Wednesday 27 March 2013

Review : JTF Movie Day Out bersama Johan Raja Lawak

Pada hari Jumaat, 8 Mac 2013 yang lepas, admin berjaya meluangkan masa untuk menonton Lawak Ke Der 2 bersama Johan Twitter Family (JTF)..mula-mula admin diberitahu yang Zizan Twitter Family (ZTF) pun mengadakan Movie Day Out ZTF tapi memandangkan komitmen keluarga, admin pilih Movie Day Out JTF..kalau boleh nak pergi dua-dua tapi apakan daya tak mampu..ampun ye ZTF kerana last minute cancellation..keluarga ZTF sangat meriah dan baik-baik semuanya..

Admin dan adik sampai di Wangsa Walk pada jam 815 malam..wayang start pukul 830 malam gitu..dah risau-risau takut tak sempat nak ambil tiket dengan Kak Lidya (adik Kak Ozlynn) dah..mengikut kata admin JTF (Fyza)..in sha Allah Johan join dan admin menjadi wakil JTF untuk interview Abg Johan kerana ramai admin ada komitmen lain..lagilah nervous kan..siap praktis soalan kat rumah banyak kali tau takut terlupa..tapi admin ingatkan Abg Johan takkan datang..iyelah artis glamour dan rasanya Abg Johan belum sembuh sepenuhnya lagi..tapi admin silapppp..Abg Johan datang...gigil-gigil terus admin nampak Abg Johan..yelah first time..

Abg Johan sangat peramah ok..admin sangat tak sangka..bila admin ambil gambar Abg Johan walaupun secara curi-curi..Abg Johan siap pose lagi..sorry tak share semua di sini kerana admin dah share di group JTF..kalau nak tengok joinlah kami di sini

Sampai-sampai admin terus cari Kak Lidya dan bagitahu admin wakil JTF..Kak Lidya cakap " ok kejap lagi k..kita tengok wayang dulu nanti tak sempat" Admin dah gelabah dah tak tahu nak buat apa..so pandang je lah Abg Johan sambil pegang paper bag yang berisi hadiah..Abg Johan sebelah admin je masa tu..so admin rasa tak boleh jadi ni..kena bercakap jugak..admin tego Abg Johan dan beritahu admin wakil JTF nak interview nanti..bila masa sesuai nak interview..Abg Johan cakap "ohhh hai..kita tengok wayang dulu k nanti interview..dah nak start dah ni" admin cakap ok boleh dan pass hadiah dekat Abg Johan..Abg Johan siap cakap "saya nak paper bag awak sekali boleh?" hahah comel..confirmlah boleh kan..sempatlah admin bergambar dengan Abg Johan dua kali..admin ada tegur dan ambil gambar dengan Kak Ozlynn yang putih melepak tu..jealous nampak kulit die yang bersih tu..admin cakap terima kasih pada Kak Ozlynn sebab selalu reply instagram admin..bila admin bagitahu nama admin..kak Ozlynn terus cakap kat Abg Johan " eh uu..ni lah intanmarliana tu.." wahh biar betul Kak Ozlynn dan Abg Johan ingat nama admin..haha saje ambil hati kot..kalau betul-betul ingat terharunyaaa..


rambut Johan yang kembang itu..

Dah pukul 830 dah..admin dengar Abg Johan dan Kak Lidya bagitahu peminat Jozan supaya pergi menonton wayang..admin masuk hall pun filem dah start part Nabil..admin tak pasti Abg Johan menonton bersama atau tidak kerana gelap..hanya dengar suara orang gelak je..

Bila show dah habis..semua berkumpul balik..Abg Johan memang dah sibuk masa ini..ramai sangat bergambar dengan Abg Johan..admin risau juga kalau Abg Johan lupa sesi interview tu..manalah tau dia tak larat terus balik ke kan..jadi apa admin buat? hehe admin sentiasa berada dekat dengan Abg Johan dan Kak Ozlynn supaya kalau mereka free..bolehlah tanya sekali lagi..admin memerhati gelagat Abg Johan dan Kak Ozlynn dari jauh..sempatlah juga ambil gambar peminat yang ramai datang itu..memandangkan admin berdiri dekat dengan Abg Johan..bila Abg Johan free sekejap dia akan bersembang dengan admin..contoh ayat admin ingat.."sekarang saya dah tau masa bila nak reply tweet di pagi era..kena pukul 7 pagi ke atas baru takde tweet limit" lepas tu dia sambung bergambar lagi..admin rasa beribu keping gambar malam tu sahaja..peminat pun ramai sangat...meriahh..



Bila admin nampak Abg Johan dah makin berpeluh-peluh tapi masih layan peminat..admin tergerak hati nak tanya kalau Abg Johan masih sudi ditemu ramah..nak tahu apa Abg Johan jawap "kejap lagi sikit lah ye..kita relek-relek sikit..panas lah kat sini..kita pergi dekat kereta nanti k..baru feeling sikit nak cakap panjang-panjang"...wahhhh terharu admin dengar jawapan Abg Johan..selepas 45 minit gitu..akhirnya Abg Johan cakap terima kasih kepada semua yang menyokong Johan dan Jozan dan harapnya akan jumpa lagi selepas ini..semua bersurai..

Admin pun ikut Abg Johan..Kak Ozlynn dan beberapa kawan rapat mereka..admin jalan belakang Abg Johan masa ni..Abg Johan terus bukak sweater dan topi Jozan..panas katanya..Abg Johan pun terus ikat rambut yang gerbang-gerbang gitu..haa baru kemas admin nak bergambar sekali lagi..admin biarkan Abg Johan bertenang dulu..kesian dia berpeluh-peluh..

