perform..walaupun cam sekejap sangat rasanya tapi oklah dari tiada kan..




Admin pun rasa kurang best kerana Anugerah Gandingan Layar Serasi tidak diumumkan di malam anugerah..dah record siap-siap..alangkah gembiranya admin kalau Jozan naik pentas sama-sama dan berpelukan..tapi takpelah asalkan anugerah tu milik Jozan selama-lamanya..Zizan pun tak sempat nak buat ucapan panjang-panjang semasa menang award sebab terkejar-kejar..kategori online pun semua wish record sahaja..tak cukup masa mungkin..haha tak kira..award Jozan menang kenalah buat live please..




Admin kurang gemar mendengar komen-komen orang sekeliling dengan anugerah yang Zizan terima iaitu Anugerah Pelakon Komedi Popular..admin bukan jenis pilih kasih..asalkan salah seorang dari Jozan menang admin dah puas hati la..memang ramai beranggapan Johan lebih layak dari Zizan tapi bagi admin kedua-duanya sama kelakar..kalau diberi pilihan memang susah nak pilih sebenarnya..jadi kepada semua peminat dunia lawak..admin rasa kurang sesuai jika membanding-bandingkan kedua adik beradik Jozan ini..sedangkan mereka  berdua positif dan terima sahaja keputusan..sebagai peminat..kenalah usahakan yang terbaik..sememangnya hanya seorang yang bergelar pemenang dan kali ini rezeki kepada Zizan..jadi sama-sama undi untuk Johan pula tahun depan..Zizan sendiri bersyukur anugerah tersebut masih milik Jozan..Johan dan Zizan memang hebat dan janganlah kita melaga-lagakan Jozan..sedih Jozan tau..


Tentang Anugerah Penyampai Radio Popular pun sama..semestinya admin pilih Johan kerana menaikkan rating Era menjadi Radio No 1 di Malaysia dan sangat menceriakan admin pagi-pagi..siap pakai earphone tau di office nak dengar Era punya pasal..mungkin hikmahnya Johan kena usaha lagi lebih..semua peminat pun kena pastikan Johan menang untuk tahun depan dan seterusnya ok..Johan dah jalankan tanggungjawap dia..selebihnya peminat semua untuk menilai dan menyokong..


Admin juga perasan Zizan kurang membuat lawak di ABPBH haritu..mungkin nervous sangat agaknya..Zizan kan memang senang menunjukkan perasaannya..bagus juga ada Johan di sisi untuk cover Zizan pada malam itu..semasa nak umumkan Bintang Paling Popular pun Zizan sampai tersilap cakap..mungkin perasaan bercampur-campur sebab bukan pemenang..jangan sedih-sedih Zizan..ada rezeki adalah..yang penting bersyukur dah dapat 5 anugerah..dengar cerita Zizan nak buat majlis kesyukuran..jemput Johan sekali tau..hehe admin ingat nak join...


Akhir sekali admin ingin berkongsi tentang pemakaian..admin harap Zizan akan membaiki penampilan tanpa rantai..admin dengar Zizan cakap tentang rantai Pandora yang ditaja..Zizan dah cukup bergaya dah..pakaian artis-artis perempuan semua admin dah tak mahu komen kerana anda semua tahu siapa anda..sama-sama kita perbaiki diri kita ok..kita semua bukan sempurna tapi setiap hari kenalah menjadi lebih baik dari semalam..


ABPBH kali ini yang paling admin nanti-nanti hanyalah kerana Jozan..kalau tak memang admin nak layan tak nak layan (ehh dialog Zizan dalam Super Spontan pulak)..admin percaya Jozan memang terbaik untuk menjadi hos mana-mana majlis..mungkin berdua sahaja sudah baik..hihi..


Admin tutup entri ni dengan dua video di bawah ini k..credit to owners video ini..ramai tau orang tengok video ni..


Perasan tak yang Johan tak berapa pandang camera dan tangan asyik tujukan pada seseorang? Perasan tak yang Zizan ada di bawah stage dan hulurkan tangan selepas Johan habis perform?




Perasan tak Zizan asyik pandang belakang semasa rap sebelum Johan masuk? Perasan tak Johan pergi menyanyi sebelah Zizan sebelum mengganggu Black?


Inilah Jozan yang selalu sokong menyokong antara satu sama lain..tahniah sekali lagi Jozan..