                                                          
Abg Johan nak pose lagi tapi admin pemalu terus lari..
Abg Johan cakap "alaa kejapnya" rugiii sangat rasanya jadi pemalu

Bila  Abg Johan kata ok dah sedia baru admin mulakan soalan macam dalam video di bawah ni..sorrylah ye kalau ada yang tak clear kerana rakam guna handphone sahaja..tu pun tahan nak gelak dan nervous..bercampur-campur lah perasaannya..semasa sesi interview ini..Kak Ozlynn ada di sebelah kanan Abg Johan tapi admin tak sempat record..kalau semua perasan Abg Johan ada pandang kanan..dia pandang Kak Ozlynn masa ni..


Selepas sesi admin, Jozan FC pun ada interview..kemudian kami bersurai..admin sangat berpuas hati dan gembira sangat dapat berjumpa face to face dengan Abg Johan..sangat tak sangka Abg Johan seperamah ini..Abg Johan sangat menghargai peminat yang sentiasa menyokongnya..

Walaupun admin tak dapat join Movie Day Out 2 bersama Abg Johan..tapi admin yakin Abg Johan sentiasa menghargai peminatnya...terima kasih daun keladi Abg Johan dan semoga sukses dalam kerjaya dan bahagia bersama keluarga tersayang..

Harap dapat jumpa Abg Johan dan mungkin bersama Abg Zizan akan datang...confirm admin tak boleh tidur dan senyum sampai ke telinga lagi :)

Jozan : Lawak Ke Der 1 vs Lawak Ke Der 2


Rasanya tak perlulah admin cerita panjang-panjang tentang Lawak Ke Der 1..semua sudah tahu sketsa Ismail Harun Salim Bachik/Mael Lambung/Zizan dan Kuat Kin Chin/Ah Chai/Johan kan?..dari zaman persekolahan adoi ter ber..Kin Chin dibuli Ismail sehingga bertemu kembali bila masing-masing dah besar..seorang jadi Along seorang lagi jadi penarik kereta professional..

Admin rasa nak buat comparison harini..Lawak Ke Der 1 (LKD1) vs Lawak Ke Der 2 (LKD2) specifically about Jozan..bagi admin lah..dari segi content..LKD1 lebih padat..banyak cerita yang ingin Jozan sampaikan..kalau tak silap admin Jozan ada pergi ke Dewan Bahasa Pustaka untuk buat research ye..bukan betulkan lantai bangunan..semua boleh tengok sidang media pelawak-pelawak di Youtube ok..menurut Jozan, Johan dan Zizan pergi bersama ke sana untuk berbincang penggunaan perkataan yang sesuai ketika membuat persembahan LKD1..kagum admin dengan effort Jozan..ingat buat lawak ni pakai redah je ke? kena buat research dulu tau supaya tak menyinggung perasaan sesiapa..kerana itulah sketsa LKD1 sesuai untuk tontonan umum..

LKD2 pun best tapi memandangkan cerita cinta tiga segi jadi banyaklah adegan-adegan hanya untuk penonton 18 tahun ke atas tengok..tapi bagi admin yang dah tua ni..admin lagi suka tengok adegan lelaki best friend gedik sesame sendiri daripada adegan artis lelaki perempuan beradegan tak senonoh..itu seharusnya kita kritik..



Admin juga kagum dengan Jozan kerana ayat-ayat yang disebut ketika LKD1 dan LKD2 menjadi trending dan ikutan ramai..contohnya di LKD1.."last payyper"..admin dah tengok video diorang banyak kali..rasa macam dah hafal dah semua dialog Jozan..hebatkan penangan Jozan..untuk LKD2 pula..semestinya "don't say any word

Admin suka bila Jozan guna teknik lampu..kejap kat Johan kejap kat Zizan..Jozan memang pandai guna semua props yang ada..kalau dalam LKD1..ampaian pun boleh jadi tempat nak tahan gelak..dalam LKD2..masa Zizan nak terjatuh dari kerusi pun Johan buat-buat busy kemas meja..haha..

Part Jozan menyanyi semestinya admin tunggu-tunggu..ada 3 lagu setiap Lawak Ke Der..memang enjoy sangat dengar..dahlah suara masing-masing sedap..pleaselah buat lagu bersama..Apek dah ada Aspalela..mesti Jozan boleh buat sehebat atau lebih hebat dari itu..

Babak tak menjadi pun banyak juga..haha tapi babak inilah yang menjadikan admin lagi ketawa sebab Jozan sendiri tak tahan gelak..macam-macam bahan jadi tempat nak cover Jozan dari gelak seperti kertas..belakang partner masing-masing..rambut Johan..hahah..

Chemistry Jozan yang memang kuat menjadikan sketsa Jozan tiada cacat cela..memang terbaiklah setiap kali admin tengok sebab memang spontan..admin pun musykil macam mana lah Jozan boleh jadikan sketsa yang sepatutnya berskrip kepada spontan..suatu hari nanti kalau berkesempatan jumpa Jozan..teringin admin nak tanya...serius susah..hanya yang terpilih dianugerahkan bakat yang hebat ini..


Setiap persembahan pasti ada perkara yang perlu diperbaiki..kalau Jozan membaca entri ini..jangan fikir negatif ye..admin sentiasa sokong Jozan tapi hanya berkongsi idea untuk menambahkan lagi kualiti lawak Jozan..admin harap Jozan dapat elakkan penggunaan kata-kata kesat seperti memburukkan diri sendiri..takmau lah dengar perkataan bangang, lahanat tu semua please..rasanya untuk LKD2 lah kot..sensitif sikit lah ayat-ayat tu..please jangan guna lagi k..lagi satu tak perlu lah kot pakai rantai untuk performance..lelaki kan haram..Jozan dah cukup power dah dengan idea spontan korang..

Teruskan menggembirakan hati admin dan seluruh peminat Jozan k..rindu kami nak melihat aksi Jozan bersama lagi..

Tuesday 26 March 2013

Lawak Ke Der 2 Bersama Jozan Part 2

Ini adalah sambungan entri Lawak Ke Der Part 1..siapa yang belum baca boleh klik sini.

Kita sambung apabila Johan pula menjadi Nazmidah..haha memang kasihan admin lihat Zizan tapi admin tahu Jozan tak kisah pun adegan sakat menyakat ni..memang habis Zizan kena..bukan setakat admin..malah seluruh wayang gelak melihat Zizan disakat Johan..ketiga-tiga kali admin pergi..satu wayang gelak besar melihat Jozan..

Bila Zizan buka pintu selepas loceng rumah di-ehem-ehem, Johan terus meluru masuk, menangis dan melompat baring atas sofa..Zizan yang terkejut terus buat lompat jauh atas Johan..bila Zizan tanya "kenapa sayang? cakap dengan abg"..lembut je Zizan tanya..Johan yang dah lama menunggu saat balas dendam terus tarik dan serabutkan rambut Zizan sepuas hati sampai tergolek Zizan jatuh..part ni wajib tonton sebab Zizan tak boleh marah dan Johan macam puas hati dapat balas dendam..Zizan just cakap "hebat permainannya..hebat permainannya"..bila Zizan tanya sekali lagi..kali ni Johan tarik Zizan dekat-dekat dan geletek Zizan pula..haha Zizan sampai jerit "sayang!!" mungkin sebab geli sangat tak tahan atau suruh berhenti..

Kalau korang semua tengok gambar di atas ni..jangan fikir pelik-pelik k..ini adalah scene sweet seterusnya bila Johan paksa Zizan cop surat/kertas pembahagian harta..Zizan yang blurr macam tak boleh bercakap sebab setiap kali Zizan minta Johan explain..Johan akan buat aksi tu sambil cakap "shh..don't say any word"..Zizan memang tak tahan gelak siap jerit lagi sebab stress kot tak boleh melawan..memang bestlah part Jozan time ni..bukan sekali ye..tiga kali Johan buat macam ni..masa lepas Zizan dah cop kertas dengan laci meja..Zizan ada cop kepala Johan pula..Johan apa lagi..siap peluk dan genggam leher Zizan kuat-kuat sambil buat aksi macam dalam gambar tu lagi..Zizan sampai tolak-tolak badan dan tangan Johan sebab tak ingin adegan tu..akhir sekali bila Johan dah salam..Zizan balas dendam bila dia pula buat "don't say any word" kat Johan..tapi Zizan macam geli..dia tak tahan lama dan tolak Johan jatuh atas sofa..haha admin rasa Zizan cakap dalam hati yang padan muka asyik buli aku je..

Johan terus merajuk lari sebab Zizan tolak dia macam kasar..Zizan pergi pujuk balik dan Johan cakap "come here" untuk tunjuk cara sebenar nak buat aksi tu..ahh sweett sangat part ni..siap panggil Zizan manja-manja..Zizan yang memang geli macam tak ingin je pergi dekat Johan tapi datang juga..

Suka tu suka..dalam kita bergelak ketawa..setiap cerita pasti ada pengajaran..walau apa terjadi sahabat tetap selamanya..walau apa terjadi persahabatan Jozan tidak akan terpisah..kemudian Jozan menyanyi lagu Sahabat Selamanya - Upin Ipin..admin nampak Johan ada kesat mata dia mungkin cam bergenang air mata kot..Zizan memang dah muka sebak dah bila last dah peluk..

Wahh..memang berbaloi admin pergi menonton Lawak Ke Der 2 sebanyak tiga kali untuk Jozan..in sha Allah admin doakan Jozan sentiasa bersama sampai bila-bila..amiin~




Lawak Ke Der 2 Bersama Jozan Part 1


Admin tak berkesempatan untuk ke Istana Budaya menyaksikan Lawak Ke Der 1 dan Lawak Ke Der 2 tapi semestinya untuk menyokong Jozan,  admin telah menonton Lawak Ke Der 2 (Filem) di panggung wayang sebanyak 3 kali..hahaha..sekali mana cukup kan..yang paling menggembirakan admin adalah..kali pertama admin menonton wayang bersama Johannnnnn..ada siapa-siapa jealous dengan admin tak? Hehee jangan jealous..ada rezeki nanti korang jumpa Johan dan Zizan pula k..ini pun kali pertama admin join event Johan Twitter Family..bagaimana dan apa pengalaman admin? Next entri admin cerita ok..

Entri kali ini adalah review admin tentang Lawak Ke Der 2 bersama Jozan..jadi admin takkan sentuh persembahan pelawak lain..ok sikit je..admin paling suka Harith Iskander..his jokes were simply brilliant and intelligent kata kooo..perbezaan lelaki dan perempuan memang tepat sekali..memang nampak sangat Harith Iskander membuat research dan menyusun lawak beliau walaupun hanya bersendirian..memang powerlah!




Apa yang menarik tentang performance Jozan?

Seperti biasa..mestilah chemistry, keserasian dan aksi sweet mereka.. Jozan membawakan sketsa di mana Nazmi (Johan) dan Nazman (Zizan) bercinta dengan perempuan yang sama iaitu Nazmidah (Jozan) yang ingin merampas harta mereka dengan cubaan membunuh keduanya..tetapi Nazmidah yang mati kerana terminum racunnya sendiri. Ada part flash back dalam sketsa ini dan Jozan bergilir-gilir menjadi Nazmidah..
Jozan sememangnya pandai menukar karakter..sekejap jadi kawan serumah, sekejap jadi perempuan gedik (tanpa perlu berpakaian perempuan) dan sekejap jadi boyfriend yang lembut je layan kekasih hatinya..