Monday 8 April 2013

Kenangan Terindah ABPBH 2012 Bersama Jozan


Tahniah Jozan di atas kemenangan di Anugerah Bintang Popular 2012(ABPBH) yang baru berlangsung Ahad haritu..harini admin nak cerita kenangan terindah admin menonton ABPBH tapi di rumah sahajalah ye..

Admin mulakan dengan apa yang paling menggembirakan admin dahulu..petang sebelum event, admin nampak ada ahli Johan Twitter Family (JTF) kongsi di wall group tentang video Keek Fizzo Omar..admin terus excited sebab dari video yang beberapa saat itu..Fizzo record Johan sedang rehearsal lagu Sayang yang gedik tu..dalam video tu siap ada Zizan tengah gelak sakan sampai pegang pipi…comel sangat keduanya..thank you Fizzo sebab share video ni..

Dari situlah..ramai yang cakap Johan akan jadi hos ABPBH juga sekali dengan Zizan dan Fara Fauzana..betulkah? dari sumber-sumber yang admin jumpa..Johan tidak ada dalam senarai persembahan tapi kenapa ada video rehearsal tu? Hihi..hati berbunga-bunga dan makin tak sabar nak tunggu malam..

Tekaan admin dan semua peminat Jozan tepat..yeayyy Jozan bergabung jadi hos bersama Fafau..Zizan siap cakap tak best rasanya berdua dan Zizan announce “terimalah Johan”..wahh semua bersoraklah kan..tak sia-sia ramai peminat request dalam Twitter dan Facebook untuk lihat Jozan bergabung..Johan muncul dengan Kak Ozlynn dan anak-anak mereka..comelnya Sodiq macam blurr-blurr gitu..siap tutup telinga sebab muzik bising sangat..kesian dia..Zizan ada cakap something sweet tau..”anak-anak Johan adalah anak-anak saya juga” wahhh cair sudahh..Johan pun ada cakap “my wife is my everything”..sweet sangat..bertuah Kak Ozlynn..

Sepanjang majlis tu..admin hanya focus pada Jozan sahaja dan award yang mereka bertanding..yang lain sorrylah I tak layan..setiap kali Jozan bercakap admin mesti extra focus..persembahan parody Sayang tu sangat best lah dari Johan..kalau semua perasan..semasa Johan duduk atas kerusi tu..Zizan ada kat bawah stage tau tengah tengok Johan..live depan-depan lagi walaupun dah tengok time rehearsal..mungkin Zizan tukang record atau saja nak tengok lagi atau mungkin Johan request nak pandang Zizan masa perform..admin rasa Johan tak pandang camera masa perform tu..mungkin tak Johan pandang Zizan? Comel sangat..Zizan memang takkan lari dari Johan..suka berkepit ye..tapi admin suka sangat..bila Johan habis perform..Zizan pergi dekat stage hulur tangan dan Johan hulur tangan balik..inilah rutin mereka setiap kali lepas perform..sama macam bila Super Spontan..nanti admin share video dari Youtube ok..

Masa Fafau terima award pun Jozan dua-dua jadi body guard kononnya lah kan nak tolong..bila nak announce siapa Artis Paling Popular pun Fafau siap cakap “Johan dan Zizan memang tak boleh duduk bersama nanti habis majlis” Zizan memang suka sangat duduk sebelah Johan…kalau Zizan bersama artis lain dia akan lebih serius dan skema baca skrip..part penutup pun first time admin tunggu sebab Jozan perform..dua-dua dah lari tinggalkan Fafau dan get ready belakang stage rupanya nak sedia untuk perform..semasa Black dan RJ nyanyi..Zizan keluar rap dahulu dan lepas tu Johan keluar sambil nyanyi lagu Aku Maafkan Kamu..admin perasan Zizan asyik pandang belakang tengok Johan dah keluar ke belum..memang risau betul dia kan..tak peduli pun pada Black dan RJ kat atas stage tu..masa nyanyi pun Zizan berdiri sebelah Johan..ish comelnya dua orang ni bersama..