Jom admin cerita part mana admin paling suka tentang Jozan dalam Lawak Ke Der 2 ni..firstly..penceritaan yang jelas dan gedik sesame sendiri..admin nampak Zizan lebih baik ketika menjadi Nazmidah berbanding Johan menjadi Nazmidah..mungkin kerana bila Zizan jadi Nazmidah dulu jadi tak berkesempatan nak ‘balas dendam’ pada Johan..admin suka bila Zizan tarik rambut Johan dan Johan cakap “hebat permainannya..jaga..jaga..” Zizan terus pegang tangan Johan sambil senyum-senyum..bila Johan dah cop borang/surat dengan kasut..Zizan kiss Johan (berlapikkan kertas), pegang peha Johan dan cakap “abg kiss Naz…abg tak sayang Naz..abg tak sayang Naz..nak sekarang”..Zizan siap buat-buat merajuk dan Johan pujuk cakap "bukan begitu Naz"..haha lawak gila lah part ni..Johan sampai tersenyap tak tahu nak cakap apa bila Zizan tergedik macam tu..kemudian Zizan sambung cakap “ kalau macam tu abg kiss Naz”..terus Johan cakap “ehh..lagilah tak boleh” sweet sangat moment ni sebab masing-masing gelak dan layankan je lah aksi mengada si Zizan tu..

Bila Johan pula menjadi Nazmidah..memang habislah Zizan kena..bukan setakat admin..malah seluruh wayang..ketiga-tiga kali admin pergi..satu wayang gelak besar melihat gelagat best friend forever ni..part mana yang paling admin suka? next entry pula k..gambar tak banyak boleh share sebab dalam wayang gelap takut kena marah ambil gambar nanti :)


ini scene Jozan menyanyi di Istana Budaya tau


Monday 25 March 2013

Rancangan Serasi Bersama Jozan - 1 (Maharaja Lawak Mega 2012)

*Drum rolls*
Tempat pertama yang admin pilih untuk Rancangan Serasi Bersama Jozan semestinya Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012!

Admin secara peribadi merasakan inilah program terbaik penyertaan Jozan bersama kerana di sinilah admin boleh rasa secara dekat persahabatan dan keserasian Jozan yang kita semua sayangi. Bukti kasih sayang dan sokongan peminat apabila Jozan sentiasa berada di tangga teratas dari minggu pertama sehingga final..ramaikan peminat Jozan..iyelah bukan senang untuk menghiburkan hati peminat dan Jozan sentiasa mencuit hati kita semua..

Admin akan review beberapa minggu yang admin rasa ada memberi impak kepada Jozan dan peminat hampir secara keseluruhannya..admin seorang yang susah ketawa untuk sebuah rancangan lawak kerana bagi admin..semuanya sudah dirancang..macam ada skrip gitu..tapi lain untuk Jozan kerana lawak mereka adalah spontan..admin kagum cara mereka berkomunikasi dan brainstorm idea..susahnya kan..


Kesan Johan sebagai ‘Awie’ (minggu pertama) dan Zizan sebagai ‘Ustaz Azhar’ (ketika beraksi berseorangan) dan tagline mereka pilih menjadi fenomena dan trending kan..di Twitter, Instagram, Facebook dan kehidupan peminat Jozan..hahah..”ini semua poyo” dan “napok sama tapi bukang dia”..siap Jozan jadikan rancangan bersama di final MLM tuh macam summary/conclusion terbaik persembahan di MLM kan..Persembahan Jozan memang sentiasa admin tunggu kerana sketsa mereka unik..contoh ketika Minggu 2 bila Jozan menggabungkan Anakku Sazali dan Bawang Putih Bawang Merah..admin tak sangka perubahan jalan cerita sebegitu..chemistry Jozan paling superb ketika tema Kembali Ke Sekolah..haha rapatnya muka Jozan bila betulkan tudung..Johan pun comel je cakap lembut dengan Zizan..dan semestinya Zizan ada cakap “but I still love you”..ketika ini Johan sedang sakit kaki..admin perasan Johan urut kaki masa ni tapi persembahan Jozan sangat menghiburkan admin..




Dugaan paling besar Jozan apabila Johan tidak dapat bersama Zizan untuk dua minggu selepas itu..sedih admin tengok Zizan seorang diri..bukan senang untuk melawak tanpa best friend lagi-lagi dah hampir ke final..ada lawak yang kurang menyengat mungkin kerana Zizan sibuk dengan komitmen lain atau mungkin Zizan stress mencari idea dan banyak perkara difikirkannya..admin dapat tahu yang selepas persembahan pertama Zizan di Terengganu, Johan ada called Zizan memberikan kata semangat walaupun dari hospital..individu terdekat mengatakan Zizan yang manja tu menangis mungkin terharu dan mengharapkan Johan cepat sembuh untuk bersamanya semula..admin yakin Johan mesti rasa bersalah dan turut terharu dengan pengorbanan Zizan yang cuba sehabis baik untuk menggembirakan semua walaupun Zizan sendiri tidak segembira biasa..wahh..inilah dugaan terbesar Jozan..

Johan di Prince Court Medical Centre - instagram Johan

Admin gembira sangat bila Johan hadir dan bersama Zizan di final MLM walaupun Johan masih sakit..admin rasa agak teruk kerana jalan pun tak balance..Johan memang sayangkan Zizan walaupun tak diluah dengan kata-kata..kehadirannya di final MLM sudah cukup membuktikan semuanya kan..walaupun bagi Jozan ini bukan persembahan terbaik mereka tapi cukup menghiburkan admin..mereka boleh buat lebih baik jika cukup masa bersama..Jozan memang patut menang bukan hanya mutu persembahan mereka yang terbaik tapi keseluruhannya..sumbangan mereka kepada peminat rancangan lawak..contoh persahabatan yang sejati dan sikap tidak mudah berputus asa..boleh dapat award dah ni..