Admin gembira kerana Jozan pulang dengan Anugerah Gandingan Layar Serasi..memang paling serasi dalam Malaysia lah..Zizan juga pulang dengan 5 anugerah..ucapan Jozan bila menang award memang tak boleh tahan..kelakar sangat..”jangan lupa undi kami tahun depan”..”hidung saya paling stylo di Asia Tenggara”..walaupun Johan tidak berjaya mendapat Anugerah Penyampai Radio Lelaki dan Komedi Popular..tapi admin percaya Johan dah cukup gembira malam tu..Zizan ada cakap dalam Tonton.com yang dia bersyukur Anugerah Lelaki Komedi Popular masih milik Jozan..kalau tahun lepas Johan tahun ini Zizan pula..gilir-gilir lah kot..admin juga percaya Johan gembira Zizan merampas kembali anugerah darinya..ibarat bagi hadiah kepada orang yang tersayang..beralah kepada adik..Zizan pun sampai berlari-lari nak ambil award..sampai mic dan tie pun berserabut..



Entri lepas ini admin cerita perkara tak menggembirakan admin pula k..lepas ini pastikan semua majlis-majlis berprestij pilih Jozan ye sebagai hos…memang meriah sangat..tak sabar tunggu Raja Lawak 7..

Saturday 6 April 2013

Jozan adalah Kembar


Admin suka bila Jozan selalu 'matching' bila bergaya..nampak kembar sangat..gambar-gambar di bawah ini admin share kepada semua..antara beberapa gambar Jozan menjadi kembar..
Ketika Kampung Prima 105 sebagai Kabu dan Kabi


Adegan di dalam Oh Yeah! siap baring sebantal gitu..sweet sangat :)


Silent comedy ketika di Maharaja Lawak

Ketika menjadi pengacara Raja Lawak mestilah kena lagi kembarkan..admin perasan sejak Raja Lawak 4 ke atas..pakaian Jozan semakin cantik dan bergaya..mungkin kedua-duanya juga lebih berisi jadi cantik terletak bajunya..yang sponsor pun mungkin grand-grand ..bila kembar ini menggayakannya..makin hensem dan smart lah kan..untung designer-designer ini semua kan..


Tapi bagi admin dalam banyak-banyak gambar Jozan bersama..gambar di bawah ini paling admin suka kerana admin rasa baju di bawah adalah koleksi Jozan sendiri..admin tak pasti adakah semuanya kebetulan sweater Jozan hampir sama atau Jozan beli bersama-sama atau mungkin hadiah daripada seseorang..kalau sesiapa tahu tolong share dengan admin k..teringin nak tahu sejarah sweater ini..comel sangat kan? sebab comel lah admin edit dan  jadi profile picture blog ini..gambar Johan admin ambil dari twitternya..gambar Zizan pula admin ambil dari video klip Mamee Bawaku Pergi.


Teruskan menjadi kembar ok Jozan :)

Thursday 4 April 2013

Good Luck Jozan!

Anugerah Bintang Popular 2012 tinggal beberapa hari sahaja lagi..admin pun turut berdebar tapi yang pasti..Jozan mesti lagi berdebar kan?

Kalau tahun 2011, Jozan masing-masing pulang dengan anugerah..admin harap dan agak yakin tahun ini pasti Jozan tidak pulang dengan tangan kosong..berkat usaha Jozan yang ikhlas menggembirakan semua peminat dan kerja keras mereka berdoa..admin doakan yang baik-baik sahaja untuk Jozan..


Kalau tahun lepas Johan pulang dengan Anugerah Pelakon Lelaki Komedi..harap tahun ini pun sama..bukan Zizan kurang kelakar tapi admin rasa Johan lebih layak untuk anugerah ini..Zizan pasti akan pulang dengan anugerah punyalah..tak mustahil boleh jadi Artis Paling Popular..lapan pencalonan tu..Johan pun admin rasa akan merangkul anugerah Penyampai Radio Paling Popular..terhibur admin setiap pagi dengar gelagat Johan di Era..

Dalam banyak-banyak anugerah yang dipertandingkan, admin paling tunggu Anugerah Gandingan Layar Serasi..admin teringin sangat Jozan menang bersama dan berpelukan..tiada artis lain yang boleh lawan keserasian Jozan..harap-harap tak sia-sia admin vote online tu..