Jadi tanpa ragu-ragu lagi..100% admin pilih MLM sebagai juara Rancangan Serasi Jozan..siapa setuju sila angkat tangan k.. 


kegembiraan Jozan - instagram Zizan

Rancangan Serasi Bersama Jozan - 2 (Rooney Vs Drogba)

Tempat kedua yang admin pilih semestinya Rooney vs Drogba..pertama sekali kerana cerita ini adalah tentang persahabatan Johan dan Zizan kononnya bersekolah agama yang sama sejak kecil dan bersama mengumpul duit untuk menyaksikan bola sepak pasukan kegemaran mereka iaitu Chelsea dan Manchester United..macam-macam usaha Johan dan Zizan buat demi mengumpul duit ke luar negara..



Gambar di atas admin ambil dari Facebook Zizan ketika Jozan buat penggambaran..ada banyak gambar lagi di sini ok..apa yang admin tahu ketika ini heboh media bercerita yang Jozan bergaduh selepas mereka dapat tempat kedua di Maharaja Lawak tapi sebenarnya mereka bahagia saja..haishh admin tak suka la dengar berita yang cuba merosakkan persahabatan Jozan ni..

Kita sambung ye kenapa admin pilih Rooney vs Drogba di tempat kedua..pertama sekali cerita ini admin rasa banyak meninggalkan kesan kepada Jozan..walaupun sekadar lakonan tapi admin percaya cerita ini akan menjadi kenangan terindah kepada Jozan..isteri Johan iaitu Kak Ozlynn pun sama-sama membantu merapatkan lagi hubungan Jozan..dah macam adik beradik dah semuanya..

Dalam banyak-banyak part dalam cerita ini, ada beberapa part yang admin suka..yang pertama part Jozan nak fly dari asrama malam-malam..masa baju Johan tersangkut kat pagar lepas Zizan tolong..Zizan cakap "muslimin..muslimin" sebab Johan lari tinggal Zizan seorang..masa Jozan berborak sebelum pecahkan tabung pun best juga..bila terkenang part angan-angan Jozan nak meragut pun comel juga..nasib baik angan-angan je tau..Zizan peluk Johan over tau..dah satu badan Johan dia raba..hahahaha..ada juga part Johan cakap "aku bangga ada sahabat macam kau" walaupun lepas tu Johan jelir lidah..part ni wajib tonton punyalah..

Memandangkan cerita ini admin rasa agak spontan, admin rasa kebanyakan dialog yang disebut pun ikhlas apa yang terfikir dari Jozan..contohnya bila Johan berpura-pura berbuih-buih di resort tempat Jozan bekerja..Zizan ada cakap "ni aku sayang kau..sayang kau"..bila ada konflik Zizan marah Johan kerana tiket dah habis dijual pun bagus juga bagi admin..biar ada konflik supaya masing-masing lebih menghargai agar di luar lakonan..konflik ini dapat dielakkan..Johan macam merajuk comel bila Zizan marah dia..Zizan pulak ada cakap "Zizan tak boleh bercerai dengan Johan, kena rujuk balik"

Ketika Zizan pujuk Johan pun comel aje..tak dapat bayangkan kalau Johan pujuk Zizan sebab admin nampak Johan macam lebih serius orangnya..Zizan kan sensitif sikit..lepas tu Jozan pun berbaik..bila ada konflik sekali lagi selepas mereka terlepas flight balik ke Malaysia kerana terlajak tidur..kak Ozlynn lah yang membantu merapatkan mereka kembali dengan mencari kerja tambahan..walaupun seorang sahaja yang dapat balik ke Malaysia dan Johan terpilih..admin rasa part paling emosi ketika Zizan dan Kak Ozlynn hantar Johan naik teksi..Zizan macam nangis betul-betul bila Johan tak nak peluk dia..aishh sedih..



Admin tak suka ending cerita ni sebab tergantung..kan best kalau Johan patah balik kata nak stay di London bersama Zizan ke..atau mungkin ada sambungan lepas ini..admin ada terbaca di instagram Johan (@jozlynnhanania) yang Johan cakap budget dah tak cukup nak buat sambungan..tolonglah Astro sambung cerita ni..buat part 2 pulak..tipulah budget tak cukup untuk dua artis naungan Astro ni..

Eh lupa admin nak cerita..admin suka juga tengok gelagat Johan dalam cerita ni sebab ikut skrip..Zizan bercinta dengan Ozlynn (siap guna bukan nama sebenar..Yata..eh Yati)..Johan mesti jealous manja-manja gitu kan..hahaha..

Rasa admin lah..kalau Jozan dan Kak Ozlynn baca entry ni harapnya korang tersenyum dan hargai persahabatan istimewa korang ye..

Rancangan Serasi Bersama Jozan - 3 (Kampung Prima Babak 105)

Sekarang tibalah masa untuk pilihan tempat ketiga admin..admin pilih rancangan Kampung Prima Babak 105. Ada sesiapa pernah tengok cerita ini? Admin terjumpa link di Youtube tapi kurang viewers nya mungkin kerana tuan punya video kurang tag Jozan admin rasa..tapi terima kasih banyak kerana share salkom9 ye..admin dah download semuanya di sini.

Kampung Prima 105 adalah satu lagi cerita persiapan puasa, raya bagi Kabu (Johan) dan Kabi (Zizan) yang menjadi orang gaji di rumah Haji Kedek (lakonan ayah saudara Johan iaitu Salleh Yaacob). Cerita ini adalah adaptasi dari Kisah Si Labu Labi yang sukakan gadis yang sama cuma yang bezanya tentang hari raya.

Admin suka sangat cerita ini kerana keserasian Jozan makin terserlah..kalau tak silap admin cerita ini pada tahun 2010 kot. Part paling sweet adalah ketika Jozan berbual di anjung rumah sebab kena tidur di luar..kononnya keduanya mamai lah..mulanya Johan tanya lebih kurang macam ni "kabi..kabi..kalau hang kaya..apa hang nak buat?" Zizan cakap "aku nak kawean"..Johan pun gelak..bila Zizan tanya Johan pula..Johan pun cakap "aku pun nak kawean"..Zizan gelak sampai tutup muka tak tahan..sweet sangat Jozan masa ni sebab cakap pun slow je macam adik beradik berborak sebelum tidur..tiada marah-marah..

Zizan yang tak tahan gelak

Johan yang comel panggil Zizan

Part Jozan menyanyi bersama pun admin suka..Jozan memang hyper dan suka menyakat sesama sendiri..even tengah menyanyi dan menari pun boleh buat admin gelak tengok gelagat best friend ni..tak tahu kenapa..part Johan cakap "mecerun" dan Zizan betulkan "mercun" pun comel..mungkin cara teguran Zizan dan masing-masing saling topup dan cover membuatkan lawak mereka menjadi dan nampak real..kerana semestinya spontan..

Satu lagi part ketika Kabu dan Kabi bergaduh sekejap bila keduanya tahu yang mereka menyukai gadis yang sama..masa nak gaduh 'putus sahabat' pun Jozan boleh tergelak..sampai Zizan tutup muka dengan kain pelekat..terang-terang sangat Zizan memang tak dapat kawal nak gelak bila Johan buat lawak..terus admin teringat quote Zizan "hanya Johan mampu buat saya gelak"...

Teruskan bersama k Jozan..tiada pasangan selebriti lain yang lebih serasi selain Jozan yang admin pernah lihat..


Sunday 24 March 2013

Rancangan Serasi Bersama Jozan - 4 (Maharaja Lawak Raya)


Mengikut pemerhatian admin, untuk Tempat ke 4, admin pilih Maharaja Lawak Raya!

Baru admin perasan Jozan selalu juga shoot untuk telemovie raya dan semestinya best sangat..sesuai ditonton oleh seluruh keluarga ketika hari raya kan..lagi satu Astro pasti akan ulang cerita ini balik setiap kali raya..

Maharaja Lawak Raya mengumpulkan kesemua pelawak yang terlibat dalam Maharaja Lawak yang lepas dan semestinya ada Jozan..kadang-kadang admin pun confuse berapa banyak rancangan lawaklah yang ada..tapi tak kisahlah asalkan ada Jozan..walaupun Jozan menang tempat kedua tapi admin rasa anchor cerita itu macam Jozan je bukan Sepah..hehe..baguslah J Sepah pun bagus tapi admin lagi suka friendship Jozan..

Kisah bermula bila Mak Jemah (MJ) nak balik beraya ke kampung Zamry Rockers (ZR)..(semua tahu kan MJ dan ZR tu siapa)..tengok..awal-awal cerita pun dah melibatkan Jozan..pelawak-pelawak lain pun ada scene masing-masing tapi admin nak cerita pasal part Jozan sahaja..awal cerita je Jozan dah menyanyi bersama..Zizan seperti biasa suka rap lah kan..scene Jozan tunggu di bus stop tu best sebab MJ manja cakap “first timers balik kampung uollss” Bila Nabil datang..MJ cepat-cepat melekat dekat ZR risau diganggu..part paling comel bila MJ bergurau dengan Nabil masa nak bayar duit tiket..dia raba Nabil..ZR gelak dan dia pun kena raba jugak..jangan serius ye..ini gurau kawan-kawan baik je.. tiada lebih-lebih.. Zizan tak boleh tahan gelak bila Johan cakap “tak mahir langsung” sampai pukul-pukul beg..sebelum berakhir scene pertama, Nabil ada buat magik lah kononnya nak hilangkan Johan…Zizan siap cakap lebih kurang “kalau kau hilangkan dia..aku tumbuk muka kau”…risaunya Zizan takut kehilangan Johan ye..

Bila scene kedua..Jozan dah sampai kampung ZR..comel sangat Jozan gelak dan jadikan Shah Slam as props lawak diorang..bila Jozan berjalan di kampung..tiba-tiba datang Jambu mengganggu kononnya ZR ada hutang dengan diorang yang belum langsai..MJ apa lagi..mengamuklah dia kan orang marah-marah ZR..apa admin perasan..Jozan tak pernah tampar muka partner masing-masing macam Jambu (rasanya Along tak sengaja tertampar Tauke)..setakat tolak kepala tu pun sekali je ketika cerita Kampung Prima (nanti admin review k)..best friend janganlah pukul memukul k..part comel ketika ini bila MJ pegang tangan ZR suruh lawan “ko kena lawak Zamry..jangan gelak..kalau tak aku tumbuk muka kau”..Zizan memang tak tahan gelak dah time ni..siap tutup-tutup muka lagi..Johan pun gelak jugak..

Part last bila semua pelawak dah bergabung..Zizan dituduh pencuri walhal sebenarnya Nabil..MJ datang jumpa Tok Ketua cakap ZR tak bersalah..part ini ada MJ tertengking ZR yang hyper menyampuk..tapi MJ cepat-cepat cakap “kejap”..admin perasan bila part MJ dah habis..Zizan hulur tangan kepada Johan..admin tak tahu kenapa..maybe korang boleh tolong jawapkan untuk admin?

Bila terbukti ZR tak bersalah..ZR macam merajuk membawa diri..siap cakap “kejap-kejap..scene aku belum habis..korang pakai belasah je”..bila Tok Ketua cakap “pergilah pujuk ZR tu”..MJ yang kekenyangan makan terus pergi bersama tauke usap-usap bahu ZR..semua pun menyanyi dan habis~


Sesiapa tak dapat bayangkan..sila download cerita ini ye..admin ada simpan video ini..di Youtube tiada..tapi yang masih belajar..siapkan kerja sekolah dahulu ye..baru boleh layan Jozan.. 

Rancangan Serasi Bersama Jozan - 5 (Oh Yeah!)