Jangan risau ye Jozan, kalau ada rezeki adalah..kalau tekaan admin betul..tahniah awal-awal admin ucapkan..jangan lupa ambil gambar bersama banyak-banyak tau..haa sebelum terlupa..nanti abg Zizan tolong abg Johan naik stage tau..abg Johan kan tak berapa sihat lagi..prepare ucapan siap-siap ye..hehe jangan lupa syukur pada Allah dan mention kami semua peminat Jozan ye..hehehe :)

Teringin sangat nak Jozan jadi hos ABPBH 2012..tapi takpelah..mungkin tahun-tahun depan..

Tuesday 2 April 2013

Jozan Manja Ke Der?

Bagi admin, bukan senang untuk melihat gelagat kawan baik untuk menunjukkan kasih sayang di khalayak ramai khususnya jika kawan baik itu adalah lelaki..kalau perempuan itu biasa sahaja..siapakah kawan baik yang admin maksudkan itu? mestilah Jozan kan..

Kasih sayang yang Jozan tunjukkan adalah spontan atau mungkin tanpa mereka sendiri sedari. Hanya orang di sekeliling yang perasan betapa mereka saling sayang menyayangi dan manja sesama sendiri..


Semua sudah tahu yang Zizan memang manja orangnya..almaklumlah anak bongsu pula kan..Zizan lebih senang meluahkan 'i love you' kepada sesiapa sahaja termasuklah peminat dan Johan..tapi pada admin..Johan agak tegas dan sukar menunjukkan sayangnya beliau pada seseorang..Johan lebih kepada perbuatannya..tak perlu diucap setiap kali..cukuplah masing-masing memahami..


Contoh paling ketara ketika mereka mengacarakan Raja Lawak atau apa-apa program bersama..admin perasan Johan memang selesa dengan Zizan..dan Zizan pun begitu juga..biasalah kalau kawan baik tu sakat-menyakat..admin pun geli kalau baik je sepanjang masa..tapi admin tahu dalam gurauan tu Jozan memang selalu gembira bersama..Johan pula kalau dengan Zizan je dia baik sikit..maksud admin tak garang sangat..boleh manja melampau..kalau dengan pelawak lain memang dia garang..lagi-lagi kalau part jadi kekasih ke kan..kalau tak percaya boleh tengok Karoot Komedia..


Paling terkini admin perasan masa Lawak Minggu Ini Bersama Zizan..kononnya Mael Lambung dah insaf dan nak kahwin dengan girl friend dia (Mamat ex Sepah)admin perasan Zizan macam tak berapa berani atau selesa buat adegan bercinta..sampaikan ibu admin yang tengok pun boleh cakap.."tak berapa serasi Zizan kalau bukan dengan Johan" mungkin Jozan selalu bersama dan peminat suka bila Jozan bersama..entah kenapa..admin pun ‘jealous’ tiba-tiba bila Zizan ‘bercinta’ dengan Mamat..haha..rasa Johan je sesuai..

Video kat bawah ni admin kongsi (credit to video owners yang super rajin) ketika final Super Spontan..moment yang hampir sama tapi satu record sendiri..satu lagi dari Astro..boleh nampak kan friendship Jozan yang super sweet dan manja tu kan..admin rasa kalau lama lagi Kak Adibah nak umumkan pemenang..confirm Johan menangis sekali..lagi-lagi bila emcees sebut "persahabatan mereka tidak dapat disangkal lagi" "jangan berpecah"..Zizan memang terus nangis dan peluk Johan..manjanya dia dengan Johan..



                                  

Rasanya setakat ini dulu admin share kasih sayang Jozan..ada banyak lagi babak manja Jozan ini sebenarnya..admin tinggalkan semua dengan snap shot Super Spontan Episod 7..masa ni tengah main pantun 2 kerat..walaupun sekejap je dalam 3minute kot masa Jozan bersama..tapi comel sangat..haha Zizan memang tak boleh lawan Johan kalau main sama-sama..maybe tak boleh tahan gelak kot..Johan pun baik je layan Zizan..admin tulis balik dialog Jozan k..



Zizan : Anak melayu main koni-koni
Johan : Apa tu? koni-koni? (gelak comel)





Zizan : Main koni-koni (sambil buat gaya) Buat apa sini?
Johan : (sambil gelak & tolak bahu Zizan) Koni koni..tak boleh..tak boleh..




Zizan : (muka blurr) Koni kak Koni..
Johan : Tak boleh..tak boleh..


Zizan :  (pegang bahu Johan) eh eh eh..budak-budak pergi sekolah..baiklah aku blah..