Seterusnya untuk Tempat Ke 5, admin pilih Oh Yeah!

Ini adalah cerita bersiri..admin perasan pun setelah menonton di Youtube, terus download simpan dalam komputer tengok banyak kali part Jozan sahaja.. :)

Ade banyak part Jozan bersama walaupun beramai-ramai tapi mengikut pemerhatian admin, semestinya Jozan akan selalu duduk berdekatan atau saling pandang memandang (eye contact) bila buat lawak..mungkin Jozan dah biasa bersama..even buat lawak secara solo atau duduk berjauhan..mereka masih pandang muka partner seorang lagi..admin suka sangat :) pandanglah banyak kali pun sebab admin tahu pandangan sahabat selamanya atau minta partner tolong top-up lawak lagi kot..

Part yang admin paling ingat dalam Spa-Q U (Sepak U)..ada satu part Zizan berborak dengan Johan sebelum minum air Racun..Zizan tak tahan gelak sampai tak boleh bercakap..Johan terus bercakap bagi pihak Zizan..cover line baik punya :) Bila semua dah 'mati'..admin harapkan Johan akan jatuh sebelah Zizan tapi tak..kalau tak mesti lagi sweet..

Part Jozan borak di ruang tamu atas bantal pun comel..Johan macam tahu-tahu je Zizan buat ring tone lagu goyang-goyang dan jawap handphone..scene ni comel..semua mesti cari kat Youtube dan tengok k..sorry admin tak ingat episod berapa..Jozan berborak selamba je macam dah selalu je borak kat rumah..

Part Sentap Sindir Menyindir pun best juga bila Jozan dan Nabil menyewa bersama..Johan bagi contoh Zizan bila dia baca surat khabar..Johan tinggikan suara dengan Nabil aje..

The best part adalah Mendidih Bersama Zizan..memang obvious sangat Johan tak bertanya soalan mendidih..ada sekali Johan cakap dengan Zizan..itupun dia buat lawak cakap nak book swimming pool..admin paling ingat Johan ada cakap "kita sayang Zizan sebenarnya"..kalau mendidih orang lain..Johanlah paling suka tanya soalan laser..rasanya Johan banyak tahu tentang Zizan ni..dan as best friend Johan haruslah simpan rahsia Zizan kan..

zizan tengah tahan gelak

johan buat lawak swimming pool





Rancangan Serasi Bersama Jozan - 6 (Redah Kasi Pecah/Nak Balik Raya)

Dalam banyak-banyak rancangan yang melibatkan Jozan secara individu, bergandingan dengan selebriti lain, bagi admin tidak dapat menandingi keserasian ketika mereka menjayakan rancangan bersama.

Jadi admin list downkan rancangan yang paling menambat hati admin, kira top 6 la kot..selalunya orang buat top 5 tapi admin suka hati buat top 6 sebab susah nak pilih..

Raja Lawak 2 hingga 6 tidak termasuk tau! :)

Tempat ke 6 - Redah Kasi Pecah/ Nak Balik Raya

Redah Kasi Pecah
Admin pilih 2 rancangan ni kerana Johan tidak bersama Zizan dalam setiap episod Redah Kasi Pecah tapi ada part-part yang admin suka tentang Jozan..kalau tak silap admin episod 8 kot..ada lagi share dalam Youtube

First sweet moment admin perasan ketika part Zizan menang and Johan kena pass sampul surat kemenangan, Johan macam tak puas hati ke marah dan Zizan gelak sambil cakap lebih kurang macam ni "alaa..bagi betul-betullah Johan.." (sambil tarik tangan Johan) tapi Johan pandang tempat lain..merajuk comel rasanya kot :)

Second sweet moment ketika Johan dan partner kena denda makan kuih peria berintikan ikan pekasam..admin nampak pun dah tahu rasa mesti pahit masin-masin gitu..admin perasan Johan tengok Zizan time nak makan..maybe dalam hatinya rasa nak minta belas kasihan kot..Zizan kan jenis yang sensitif..bila Johan luahkan balik kuih tu..Zizan duduk usap-usap Johan..comel sangat time ni..akhirnya mungkin Zizan rasa tak boleh jadi ni..dia pun terus ambil kuih tu dan sumbat dalam mulut dia..admin percaya scene ini bukan dibuat-buat sebab admin nampak semua terkejut termasuklah Johan terus tersenyap (kena tengok muka Johan time ni tau)..kemudian Nabil ada cakap.."sahabat..sahabat..kalau dah kawan baik memang macam ni"..lepas tu Zizan pula cakap lebih kurang macam ni "tak boleh..tak boleh..kalau Johan penting diri..macam mana nak Jozan lagi"..risaunya Zizan pada Johan kan?


credit blog dan blog

Moment terakhir bila majlis penyampaian hadiah..kumpulan Zizan menang tempat pertama..Zizan yang hyper tu terus nak buat slide depan orang ramai tapi tergelincir terus jatuh..Zizan dah gelak2..semua orang gelak tapi Johan terus datang senyum sambil peluk bahu Johan..letak jari dekat mulut dia tanda "Shh"..Johan tak gelak..ohh sangat sweet Johan..

Inilah Jozan yang admin minat..sentiasa cover mencover kan.. :)

Nak Balik Raya
Telemovie ini admin rasa dialog agak spontan..tak perlu Jozan hafal skrip jadi mereka lebih senang untuk membuat lawak..dahla dua-dua memang serasi kan..admin suka Zizan cakap Terengganu sebab admin rasa sangat dekat di hati..iyelah admin orang Terengganu kan..Zizan sentiasa ingat asal usul dia..Johan pulak selalu mengajuk bila Zizan cakap bahasa lain..elehh macam lah dia tak pahamkan..saja je suka menyakat Zizan..part lain admin tak nak tengok..part Jozan bersama sahaja admin suka :)

Next entry admin cerita Tempat ke 5 pula ye..



Jozan Yang Serasi

Bagaimana seseorang itu boleh jadi serasi?


Tahukah kita semua yang seorang kawan baik tidak perlu declare yang 'kami adalah kawan baik'? Admin sendiri merasai perkara yang sama. 

Bagaimana kita boleh serasi? Tidak perlu ada semua persamaan setiap masa tapi ada suatu perasaan selesa bersama walaupun bukan selalu berjumpa. Inilah Jozan..

Pengalaman mereka bersama sejak dari Raja Lawak (RL) sebagai pesaing yang sihat sehingga menjadi hos tetap Raja Lawak sehingga sekarang mungkin menjadi faktor chemistry dan keselesaan itu wujud. Dari pembacaan admin, Johan pernah mengatakan yang dari dulu lagi mereka selau berkongsi idea walaupun bersaing. Walapun kedua-duanya bukan juara, tapi serius admin rasa, Johan dan Zizan memang berbakat besar dan mungkin inilah yang pihak Astro nampak untuk kembangkan dan beri peluang untuk mereka berdua kan..mereka pun join RL pada usia yang muda, banyak benda boleh belajar dan peluang lebih terbuka kan?

Jozan memang serasi setiap kali membuat persembahan walaupun sekejap sahaja..contoh paling ketara ketika menjadi tetamu jemputan Maharaja Lawak Mega Musim 1..(video dah tiada di Youtube untuk share) Sudahlah lupa lirik nyanyiannya tapi masing-masing macam pandai2 je saling cover..rasa admin lah..persembahan Jozan yang paling diingati malam tersebut.."kau nyanyi saja..bukan ada payment pun..bukan ada payment pun" :)

Semasa Mega Lawak di Singapura pun sama..dengar cerita diorang main redah je..mungkin ade idea tapi yang lain-lain dibuat spontan je..maklumlah Jozan juara dan naib juara Super Spontan...macam adik beradik je main kahwin-kahwin kan..

Kalau tahun ini, kalau tidak silap admin persahabatan Jozan sudah 7-8 tahun dah..ada orang cakap..keserasian bukan berapa tahun kita kenal kawan kita..tetapi berapa cepat kita rasa selesa dengan kawan kita..buktinya Jozan..

Admin banggalah dengan persahabatan Jozan..




Saturday 23 March 2013

Siapa Jozan?

Mari kita baca biodata Jozan yang admin ingin kongsi bersama peminat Jozan semuanya.
Admin hanya pilih beberapa info menarik tentang mereka tau..yang pernah admin baca dan jumpa..yang lebih-lebih boleh kita cari di majalah, blog dan lain-lain k.

Menarik tentang Jozan:



Nama sebenarRazizan b Abd Razak (Zizan)
Tarikh lahir: 15 April 1984
Asal: Dungun, Terengganu
Panggilan di rumah: Adik 
Hobi/Minat: Semua berkaitan audio, kereta termasuk kereta remote control, muzik
Makanan/minuman : Allergic pada seafood, tak tahan pedas, suka makanan kegemaran Trg
Perangai: Manja (mungkin anak bongsu kot) terutama dengan Johan, senang menunjukkan perasaan suka, sedih, risau, merendah diri dan suka berterus terang, menghormati orang lain
Suka bila melihat gadis bertudung ala-ala gerbang-gerbang gitu.
Suatu ketika dahulu di mySpace, Zizan pernah mengatakan 3 perkara yang akan dibawa jika terdampar di pulau adalah makanan, Dato Siti dan JOHAN!





Nama sebenar: Mohamad Yazid Lim b Mohamad Aziz (Johan)
Tarikh lahir: 13 Jun 1984
Asal: Ampang, Selangor
Panggilan di rumah: Papa (ayah yang penyayang)
Hobi/Minat: Semua berkaitan kereta dan sukan
Makanan/minuman : Minum air longan
Perangai: Penyayang dan bertanggungjawap dengan isteri dan anak-anak, tegas dengan media, sukar menunjukkan perasaan risau, kasih sayang dengan luahan perkataan, menyayangi Zizan dengan perbuatan.
Paling kelakar apabila melihat peminat memanggil beliau dengan nama yang salah.
Keluarga adalah keutamaannya.

Kenapa admin share info tentang Zizan dahulu? kerana Zizan lahir dulu..Zizan adalah abang walaupun nampak Johan macam abang kepada Zizan.. :)

Persamaan Jozan dengan admin adalah:
Admin adalah orang Terengganu dan sekarang menetap di Ampang :)
Admin allergic seafood dari kecil
Admin suka minum air longannnn..





Tentang Blog Jozan Sahabat Selamanya

Assalamualaikum semua..harap sihat-sihat sahaja ye..


Akhirnya admin terpanggil untuk membuat blog tentang Jozan..Johan dan Zizan..
Tujuan sebenar admin buat blog ini sekadar berkongsi tentang persahabatan kedua-dua artis yang pada admin sangat unik dan berbakat besar.

Harap beri tunjuk ajar jika ada maklumat yang admin bagi kurang tepat kerana semua entri admin berdasarkan dari internet, blog-blog, majalah, surat khabar, pemerhatian atau dari Jozan itu sendiri.

Paling penting, minat admin pada Jozan adalah kerana bakat dan personaliti mereka yang tertentu. Tiada yang sempurna selain Allah dan Rasulullah. Walau apa pun terjadi, keluarga, kerjaya admin perlu didahulukan. Admin juga sayangkan keluarga baru admin iaitu JozanFC, JohanFC, ZizanFC, Johan Twitter Family, Zizan Twitter Family kerana mempunyai minat yang sama dengan admin.


Terima kasih Jozan kerana menggembirakan admin..blog ini didekasikan untuk Jozan dan semua peminat Jozan.